Buah Manis pt. 2

38 9 0
                                    

"An nyeong ha seyo" mereka bertujuh masuk ke dalam kedai itu dan tunduk kepada tuan punya kedai yang berada di kaunter. Tuan punya kedai itu kelihatan berbesar hati melihat ada orang datang, mungkin mereka ialah pelanggan pertamanya.

"Selamat datang, boleh Umi bantu?" tanya wanita anggaran berumur 30-an itu bertanya. Jaebum tersenyum manis sebelum menyatakan hasrat mereka datang ke kedai itu.

"By any chance, dekat sini ada jual kurma tak?" tanya Jaebum membuatkan wanita berwajah Arabian itu mengangguk pantas.

"Tentu! Mari sini, mari" kata wanita itu dan dia membawa mereka ke rak di belakang sekali.

"Ahjumma, kurma tu rasa dia macam mana?" tanya Youngjae, ingin tahu. "Panggil Umi" kata wanita itu bergelar Umi itu dan Youngjae tersengih comel.

"Umi, kurna tu rasa macam mana?" ulang Youngjae. Umi terdiam seketika, cuba mencari jawapan.

"Pernah makan sunsweet?" tanya Umi dan mereka lantas mengangguk. "Prune kering tu,kan?" tanya Mark. Umi tersenyum manis dan mengangguk. "Rasa kurma macam tulah. Cuma kurma tak masam. Kurma manis" kata Umi membuatkan mereka mengangguk faham. Kemudian Umi menghulurkan sekotak kurma kepada Jaebum. "Nah, rasa yang ni. Ni dari Mekah, tempat utama untuk orang Islam beribadat" terang Umi dan Jaebum menyambut kurma itu.

"Umi, kitorang bukan muslim tapi kitorang cuba sambut Ramadhan. Boleh, kan?" tanya Jinyoung. Umi tiba-tiba berasa sangat terharu mendengarnya.

"MasyaAllah, tentu boleh, nak. Islam tak pernah melarang sesiapa untuk melakukan ibadah yang baik" kata Umi sangat gembira membuatkan got7 tersipu malu pula. Kemudian Jaebum teringat yang dia belum bayar kurma itu.

"Ah, Umi. Kurma ni berapa?" tanya Jaebum sambil bersedia mengeluarkan dompetnya tetapi Umi menggeleng. "Kalau kamu berniat baik untuk mencuba ibadat orang Islam, Umi halalkan kurma tu. Tak payah bayar, Umi ikhlas hadiahkan kepada kamu" kata Umi penuh ikhlas membuatkan Got7 menjadi teruja.

"Jinjja? Oh, kamsahamnida!" kata mereka bertujuh serentak dan mereka tunduk kepada Umi. Umi hanya tersenyum manis. Air mata terharunya cuba ditahan dari terbentuk.

"Umi, nanti kitorang datang sini lagi beli kurma okay? Next time kitorang bayar" kata Jackson semangat. Umi tergelak kecil dan mengangguk. Mereka kemudian mengucapkan terima kasih lagi sekali sebelum berlalu pulang ke dorm. Selepas itu baru air mata Umi menitis terharu.

"Alhamdulillah. Moga-moga anak muda tu semua mendapat hidayah dan rahmat daripada Allah S.W.T" ucapnya perlahan dan tersenyum.

☆☆☆


Mereka berjalan pulang sambil mulut mereka becok tentang kebaikan wanita yang digelar Umi tadi. "Nak tahu tak? Dalam bahasa Arab, Umi tu bermaksud Ibu" kata Yugyeom membuatkan mereka agak terkejut. "Jinjja? Woahhh dia jadi ibu kitalah!" kata Bambam riang.

Sedang mereka berjalan, tiba-tiba Youngjae berhenti, matanya menatap pada sebuah pokok yang agak jauh dari situ. Mereka yang turut berhenti dan menoleh memandangnya. "Jae, kenapa?" tanya Jackson. Youngjae sedikit berkerut memandang pokok itu.

"Jae rasa macam ternampak ada khinzir bersayap tengah bertenggek dekat pokok tu" kata Youngjae serious membuatkan mereka semua pelik. "Tak payah merapulah, Jae. Khinzir mana boleh terbang" kata Mark sambil geleng kepala dan kelihatan kura-kura berderum laju motosikalnya melepasi Got7. Okay boleh skip part ni.

Mereka tiba di dorm mereka dan mereka terus siapkan barang-barang untuk berbuka di atas meja makan. Hari itu merek tidak ke bazaar oleh kerana Jinyoung dah masak banyak makanan. Tak lama kemudian, azan berkumandang dan mereka mula berbuka. Setiap seorang mengambil sebiji kurma.

"Mmm~! Manisnya!" puji Jackson dengan sangat excited. Yang lain turut berasa teruja kerana mereka tak sangka kurma semanis itu. "Woahhh ruginya Jae tak pernah rasa kurma sebelum ni" kata Youngjae pula dan mereka semua sibuk berceloteh tentang kurma itu. Dalam masa yang sama, Jaebum berbalas pandangan dengan Jinyoung dan mereka tersenyum.

So, rasanya nilah kebaikan kita sambut Ramadhan, kan Jinyoung?

That's right, Jaebum hyung.

☆☆☆


Yeayyyy habis chapter 'Buah Manis?' !! >< Amacam? Pernah terfikir macam mana reaksi Got7 makan kurma? :3 kekeke anyway thanks kepada semua yang support and read and vote and comment kat cerita merapu pertama Lala ni :') tanpa korang, Lala takkan ada semangat untuk sambung. Thanks. Sayang korang ♡

[C] GotRamadhan(?) | Got7 Malay FanficWhere stories live. Discover now