Semua ahli Got7 sedang khusyuk menonton televisyen malam itu kecuali Jinyoung. Jinyoung tetap berada di atas sofa di ruang tamu bersama mereka, cuma dia sedang memandang skrin telefonnya, membaca sesuatu.
Tak lama kemudian dia menyimpan telefonnya di dalam poket. "Kids" panggil Jinyoung dan semua menoleh ke arahnya. Dia tersenyum lemah.
"Hari ni...ialah hari terakhir kita berpuasa, tau? Esok kita dah tak payah puasa" kata Jinyoung perlahan.
"Mwoh?!" semua terkejut, kini mereka berpusing badan ke arah Jinyoung, fokus dengan topik mereka.
"Kenapa pula?" tanya Bambam, seperti ingin memberontak. Jinyoung melepaskan nafas berat.
"Esok, orang muslim dah masuk bulan Syawal. Jadi dah tak ada lagi sambutan Ramadhan. Sebab tu kita dah tak perlu puasa" jawab Jinyoung. Kedengaran maknae line membuat bunyi 'Alaa~' menandakan yang mereka sedih.
"Sekejapnya bulan Ramadhan. Kyum rasa macam baru semalam pertama kali kita puasa" Yugyeom menyatakan kekecewaannya. Melihat ahli kumpulannya seakan-akan sedih dengan pemergian Ramadhan, Jinyoung mendapat idea untuk menjadikan suasana lebih baik.
"Oleh kerana hari ni hari terakhir, Nyoung nak tanya" dia berhenti di situ dan semua kembali fokus. Jinyoung kelihatan teruja. "Apa yang korang dapat daripada sambutan Ramadhan pertama kita ni?" tanya Jinyoung.
"Menghargai" jawab Youngjae membuatkan semua menoleh ke arahnya. "Waktu mula-mula kita sambut Ramadhan, Youngjae memang nak memberontak sebab tak boleh nak makan. Tapi tak lama lepas tu, Youngjae rasa yang selama ni Youngjae tak hargai pun makanan yang Youngjae dapat. Memanglah Youngjae tak buang makanan-makanan tu, tapi selama ni, Youngjae makan ikut kemahuan. Sejak kita sambut Ramadhan, Youngjae sedar yang makan bila perlu tu lagi baik untuk Youngjae. Sekurang-kurangnya Youngjae masih ada bekalan untuk hari-hari akan datang. Kita takkan tahu bila bekalan makanan dalam dunia ni akan habis, jadi Youngjae at least ada bekalan makanan untuk tempoh yang lebih panjang. Tu membuatkan Youngjae lebih menghargai makanan yang Youngjae dapat and Youngjae dapat kurangkan cara pemakanan ikut kemahuan" terang Youngjae dengan lancar dan dia memberikan sengih sunshinenya.
"Bagi hyung..." kata Jaebum pula dan semua menoleh ke arahnya. Dia memeluk tubuh. "Sambutan Ramadhan pertama kita ni buat hyung dapat kawal temper hyung dengan sangat baik. Korang pun tahu, hyung ada masalah nak kawal temper sejak dulu, kan? Dari dulu lagi hyung dah jalankan banyak temper theraphy and anger management untuk kawal tahap kemarahan hyung. Semua tu..berkesan, tapi tahap kemarahan hyung masih tinggi. Then, masa Jinyoungie ajak sambut Ramadhan, hyung research pasal sambutan ni, and dalam satu laman web tu dia tulis 'Berpuasa dapat tahan diri daripada perasaan negatif dan kemarahan'. Mula-mula memang hyung tak yakin sebab first day puasa je hyung dah mengamuk. Then, beberapa hari lepas tu, bila ada something yang biasanya akan hyung marah, hyung akan rasa macam... 'Eh, diorang puasa juga. Diorang ada tahap kemarahan juga. Kalau aku boleh tahan lapar macam diorang tahan, kenapa diorang boleh kawal kemarahan tapi aku tak boleh?' So, lepas hyung fikir macam tu, hyung dapat kawal temper hyung. Sehari, lepas tu lagi sehari, hyung getting better" kata Jaebum dan dia sendiri mengangguk, puas hati dengan penerangan sendiri.
JackGyeom membuat bunyi 'woahhh~' sambil menepuk tangan selepas mendengar penerangan Jaebum. "Lepas ni boleh cakap informal!" kata Yugyeom semangat. Jaebum memberikan jelingan tajam serta-merta membuatkan Yugyeom tunduk dan semua ketawa melihatnya.
"Tapi overall kita semua kena mengaku yang Ramadhan dah bagi banyak effect dekat kita, kan?" kata Mark, membalut lengannya di tengkuk Bambam. Jackson mengangguk setuju dan tangannya terus menghulurkan jari, cuba menyenaraikan kesan positif terhadap mereka.
"Kita belajar erti sabar, kita dapat merasai kesengsaraan orang yang tak mampu, kita belajar untuk lebih bersyukur dengan semua yang kita dapat, ummm..."
"Kita belajar untuk berkongsi makanan!"
"Oh, bagus Bambam. Lepas tu...kita dapat mengeratkan hubungan, kita dapat tahu adat dan gaya hidup orang muslim, kita belajar untuk menghargai makanan, woahhh banyak sangat!" Jackson berputus asa untuk menyenaraikan dan semua ketawa.
"Kyum rasa, ini antara kenangan yang kyum takkan lupa" kata Yugyeom dan Mark mengangguk setuju. "Kita dah tempuh macam-macam perkara sepanjang kita sambut Ramadhan. Tapi rasanya ni bukanlah memori yang pahit" sambung Mark.
"Then...should we fasting next year too?" cadang Jaebum dengan muka teruja. Enam ahlinya yang lain kelihatan teruja.
"Omo...Nak!!" jerit mereka serentak dan Jaebum ketawa kecil.
"Kalau macam tu kumpul!" Jaebum menghulurkan tangan dan semua berlapiskan tangan, bersedia untuk bersorak.
"Jom terus kekalkan semangat ni and sambut Ramadhan pada tahun akan datang! G! O! T! Seven!"
"Jjai!!" jerit mereka semua dan mereka berpelukan riang sambil ketawa kecil.
Thanks to Ramadhan.
Got7 semakin rapat--
"Tapi, Jinyoung" Kata Jackson tiba-tiba, mencelah monolog Jinyoung dalam hati. "Sambutan Aidilfitri di bulan Syawal tu apa?" tanya Jackson.
Lalu semua menoleh ke arah Jinyoung. Jinyoung tersenyum teruja.
☆☆☆
The End!
Yeayyyy!!! GotRamadhan(?) tamat sudahhhh!>< Anyway, di kesempatan ini, Lala nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semuaaaaaa pembaca, ahgase, umat Islam di dunia!>< Lala minta maaf sebab Lala mungkin pernah sakitkan hati korang, buat korang terasa...maafkan Lala, eh? Kosong kosong tau!><Now korang boleh carry on baca buku kedua yang memang dah tersedia ada dekat account lala and korang dah boleh faham the real kronologi XD thank you so much sebab baca buku merepek ni dari buku satu sampailah buku dua. Korang sentiasa bagi lala semangat untuk menulis. Harap kita jumpa lagi di Ramadhan akan datang!
GotRamadhan(?) : End.
GotRamadhan! : Start!
YOU ARE READING
[C] GotRamadhan(?) | Got7 Malay Fanfic
Fanfiction"Got7, kita sambut Ramadhan, nak?" Length : 15 chapters (Completed) Genre : Religious, Slight Humor Cast : Got7 Members Start- 12 April 2021 End- 10 May 2021 Got7 sambut Ramadhan buku 1!