Pukul 3:45

64 15 3
                                    

"PARK JINYOUNG!!"

Jaebum menjerit dengan suara rage miliknya membuatkan satu Seoul terkejut beruk. Kelihatan beberapa khinzir yang bertenggek di pokok berterbangan pergi.

Jinyoung keluar dari biliknya dengan muka tak bersalah. "Ada apa, hyung?" tanya Jinyoung, melihat Jaebum yang mencekak pinggang di ruang tamu.

"Nyoung tengok sekarang pukul berapa" kata Jaebum dengan nada mengarah. Dagunya sudah pun menghala ke depan macam senduk, menunjukkan yang dia sedang marah. Takut juga Jinyoung jadinya, tapi dia tetap belagak macho chewah! Padahal nak terkencing dalam seluar, dah!

Jinyoung melihat jam di dinding. "Pukul 3:45. Kenapa?" tanya Jinyoung, membuat muka innocentnya yang tak berapa nak innocent itu. Jaebum memeluk tubuh.

"Tahu tak sekarang masa apa?" tanya Jaebum. Jinyoung sememangnya tak tahu itu masa apa. Dia mengerling dan ternampak Jackson dan Yugyeom meninjau mereka berdua dari belakang tv. Okay ready...

Jinyoung menggelengkan kepala dan mereka kecuali Jaebum terus menutup telinga. Muka Jaebum merah dengan kemarahan dan kemudian....

"SEKARANG PUKUL 3:45, MASA CHOI YOUNGJAE, BANTAL PELUK AKU TU MAKAN KAU TAHU TAK?! SEKARANG NI OLEH KERANA KITA BERPUASA, DIA KATA DIA DAH LAPAR AND TENGAH MENANGIS DALAM BILIK KITORANG! DIA NAK MAKAN! KAU PERGI PUJUK DIA SEKARANG!! AKU TAK SUKA TENGOK DIA--"

Prangg!

Jinyoung, Jackson, dan Yugyeom terlopong terkejut apabila Jaebum tiba-tiba dihempuk kepalanya dengan kuali oleh Mark. Oh shit... Perang dunia ke-3 akan meletus! Jaebum menoleh ke belakang, memandang Mark dan.....

"AKU TENGAH TIDUR DEKAT DALAM BILIK SO BOLEH SENYAP TAK, BEBAL?!! TAK RETI NAK HORMAT ORANG KE?! KALAU BANTAL KAU TU TAK TAHAN SANGAT, SURUH JE DIA BERBUKA AWAL!! TAK ADA SESIAPA NAK PAKSA DIA TAHANLAH!" samuk Mark. Hah, ambik kau. Orang paling jarang bercakap tiba-tiba bersuara. Donald Trump yang tengah berucap kat sebelah sana pun terhantuk kat mikrofon akibat terkejut. Darah gigi jadinya.

"Apa bising-bising ni?" tiba-tiba Youngjae keluar dari bilik dengan psp di tangannya. Semua senyap. Okay, lawak apakah ini.....

"Jae? Bukan Youngjae menangis ke tadi?" tanya Jaebum, agak terkejut melihat Youngjae yang begitu relax dan swag yow~! Youngjae mengerutkan dahi dan menggeleng. "Mana ada" jawab Youngjae ringkas.

Lalu cengkerik mula berbunyi. Khinzir kembali bertenggek.

Pada masa itu semua menoleh pada Mark yang mula memerah seperti cili. Wap panas mula meletus dari telinganya dan dia memandang Jaebum macam dia nak makan leader seorang tu. Gosh, selamatkan telinga got7!!

"KAU MENJERIT TERLOLONG MACAM SIREN BOMBA TADI APAHAL?! KAU MEMANG CARI MASALAH KE?! EYYY KALAU AKU TAHU KAU bla bla bla--" Lalu bebelan Mark sepanjang lima buku Harry Potter itu pun berkumandang. Donald Trump membuat keputusan untuk menangguhkan ucapannya kerana giginya yang berdarah macam air terjun. Erm k.

"Youngjae, Jae okay tak?" tanya Jinyoung, malas nak layan bebelan Mark terhadap Jaebum itu. Youngjae yang kelihatan sangat blank hanya mengangguk. Jackson dan Yugyeom yang berada di belakang tv bermain gunting batu kain (tiba-tiba).

"Tak lapar?" tanya Jinyoung lagi, bernada seperti seorang ibunda yang sangat penyayang juga mengasihi lagi baik hati dan...k stop.

Youngjae tersenyum kecil. "Mestilah lapar! Tapi Jae boleh tahan lagi" kata Youngjae yakin. Jinyoung mengeluh lega. Kemudian dia mendapat idea.

"Nanti nak ikut hyung pergi bazaar Ramadhan?" tanya Jinyoung dan Youngjae mengerutkan dahi. "Apa tu?" tanya Youngjae. Jinyoung tersenyum manis.

"Bazaar tu ialah pasar macam night market, tapi diadakan waktu petang bertujuan untuk menjual juadah berbuka untuk sesiapa yang berpuasa. Biasanya dekat sana ada banyak kuih. Hyung tahu bazaar dekat-dekat sini. Nanti kita pergi, okay?" ajak Jinyoung lagi dan Youngjae kelihatan teruja. "Okay!"

Jaebum yang tertunduk mendengar bebelan Mark yang baru 5 muka surat itu kemudian terfikir sekejap. Kalau Youngjae tak nangis, suara siapa yang aku dengar teresak-esak tadi?

Tanpa mereka tahu, yang menangis ialah Bambam kerana jari kelingkingnya tersepak kaki katil. Perghhhh sakit siaaaaa benci gila bila kena! Kesian Bambam. Harap tabah :')

☆☆☆


Yo Chapter 3 is up! Okay ni serious merapu nak mam XD semakin tak ada idea lah ni~ tak apa! Lala tetap berusaha menghabiskannya! Trimas kepada mereka yang menyokong ff ni :') Lala sayang korang!

[C] GotRamadhan(?) | Got7 Malay FanficWhere stories live. Discover now