Petang itu semua relax melakukan kerja masing-masing di dorm. Jaebum mengunci diri di dalam bilik oleh kerana dia sedang mengarang lirik untuk comeback akan datang (oh geez kalaulah cback secepat ni :') )
Mark dan Yugyeom pula di dalam bilik Markson sambil menonton video prank di youtube melalui laptop Mark. Jackson dan Bambam terlebih dahulu sudah keluar ke studio untuk berlatih manakala Jinyoung di dalam bilik, membaca buku.
Jaebum kemudian keluar dari bilik sambil mengeliat letih sebelum dia ternampak Youngjae sedang bermain ps4 di ruang tamu dorm itu. "Jae main apa?" tanya Jaebum sambil menghampiri adik kesayangannya itu. 2jae yesss!
"Game ni hah" balas Youngjae nak tak nak oleh kerana terlalu fokus. Jaebum memandang skrin tv yang memaparkan game Youngjae dan dia mengerutkan dahi.
"Game apa ni? Tembak-tembak khinzir terbang?"
Puhhhh! Maka menyemburlah semua khinzir terbang yang sedang minum frapucinno di FlyPig Café. Okay, masa untuk pindah rumah. Getus khinzir-khinzir itu dan berterbangan pergi tanpa membayar frapucinno mereka. ....Tolong skip part ni.
"Apa hyung merepek ni?" Youngjae sempat mengerling ke arah Jaebum. Jaebum hanya tergelak kecil dan dia mengambil tempat duduk di atas sofa bersebelahan dengan Youngjae.
"Dah siap tulis lirik ke?" tanya Youngjae tanpa memandang Jaebum dan Jaebum menggeleng. "Hyung stop kejap. Penat hadap benda tu lama sangat" jawab Jaebum dan Youngjae tak memberi response. Tak lama selepas itu JackBam pulang dari studio sambik gelak macam orang hilang akal.
"Korang dah kenapa?" tanya Jaebum, pelik memandang dua sotong tu. Jangan marah, Got7 semua sotong. Tengok je lah dance prac Stop Stop it. Badan sekoq-sekoq...okay cukup.
"Tak ada apa-apa" tawa Bambam semakin hilang manakala Jackson ketawa berdekah lagi. "Tadi kitorang nampak... Khinzir terbang bawa beg roda!" sambung Bambam dan dia bersama Jackson ketawa lagi. Okay, banyak betul scene nokharom tu dalam chapter ni.
Kemudian mereka berempat menoleh apabila terdengar bunyi pintu dibuka. Kelihatan Jinyoung keluar sambil matanya fokus pada skrin telefon dan dia menuju ke dapur. Jaebum mengerling jam. 4:27 petang. Jinyoung nak masak untuk berbuka. Getus Jaebum, terlalu biasa dengan rutin Jinyoung.
"Jjinyong-ah!" panggil Mark yang baru keluar dari bilik bersama Yugyeom dan Jinyoung menoleh ke arahnya. Mereka berdua menghampiri Jinyoung. "Hari ni tak payah masaklah" sambung Mark membuatkan semua kecuali MarkGyeom terkejut.
"Oi! Nak Youngjae mati tak makan ke?!" marah Youngjae dengan suara agak lantang. Boleh pekak Jaebum di sebelah. Yugyeom selamba mengangguk pantas tetapi Mark menggeleng. Youngjae memandang tajam maknae tonjang itu. Kuajaq kau maknae.
"Hari ni kita beli makan siap je dekat bazaar" cadang Mark, tenang dan Jackson kelihatan setuju. "Bagus juga. Lagi pun kitorang tak nak lah kau masak tiap-tiap hari. Nanti kau penat pula" sambung Jackson dan Mark mengangguk setuju. Markson or nevahh :3
"Oh, idea yang bagus" kata Jaebum, setuju. Jinyoung memandang Mark, Jackson, diikuti Jaebum. Fikirannya masih dilemma.
"Kalau macam tu kita pergi bazaar sekaranglah" cadang Yugyeom pula, memandang semua secara rawak. Hyung line mengangguk setuju manakala Jinyoung menunggu response Youngjae dan Bambam.
"Jom. Kita tak banyak masa dah ni" kata Bambam pula sambil dia melihat jam di tangannya. Youngjae tersenyum ke arah Jinyoung. "Jom, hyung"
Jinyoung diam lagi saat semua menoleh ke arahnya. Kemudian dia tersenyum manis. "Okay, kalau semua dah setuju. Jom" akhirnya dia bersetuju membuatkan maknae line menjerit riang. Mereka bergerak seiring, keluar dari dorm dengan mulut masing-masing petah bercakap.
"Woahhh~ excitednya nak rasa masakan bazaar!"
"Ijenbuteo you're my place! Namaeonda~ Bazaar! Bazaar!"
"Semua bayar makanan masing-masing, ya~!"
"Anni! Jaebum hyung bayarkan makanan Youngjae!"
"Okay"
"Oh? Mana adil! Bambam macam mana?"
"Yugyeom pun!"
"Okay, hyung bayarkan juga"
"Yahhh! Ga Ga pula?"
"Jaebongie hyung~ apa kata hyung belanja semua je?"
"...haih. Okay then"
☆☆☆
Amacam chapter ni? :3 Merapu kan? XD lala tahu korang mesti rindu khinzir terbang lbih dari lala XD anyway, raya dah nak dekat!^^ and Lala rasa tinggal 3 chapter lagi untuk completekan GotRamadhan(?) yeayy!! XD akhirnya nak habis dah ff merapu ni :') So, thanks sangat2 dekat korang yg support, baca, vote and comment kat ff ni!>< Lala sayang korang! Pyong pyong~! *shoot love*
YOU ARE READING
[C] GotRamadhan(?) | Got7 Malay Fanfic
Fanfic"Got7, kita sambut Ramadhan, nak?" Length : 15 chapters (Completed) Genre : Religious, Slight Humor Cast : Got7 Members Start- 12 April 2021 End- 10 May 2021 Got7 sambut Ramadhan buku 1!