Mak duduk di samping Mia, sambil membelai rambut panjang anak gadisnya itu.
'Mia sayang mak?' Tanya mak dengan lembut.
'Mestilah orang sayang.. Mak, kenapa tanya macam tu..'
'Mia sayang Izham?' Tanya mak lagi.
'Mak kenapa ni?' Mia kehairanan.
'Sejauh mana cinta Mia dekat Adris?' Mak hanya mengajukan soalan tanpa mengharapkan jawapan dari Mia.
'Orang tak nak cakap pasal sayang, pasal cinta, orang nak habiskan belajar dulu mak.. Orang akan jaga mak nanti. '
'Abang kau nak pergi Dubai minggu depan, kamu dah tahu?'
'Baguslah mak.. Takdalah abang tu nak kacau orang lagi..' jawapan Mia tu sedikit sebanyak menyinggung perasaan mak.
'Iz tu anak mak.. Kemana dia pergi pun, dia tetap anak mak.. Kamu pun anak mak, tapi mak tak sangka salah seorang dari kamu kena tinggalkan mak..' Mak mengelap air matanya.
'Mak, orang minta maaf mak..' Mia tersedar akan kesilapannya.
'Takpelah Mia, mak tak paksa Mia terima Iz..Tapi ingatlah Mia, Iz tu betul-betul sayang kat kamu..'
'Mak...' Mia memeluk erat tubuh maknya.
'Abang tu memang baik, tapi dia bukanlah yang terbaik untuk orang dan orang bukanlah yang terbaik juga untuk abang.. orang harap abang jumpa perempuan yang lagi baik dari orang.'
Bunyi enjin kereta dihidupkan membuat mereka berdua terkejut. Mak hanya mampu memandang sayu ke arah Mia Kaisara yang seakan tenang dengan apa yang terjadi.
************************
Hampir seminggu berlalu, esok Izham akan ke Dubai tapi seperti yang dijanjikan, Izham akan benar-benar pergi.
'Abang Ad, boleh bawa Mia pergi rumah mak sekejap?' Adris tersenyum dan membuat pusingan uturn menuju ke rumah orang tua Mia.
'Mia sayang, kenapa ni?' Tanya Adris dengan lemah lembut melihatkan cinta hatinya hanya berdiam diri dari tadi.
'Mia tertinggal barang..'
'Barang ape?' Tanya Adris lagi.
'Abang boleh Mia rehat?' Mia terus mematikan persoalan Adri, namun lelaki itu hanya menurut dan teruskan memandu.
Tiba saja di perkarangan rumah mak, kelihatan Izham sudah bersedia di muka pintu dengan bagasinya. Sambil dia berpelukan dengan mak. Mia hanya memandang lama ke arah mereka sebelum dia membuat keputusan untuk turun.
Izham sempat menjeling ke arah Mia namun dia tidak mengendahkannya dan terus berjalan menuju ke Grab Car yang sudah menunggu di hadapan rumah mereka. Mia betul-betul terasa kecil hati dengan tingkah laku Izham namun itu adalah pilihannya, itu juga yang dia mahu.
'Ha, Mia, kenapa kamu patah balik ni? Bukan kamu nak ke kampus ke tadi?'
'Tertinggal barang.. Mak.. abang dah nak pergi ke?' Tanya Mia sambil cuba mengawal emosi.
'Ye.. katanya dah lambat, tu yang tergesa-gesa pergi tu.. Tak sempat nak jumpa kamu.. Kenapa Mia? Sedih?' Sempat lagi mak mengusik.
'Takda lah.. orang naik atas sekejap.. nak ambil buku..' Mia tersenyum kelat, dah terus melangkah masuk.
Sedang Mia Kaisara membelek- belek buku di atas meja, sekeping kad jatuh ke lantai.
'Adik abang Mia Kaisara, abang akan sentiasa doakan adik abang, jaga mak untuk abang, jaga diri adik untuk abang.. Abang dah pesan kat kakak-kakak, tengok-tengokkan Mia dan mak, so Mia jangan risau.. mereka selalu ada untuk Mia.. abang pergi dulu Mia.. Abang akan selalu sayang adik abang walaupun kita tak mungkin jadi macam dulu lagi..Take care Mia..'
