CMK2

17K 123 1
                                    

'Mia tak nak!!!' Mia bangun dan berlari keluar diekori Izham dari belakang cuba menghentikan Mia.

'Mia, dengar dulu apa ayah nak cakap tu..' Izham memegang tangan Mia seerat-eratnya.

'Abang dah dengar kan? Orang dah anggap abang macam abang kandung orang, mustahil orang nak kahwin dengan abang.. Kalau macam ni baik orang keluar je dari rumah ni.. Gila ke apa orang nak kahwin dengan abang sendiri.. ' Mia berasa marah dan tak puas hati.

'Mia.. Please, adik abang ni kan anak kesayangan mak, takkan dorang nak buat macam tu, kita bincang elok-elok dulu.. Jom..' Mia menolak tapi Izham terus tarik tangan Mia dan masuk semula ke dalam rumah.

'Mak, Ayah , apa semua ni?' Tanya Izham.

'Orang taknak kahwin dengan abang..'

'Mia, ni yang terbaik untuk kamu..' Ayah memandang tepat ke anak mata Mia, cuba untuk menyakinkannya.

'Mak, tu abang orang mak.. Takkan orang nak kahwin dengan dia.. tak logik mak.. Mak dengan ayah ni memang, suka sangat nak tentukan masa depan kami.. Kalau mak ayah nak sangat Mia keluar dari rumah ni, okay, Mia boleh hidup sendiri, asalkan Mia tak perlu kahwin dengan abang Izham..' Hampir-hampir sahaja Mia angkat kaki sekali lagi, sebelum Izham bersuara.

'Iz pun tak nak kahwin dengan adik Iz mak..'

'Adik angkat je Iz, kamu boleh kahwin dengan dia..' Ayah mencelah.

'Yela, orang ni anak angkat je, dah banyak menyusahkan keluarga ni, orang berambus lah kalau macam tu..'

'Mia, bukan susah pun nak ikut cakap mak ayah..' Kakak Izham tiba-tiba bersuara.

'Memang lah tak susah tapi cuba letak akak kat diri Mia ni, sanggup tak nak kahwin dengan abang sendiri..' Mia bertambah marah.

'Memang tak lah Mia nak kahwin dengan abang!'

'Ayah tak kira! Mia kena kahwin dengan Izham jugak!' Suasana menjadi tegang, wajah ayah mereka sudah kemerahan menahan marah.

'Ayah.. kenapa buat orang macam ni?' Mia Kaisara sudah menangis sambil melutut dihadapan ayah angkatnya itu.

Ayah Izham bangun dan meninggalkan mereka, Mia yang menangis teresak-esak dipeluk erat Izma, kakak sulong Izham.

'Abang! Say something la!' Mia meraung sambil tangannya memukul bahu kiri Izham. Lelaki itu hanya memilih untuk berdiam diri, silap dirinya yang memulakan semua ni. Tidak sepatutnya dia bergurau tentang perkahwinan, lebih-lebih lagi dengan Mia Kaisara, gadis yang dia anggap seperti adik sendiri.

**************************

'Aku terima nikahnya, Mia Kaisara Bt Abdullah dengan mas kahwin 80 Ringgit tunai..' Dengan sekali lafaz, Mia Kaisara sah menjadi milik lelaki yang dihatinya hanyalah seorang abang, tidak lebih dari itu, tidak mungkin dia bisa menganggap Izham lebih dari seorang abang, jauh sekali sebagai suami.

Kak Izma dan Kak Izyan sudah tersenyum melihat Mia yang pertama kali dalam hidupnya disanggul cantik berbaju kebaya putih krim. Seawal pagi lagi dua orang kakak angkatnya itu mendandan dia, nak diharapkan dirinya sendiri, barang-barang makeup pun dia takda.

'Cantiknya adik akak ni..' Ucap Izma.

'Lepas ni, jangan nakal-nakal dah ye..' Izyan mencelah namun Mia hanya memuncungkan bibirnya.

'Kak, abang Izham tu entah-entah dah ada pilihan hati dia sendiri.. Kenapa orang yang jadi mangsa mak ayah ni..' Matanya sudah berkaca.

'Izham tu degil, kalau dia dah ada calon, mesti dia dah berkearas tak nak kahwin.. ' Izyan cuba menenangkan Mia.

CINTA MIA KAISARAWhere stories live. Discover now