'Mak, abang izham putus tunang lagi sekali!!' Riuh rendah rumah 2 tingkat tu dengan suara Mia Kaisara sebaik sahaja tunang abang angkatnya, Kak Sofea menelefonnya sambil menangis-nangis. Mereka sekeluarga sangat rapat, namun entah apa masalah abang Izham, selalu saja putus tunang.
Mia Kaisara diambil sebagai anak angkat sejak dia berumur 8 tahun lagi, dan dia diterima baik di dalam keluarga Dato Malek. Ayah angkatnya itu mempunyai 4 syarikat yang agak berjaya, dan kini di terajui oleh 3 kakaknya yang lain, dan izham hanyalah seorang askar akhir-akhir 20 an, yang selalu saja sibuk dengan kerjanya.
'Mia dah cuba telefon abang Izham tapi tak angkat! Macam mana ni mak...?' Mak angkatnya itu serba salah, bukan dia tak tahu dengan perangai anak lelaki tunggal yang agak nakal zaman kanak-kanak dulu. Semua pilihan orang tuanya selalu sahaja terputus ditengah jalan.
Mia yang berambut panjang, dan berkulit putih kemerahan itu, terus-terusan menelefon Izham. Dia berpewatakan sedikit kasar dan berpakaian agak tomboy, tambahan dengan topi hitam yang selalu menjadi pilihannya tidak henti-henti membebel sambil tangannya menekan skrin di telefon.
'Abang Izham ni selalu macam ni! Kesian kak Sofea tu!!' Marah sungguh Mia apabila Sofea, iaitu senior di universitinya diperlakukan begitu. Katanya, pagi tadi Izham hanya menghantar beberapa mesej mengatakan mereka sudah tidak serasi, dan dia hendak putuskan pertunangan mereka. Ini sudah kali ke 4 Izham putus tunang.
'Ayah kamu dah tahu ke?' Mia menggeleng.
'Mak bagitahu ek.. orang takut la mak nak bagitahu, nanti sakit plak ayah tu.. Orang tak nak jadi penyebab..'
'Ish kamu ni, takut apanya? ayah kamu tu?'
'Orang anak angkat je mak..' Mia tersengih sambil berlari masuk ke biliknya.
Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi muzik yang kuat datang dari arah bilik Mia Kaisara. Maknya menggeleng kepala melihat sikap anak dara sorang ni.
*************************
Izham memandu kereta kancilnya ke arah Seremban, ditemani dengan kucing yang menjadi teman setia dikala dia keseorangan di kem askar. Sudah menjadi kewajiban, setiap kali dia pulang ke rumah keluarganya, kucing itu akan jadi peneman.
Dia yang berkulit sawo matang ala-ala syafiq kylep berbadan tegap dan tinggi selalu menjadi perhatian orang ramai. Salah seorang daripada bekas tunang mati bunuh diri akibat Izham nenolak cintanya. Dia juga tidak pernah bersetuju untuk menerima mereka itu, tahu-tahu saja, ikatan pertunangan telah terjalin.
'Mak! Abang balik!!' Teriak Mia Kaisara bila kereta Izham muncul.dihalaman. Antara adik-beradiknya Izham lah yang memilih untuk hidup bersederhana, bukan dia tidak mampu untuk memiliki kereta-kereta mahal, tapi dia memilih untuk tidak mengejar harta dunia.
'Apa nak jadi dengan kamu ni?' Ayahnya sudah berdiri dimuka pintu.
'Sihat ayah?' Tangan lelaki 60 an tu dicapai dan dikucup Izham.
'Dah elok-elok si Sofea tu layan kamu, keluarga kamu, kamu nak putus tunang pulak?' Suara ayah Izham kedengaran nada marah namun masih terkawal.
'Nanti kita bincang..' Izham tersenyum dan menjeling ke arah Mia yang bercekak pinggang di sisi ayahnya itu.
'Orang tak ambik tahu ek..' Mia membalas dengan jelingan sebelum Izham menarik hidung Mia dan kepala Mia di kepitkan di celab ketiak Izham.
'Kamu ni yang bagitahu kan?' Mia ditarik masuk ke ruang makan sambil kepalanya masih melekat di lengan Izham.
'Mak, tolong orang mak..' Mak hanya tersenyum.
'Kamu ni pun Izham, jangan salahkan adik kamu tu, kamu tu yang buat perangai.. Sofea tu mengadu je kat dia, lagipun kami akan tahu jugak nanti..' Izham melepaskan Mia dan duduk di kerusi sofa berhadapan dengan tv, begitu juga kedua ibu bapanya.
