CMK 13

12.8K 107 20
                                        

'Hai sayang...' Mia Kaisara terkejut melihat kelibat suaminya yang bersayang-sayang dihadapan kawan-kawannya.

'Abang..' Mia mencubit paha Izham bimbang rahsia mereka akan terbongkar.

'Siapa ni Mia?' Tanya salah seorang kawannya.

'Pakwe ke?'

'Eh, taklah.. Ni la abang orang.. Dia memang macam tu.. sweet sangat, kadang-kadang gatal...kan bang...' Sekali lagi cubitan singgah di paha kiri Izham.

'Handsome nya weii..' Bisik kawan disebelah Mia.

'Kenalkan kat aku.. Mana tahu boleh jadi pakwe aku...' Mereka tergelak dan Izham hanya tersenyum ke arah gadis itu.

'Abang jangan nak menggatal ek.. Orang bagitahu bini abang kan!' Mia menepuk kasar bahu Izham.

'Abang dah kahwin ke?' Tanya mereka dengan riak sedikit hampa.

'A'ah.. Abang dah taken.. Tapi abang ada lagi 3 kuota..' mereka semua tergelak kecuali Mia Kaisara.

'Boleh lah tu.. nak ambil borang kat mana tu?'

'Mintak dengan Mia..' Izham menjeling ke arah Mia.

'Dah lah! Orang nak masuk bilik!'

'Woi Mia! Merajuk plak! Sayang kakak ipar la tu..' Usik mereka lagi.

Mia Kaisara tidak mengendahkan mereka dan melangkah ke tangga asrama.

Izham tergelak lagi.

'Okay la girls.. Abang pergi pujuk adik kesayangan kejap ye..'Izham melangkah ke tangga asrama namun terhenti apabila terpandang papan tanda larangan untuk lelaki masuk ke asrama perempuan.

'Mia oh Mia.. abang datang nak bawa balik ni..' Mesej di hantar namun tak berbalas. Hampir 30 minit Izham menunggu namun mesejnya tidak juga dibalas.

'10 minit lagi kalau Mia tak turun, abang baliklah..' Sekali lagi mesej dihantar.

Sepi. Tidak berjawanb.

10 minit yang ditunggu tiba, Mia masih lagi di dalam bilik asramanya.

'Abang balik dululah ye..' Kaki Izham melangkah ke keretanya tanpa Mia Kaisara sambil matanya tetap memandang ke arah telefonnya.

Enjin kereta dihidupkan dan belum sempat Izham berundur, kelihatan Mia membawa bagasinya dan menuju ke kereta Izham. Mulutnya muncung sambil menjeling ke arah Izham membuatkan lelaki itu tersenyum.

'Turun pun..' Izham tersenyum lagi sambil mencuit pipi merah Mia.

'Ish.. Jangan sentuh orang lah..' Mia mengeluh.

'Kenapa ni? Marah kat abang ke? Patutnya abang yang merajuk dengan Mia sekarang ni..' Izham mengundurkan keretanya dan keluar dari perkarangan asrama.

'Kenapa plak abang nak marah?' Mia bertanya dengan wajah hairan.

'Yela.. Bini abang rapat dengan lelaki lain.. Mestilah abang cemburu.. Abang sayang bini abang ni..'

'Dengan Ikmal?' Mia memandang sinis.

Izham mengangguk.

'Orang dengan Ikmal tu kawan baik dari dulu lagi.. Ikmal tu lagi rapat dengan orang berbanding orang dengan abang.. Abang dulu sibuk dengan kerja abang, sampai keluarga sendiri pun kadang-kadang lupa.. Nasib baik orang ada Ikmal.' Kata-kata Mia tu sedikit sebanyak melukakan hati Izham.

'Lagipun kenapa plak abang nak cemburu.. Abang bukannya sayang orang pun.. Orang ni adik abang je.. Orang anggap abang ni pun tak lebih dari abang kandung orang sendiri.' Kereta terhenti serta merta.

CINTA MIA KAISARATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang