Sesudah menjejakkan kaki di depan bilik hotel, Mia berpura-pura menelefon mak dan menunjukkan isyarat supaya Izham terlebih dahulu masuk ke dalam bilik. Mia sebenarnya takut dengan realiti yang akan dia hadapi, lebih baik dia mengelak dulu buat masa ini.
Mia bersiar-siar di persisiran pantai, sesekali rambutnya beralun ditiup angin, namun topi yang dipakainya menyelamatkan keadaan, kalau tak, sudah pasti rambutnya akan menggerbang menyerupai hantu kak limah.
'Woi!' Seseorang menyergah dari belakang.
'Wei bro! kau buat apa kat sini?' Mia terkejut melihat Ikhmal berada dibelakangnya, sejak bila lelaki itu ada disitu?
'Aku kan selalu je follow kau, ke mana saja kau pergi..' Ikhmal memaut lengan Mia Kaisara.
'Awek kau tak marah ke kau datang sini..?' Mia menjeling.
'Awek aku tu kau lah.. Lupa ke? Ayoyo..'
'Merepek.. Orang gila je nak kat kau ni..' Mia bergurau namun Ikhmal tersengih macam kerang busuk.
'Kaulah orang gila tu..' Mia menjeling lagi sekali.
'Taste aku macam Shah Rukh Khan.. Kau ni macam mamat cina mana dah ni.. Bukan taste aku..' Langkah Ikhmal terhenti.
'Lantaklah.. aku ni, kalau kau nak, aku on je.. boleh pasang dua.. kan lelaki boleh kahwin empat..' Pautan pada lengan Mia dilepaskan dan mereka berjalan seiringan.
'Gila..'
'Abang kau mana wei?' Tanya Ikhmal.
'Ada kot dalam bilik... dia..' Mia menipu. Walaupun mereka berkawan baik, namun Ikhmal belum lagi tahu tentang perkahwinan mereka, masa hari nikahnya, Ikhmal ada di London, mustahil dia tahu akan berita perkahwinannya, tambahan pula, keluarganya semua di London, dan kawan-kawan yang lain tidak juga dimaklumkan. Hanya keluarga terdekat sahaja tahu akan hal sebenar.
'Bilik kau nombor berapa?' Tanya Ikhmal.
'Apehal kau nak tahu? Tak yah tahu, nanti kau skodeng aku.. Kau tu bukan boleh percaya sangat, jantan gatal jugak..' Mia menggelakkan Ikhmal dan lari dari lelaki itu sebelum Ikhmal mengejar sehingga dia dapat menangkap Mia, ala-ala cerita hindustan, Mia dipeluk dari belakang dan Ikhmal memusingkan mereka berkali-kali.
Tanpa mereka sedari , ada mata yang memerhati dari jauh.
'Mia!' Teriak Izham dengan kuat. Nada marah Izham mengejutkan Mia dan Ikhmal. Pelukan dilepaskan.
'Apa dia?' Tanya Mia kembali.
'Masuk bilik sekarang!' Teriak Izham lagi.
Ikhmal berasa hairan.
'Ala orang nak ambil angin kejap..' Mia menolak arahan Izham dan terus memandang ke arah pantai.
Izham terus melangkah mendapatkan tangan Mia dan Mia ditarik agak kuat menuju ke bangunan hotel. Ikhmal cuba untuk menghalang namun Mia memberi isyarat suruh dia pergi dulu.
'Sakitlah abang! apa ni kasar-kasar dengan orang!' Mereka berdiri betul-betul di depan lobi hotel.
'Okay sekarang explain! Kenapa lelaki tu boleh ada kat sini?' Tanya Izham dengan nada tegas, namun masih lagi boleh bersabar.
'Peluk-peluk lagi, lepas tu apa? Masuk bilik?' Izham menengking, Mia memandang sekeliling dan agak ramai orang memerhati.
'Abang ni kenapa nak marah-marah? Orang bukan buat apa pun!' Mia meninggikan suaranya.
'Eloklah tu, menjawab! Isteri orang dok peluk lelaki lain, elok ke tu Mia Kaisara?'
'Ish bencilah!!' Mia teriak dan berlari ke lif sambil menutup mukanya. Izham sudah memalukan dia hadapan semua orang, rasa marah yang membuak-buak membuatkan Mia menangis. Pintu lif terbuka dan kaki melangkah masuk, namun Izham tidak mengikutinya. Mia tidak mempedulikan Izham dan terus naik ke tingkat atas.
'Bencilah macam ni!! Tahu lah dah jadi suami orang! Takkan nak kongkong orang macam ni!' Mia bercakap sendirian sambil mengesat air matanya.
*******************
Malam sudah agak lewat, dan Mia keseorangan di dalam bilik. Kelibat Izham masih belum muncul sejak petang tadi, Mia tertanya-tanya ke mana lelaki itu pergi namun egonya masih tinggi. Tak mungkin Izham balik meninggalkan dia, dompetnya masih ada di atas meja , beg pakaian pun masih ada tersusun ditepi dinding.Jam sudah menunjukkan hampir 11.30 malam, Mia memberanikan diri keluar dari bilik dan menuju ke kaunter pendaftaran di lobi hotel, bagi menanyakan perihal abangnya. Namun mereka tidak pula melihat Izham dimana-mana bahagian hotel mereka ini. Mia cuba untuk ke tepi pantai dan..
'Abang! Buat apa kat sini!' Mia berlari ke bawah pokok kelapa dimana Izham baring di bangsal sambil merenung ke langit. Izham hanya memandangnya kosong.
'Abang! Orang tanya ni!'
'Mia..' Suara Izham kedengaran tenang.
'Mia ingat tak masa kita kecik-kecik dulu, kita selalu datang ke pantai dengan mak, waktu tu Mia baru 10 tahun, comel lagi.. Mia cakap kat abang, Mia suka pantai, Mia suka tengok langit dekat pantai ni, nampak indah betul. Sekarang baru abang faham.'
'Apa abang merepek ni, orang tak ingat dah lah.. Benda lama, lagipun orang bukan suka pantai je, swimming pool pun orang pernah suka, apa je yang orang tak suka?' Mia duduk disisi Izham.
'Pasal tadi , abang minta maaf, abang tak boleh nak paksa Mia ubah cara Mia, tapi abang cuba sebab semua tu dah jadi tanggungjawab abang, kalau boleh Mia elakkanlah bersentuhan dengan lelaki lain..Abang tak suka..'
'Kenapa?' Tanya Mia ringkas.
'Sebab abang.. Abang...abang cemburu..' Izham memandang ke arah Mia.
'Abang tahu Ikhmal tu kawan baik Mia, tapi abang tak suka cara dia layan Mia.'
'Buat apa nak cemburu kalau hati abang tu bukannya sayang orang pun, orang lain takkan cemburu tengok adik sendiri kawan dengan lelaki.. Janji pandai jaga diri sendiri je..' Mia cuba untuk meyakinkan Izham.
'Mia lupa ye? Mia dah jadi isteri abang.. Kalau dulu, betul, abang tak da perasaan cemburu sebab abang tahu Mia ni pandai jaga diri, tapi sekarang ni, dah jadi tanggungjawab abang jaga Mia.' Mia terdiam.
'yelah.. Sorry.. Orang tak buat dah lepas ni..'
'Janji?' Mia mengangguk.
'Orang dah beli makanan tadi, abang je takda.. Jom balik..'
***********************
Jam menunjukkan sudah pukul 3 pagi. Mia masih belum melelapkan mata dan hanya lampu meja menerangi bilik, matanya melilau melihat sekeliling. Sudah menjadi kebiasaan untuknya apabila berada ditempat baru, dia sukar untuk tidur lebih-lebih lagi waktu malam. Izham yang baring di sofa kelihatan lena.Mia sebenarnya seorang penakut! Cubaan pertama untuk mengejutkan Izham gagal apabila Izham hanya menggerakkan tubuhnya berpaling ke arah bertentangan.
'Abang.. Bangunlah.. Orang takut ni..'
Badan Izham digoncang perlahan-lahan.Izham membuka matanya dan terkejut melihat rambut panjang Mia menutupi hampir semua mukanya.
'Astaghfirullah Mia! Terkejut abang!!'
'Orang takut..' Izham sempat lagi menguap, dan dia bangun dari sofa dan mengeliat.
'Nak buka lampu ke?' Tanya Izham.
'Abang tidur sini boleh?' Mia menepuk bantal disebelahnya. Izham hanya tersenyum dan terus bergerak ke katil.
Minit demi minit berlalu, mereka kaku di katil, namun hanya tuhan yang tahu betapa berdebar-debar dirasakan mereka berdua.Tangan Izham cuba mencari tangan Mia di dalam selimut dan.. tangan Mia digenggam erat.
'Mia, dah tidur?' Tanya Izham dan meletakkan tangan Mia didadanya.
'Belum..' Mia menjawab ringkas.
'Boleh abang nak sesuatu dari Mia?' Mia memandang wajah Izham samar-samar.
'Apa dia?' Izham menukar posisinya dan menindih Mia. Mata mereka menatap antara satu sama lain, degupan jantung menggetarkan jiwa. Izham merenung tepat ke anak mata Mia Kaisara dan.. perlahan-lahan wajahnya mendekati wajah Mia, bibir lembut Mia dikucup dengan lembut. Mia Kaisara tidak lagi menolak, ciuman dibalas dan Mia tanpa sedar sudah memaut erat tengkuk Izham sambil mulut mereka asyik dengan ciuman menghairahkan.
'Mia.. boleh abang......hmm.. boleh abang..'
