CMK15

10.7K 101 18
                                    

Sudah tiga hari Mia tinggal dirumah itu, mak pun sudah beransur pulih, bayang Izham langsung tidak kelihatan sepanjang dia berada disana.

'Mia..' Mak memanggil sayu.

'Mak.. Orang kena pergi mak.. Orang bukan siapa-siapa dah sekarang ni..' Mia Kaisara sedaya upaya menahan air matanya.

'Mia, tak kisahlah apa orang nak cakap, Mia tetap anak mak.. Ni...' Kunci diletakkan ditapak tangan Mia.

'Ni kunci apartment yang ayah bagi dekat mak dulu.. Sekarang mak hadiahkan kat Mia.. Mia dok sana ye.. Senang mak nak melawat nanti.. Mak risau dengan keadaan Mia kat luar sana.. Mak tak larat nak hadap perangai degil Izham tu, biarlah Mia cari bahagia Mia ye.. Mak tak nak lagi jadi penyebab Mia bersedih..' Air mata mak terus mengalir.

'Jangan cakap macam tu mak..' Mia memeluk erat maknya itu, air matanya tak tertahan lagi, menitis bak air terjun lajunya. Mereka dua beranak berpelukan lama.

************************

Pintu apartment dibuka perlahan-lahan, interiornya sangat cantik dan Mia tak pernah tahu apartment ni wujud sebab mak tak pernah bercerita, cuma kadang-kadang mak dan ayah selalu bermalam di luar bila tiada orang dirumah mereka.

Gambar mereka sekeluarga ditatap dengan penuh perasaan hiba. Gambar yang menunjukkan mereka adalah keluarga yang paling bahagia dimana Mia Kaisara dipeluk erat oleh Izham sewaktu mereka masih kecil. Masa tu, tak pernah terfikir lelaki itu akan menjadi suaminya. Banyak gambar-gambar nostalgia yang tersusun rapi di atas meja. Patutlah kat rumah mereka tidak banyak gambar-gambar seperti ini, orang tua mereka sudah memindahkannya ke sini.

'Abang Ad, hari ni, Mia tak dapat datang rumah ibu.. Kena kemas rumah..' Mesej dihantar kepada Adris namun tak berbalas.
Bunyi loceng dibunyikan membuat Mia terkejut. Entah siapa agaknya, tiada siapa tahu yang dia kini tinggal disitu.

'Ibu!' Terkejut Mia apabila dihadapannya ibu dan Adris bersama buah tangan yang agak banyak sedang berdiri dihadapannya.

'Macam mana ibu tahu Mia kat sini?' Mia kehairanan.

'Tak perlulah Mia tahu, yang penting ibu tahu yang Mia selamat.' Ibu tersenyum gembira.

'Adris ada cerita pasal abang Mia..' Sambubg ibu.

'Mia minta maaf abang, pasal hari tu..' Adris tersenyum.

'Boleh ibu tahu kenapa dia marah sangat dengan Adris?' Mia serba salah, tak mungkin dia dapat berterus terang bahawa Izham itu bekas suaminya. Apa pula kata ibu nanti.

'Entahlah ibu, biasalah, abang Mia tu overprotective sikit kadang-kadang dan terlampau sensitif sampai Mia pun kena halau..' Mia tergelak namun perasaan serba salah bercampur sedih kerana terpaksa berbohong.

'Ibu dah makan?' Tanya Mia cuba untuk mengalihkan perhatian mereka.

'Kalau belum Mia nak...' Belum sempat dia menghabiskan kata-katanya, loceng berbunyi sekali lagi.

'Eh, siapa plak tu..' Kaki Mia melangkah ke pintu dan..

'Mak...!' Sekali lagi Mia terkejut. Namun lebih terkejut apabila Izham berdiri dibelakang mak.

'Maaflah, mak mengganggu, mak rindu Mia.. Sebab tu mak suruh Iz hantar mak ke sini.. Mia jangan risau, Iz datang hantar je, nanti dia terus balik..' Mak menunjukkan riak risau jikalau Mia tak selesa.

'Mak, masuk..' Tubuh mak dipeluk erat namun mata Mia sempat menjeling ke arah Izham yang sudah bersedia untuk meninggalkan mereka.

'Bro , tunggu..' Suara Adris menghentikan langkah Izham.

CINTA MIA KAISARAWhere stories live. Discover now