CMK14

11.2K 106 10
                                    

'Cik, Cik okay?' Suara perempuan tua membuatkan Mia membuka mata, disisinya ada bubur nasi masih hangat.

'Saya kat mana?' Mia kebingungan melihat rumah yang agak mewah dan diterangi lampu-lampu yang boleh dikatakan mahal.

'Cik, jangan risau, cik selamat disini..' Muncul seorang lelaki yang berjambang nipis dan berkulit putih membawakan air suam.

'Mak cik, saya kat mana ni?' Tanya Mia lagi.

'Kami jumpa cik tadi pengsan kat tepi jalan, so kami bawa cik ni pulang sebab muka cik pucat tadi, kami fikir takda apa yang serius cuma mungkin cik penat. Sebab tu kami bawa  cik balik..' Terang wanita itu.

'Cik okay ke ni? Cik tinggal kat mana?'

'Panggil saya Mia.. Saya tinggal dengan mak dan abang saya tapi saya dah kena halau..'

'Astagfirullah..Biar betul Mia..Tergamak betul diorang tu halal Mia.. Perempuan cantik macam Mia ni tak elok merayau malam-malam macam ni.'

'Maafkan saya susahkan mak cik dengan saudara.. Saya kena pergi..' Belum sempat Mia menyelak selimut yang menutupi separuh dari tubuhnya, wanita 50-an tu menghentikan pergerakannya.

'Takpe, malam ni Mia tidur sini dulu.. Esok kita fikir macam mana.. Lagi satu, panggil ibu je la.. kita sesama islam.. saling tolong menolong tu dah lumrah hidup kita.. Yang ni Adris.. anak tunggal ibu..' Air mata Mia hampir-hampir saja menitis. Rindu akan mak.

'Mak.. Orang rindu mak..' Mia bermonolog sebaik sahaja ibu dan Adris keluar.

************************
'Mana lah kau Mia.. Mak risau ni..' Sudah beberapa jam mak mengintai di sebalik tingkap, berharap Mia Kaisara balik semula.

'Kamu ni kenapa Izham? Dah hilang akal ke? Kalau kamu marah sangat dengan dia tu pun, takkan takda belas kasihan sikitpun? Dia tu adik kamu, membesar sama-sama. Mak tak faham lah dengan kamu ni, kejap suka, kejap tak..'

'Biarlah dia mak.. dia dah besar.. pandai-pandai dia hidup.. tak pun dia dah balik kampus dia tu.. Bukan dia peduli dengan kita pun.. Sia-sia je mak dok bela dia tu.. Anak tak kenang budi..' Api kemarahan masih membuak-buak di hati Izham.

'Kamu ingat dekat ke kampus dia tu? Lagipun dia keluar rumah tadi bukan dia bawak apa-apa pun..' Mak makin gelisah mengenangkan Mia.

'Ala, jantan tu ada kan? Mesti dia dah cari jantan tu..'

'Jantan mana? Ikmal? Kamu tak tahu ke Ikmal dah seminggu pergi Australia.. Kalau cemburu sekalipun, takkan kamu takda perasaan risau sikitpun?' Izham hanya terdiam. Terbit rasa kerisauan dengan tiba-tiba.

'Ah, biarlah.. Kalau apa-apa jadi dekat dia pun, tu semua salah dia..' Ego Izham tak nak kalah dengan perasaannya.

*************************

'Mia, turun makan..' Ibu tiba-tiba muncul di muka pintu, menghentikan lamunan Mia Kaisara.

'Cuba Mia ceritakan tentang hidup Mia..' Mia   teragak-agak untuk memulakan bicara namun dia perlukan tempat meluahkan semua yang terpendam.

'Mia anak yatim piatu.. Tapi masa Mia kecil dulu, Mia dah tinggal dengan keluarga angkat Mia.. Diorang tak pernah pun sakit kan hati Mia, Mia je yang selalu degil sampai satu tahap mungkin dorang dah tak tahan.. Sebab tu dorang buang Mia.'

'Sampai hati dorang buat macam tu kat Mia..' Tangan Mia dipegang erat sambil mata Adris terus menatap wajah cantik Mia Kaisara.

'Mia tak salahkan mak sebab mak pun terpaksa..'

'Mak?' Tanya ibu.

'Mak angkat Mia.. Dia tak pernah bezakan Mia dengan anaknya yang lain.. Mia sayang mak..' Air mata Mia mula membasahi pipinya.

CINTA MIA KAISARAWhere stories live. Discover now