CMK10

16.3K 109 5
                                    

'Abang..' Pintu dibuka perlahan-lahan. Seharian Mia tidak melihat Izham, lelaki itu masih berkurung di dalam biliknya.

'Abang.. Orang bawakan makanan nih..' Dulang yang berisi makan malam diletakkan di atas meja dan Izham masih membatukan dirinya sambil matanya tepat memandang ke arah skrin telefonnya.

'Abang marah orang lagi ke?' Izham tidak mengendahkan apa saja yang diungkapkan oleh Mia Kaisara.

'Orang pun sedih jugak tapi mak lagi sedih, jangan tunjuk sangat kesedihan tu.. Susah hati mak nanti..' Izham mengalihkan pandangan ke arah Mia. Kaca matanya dibuka dan diletakkan di atas meja. Mia sudah merebahkan dirinya di katil Izham sambil memandang ke arah siling rumah mereka.

'Kalau orang tahu ayah nak pergi, memang orang terus balik rumah je.. Dok kampus pun bukan boleh buat apa pun.. Tengok buku je..' Izham menarik nafas lega mendengarkan penjelasan Mia. Dia berfikiran buruk setelah Mia pergi meninggalkan dia keseorangan di Port Dickson, lebih-lebih lagi apabila dia muncul kembali di rumah ini dengan Ikhmal.

'Abang makanlah nasi tu.. Mak masak sedap tau.. Orang makan tiga pinggan tadi..' Mia tersengih.

'Patutlah adik abang ni gemuk.. Eh salah.. Isteri abang ni.. gemuk..'

'Abang!!! Suka hati je cakap orang gemuk!!!  Orang ni hampir-hampir dah orang cakap nampak tulang je!!' Izham tergelak besar mendengarkan kata-kata Mia Kaisara itu.

'Mia.. Abang rindu ayah..' Nada Izham bertukar serius dengan tiba-tiba.

'alahhh.. orang pun dah rindu ayah.. Tapi rindu senyap-senyap jelah.. jangan tunjuk sangat dekat mak, nanti susah hati plak dia.. Tengok mak kat dapur tu dah mula tersenyum balik..'

'Kalau abang yang mati, macam mana lah agaknya bini abang ni ye..' Pipi mIa Kaisara dikuis manja.

'Ha, mulalah tu.. Ni abang nak lapor diri bila? Lama sangat cuti ni..' Mia menjarakkan dirinya dari Izham dan duduk disofa  yang berjarak 3 meter dari Izham.

'Abang rasa abang nak resign.. Mak suruh abang ambil alih syarikat ayah..'

'Abang kan suka masuk hutan semua tu.. Tak sayang ke nak berhenti macam tu je?'  Mia mengerutkan dahinya.

'Abang nak buat macam mana lagi, sekarang ni kena cari duit lebih sikit, mana tahu bini abang ni mengandung plak.. Nak bela Mia ni pun dah susah dah, kalau ada anak, lagi banyak belanja nanti..'

'Eee geramnya!! Orang tak nak beranak lah!! Lagipun orang ni bukan lembu!! Tak susah pun nak jaga!' Mia sudah geram, aksi spontannya terus menerkam Izham dan mencekik manja lelaki itu, tanpa sedar dia sudah terbaring di atas tubuh Izham dan Izham memaut erat pinggang Mia Kaisara.

'Abang gurau je..' Mia cuba untuk melepaskan dirinya namun pautan Izham terlalu kuat dan terasa jantungnya berdetak laju. Mata mereka berpaut agak lama, sesekali Izham menelan air liur berahinya, sudah tentu dia merasa begitu tergoda dengan pandangan Mia Kaisara namun Mia masih malu-malu.

'Mia sayang abang?' Tanya Izham dengan spontan mengharapkan sinar cinta dari Mia namun hampa apabila Mia menggeleng kepalanya.

'Orang sayang abang macam abang kandung orang je.. setakat ni lah.. In future orang tak tahu..'

'To be honest, abang dah start sayang Mia.. Lebih-lebih lagi.. Lepas apa yang kita buat malam tu.. Perasaan sayang tu dah lahir di dalam hati abang, dan abang masih berharap malam-malam abang akan dapat rasa macam malam tu lagi..'

Mendengarkan pengakuan Izham membuatkan Mia kegelian, lebih lagi dia teringat akan kejadian memalukan baginya itu. Mia cuba bangun namun Izham terlebih dahulu memegang kepalanya dan rambut panjang Mia hampir menutup keseluruhan muka Izham.

CINTA MIA KAISARAWhere stories live. Discover now