Buat pertama kalinya Mia Kaisara terbangun disaat dia di dalam pelukan seorang lelaki, walaupun ini bukan kali pertama Izham memeluknya, tetapi perasaannya sukar untuk dijelaskan. Ingat lagi waktu dia berumur 11 tahun, Izham selalu tidur di sebelahnya dan mereka selalu berpelukan dek kerana mak dan ayah selalu sibuk, Mia pula takut untuk tidur seorang, hanya Izham yang boleh jadi peneman. Namun ianya hanya setakat itu sahaja, tak pernah terdetik yang dia akan bergelar isteri kepada Izham.
'Dah bangun?' Tanya Izham yang baru mencelikkan matanya.
Mia mengangguk dan berlari masuk ke tandas kerana malu.
*********************
Izham masih sukar untuk bergerak tanpa tongkatnya, namun Mia memberanikan diri memapah Izham ke mana sahaja Izham pergi kecuali ke tandas, tu pun kadang-kadang Izham paksa di ikut namun dia berkeras tak nak.
'Mak dengan ayah dah booking hotel bulan madu kamu, tapi kami cari yang dekat-dekat sini je lah sebab kamu tu masih tak boleh bergerak sangat. Nak harapkan Mia ni drive jauh, mak yakin Mia tak larat nanti..' Mia menjeling geram.
'Tapi orang nak duduk rumah je mak.. Lagi syok.. Ada mak dengan ayah kat sini..' Mia memeluk erat lengan maknya sambil matanya memerhati Izham di sofa kanan.
'Ish, jangan mengada, waktu kamu nak manja-manja dengan mak dah habis, sekarang ni kamu kena manja dengan suami kamu.' Mak tersenyum mengusik.
'Cepat-cepat bagi mak cucu lagi..' Mak menyambung, namun kali ni Mia mencubit pipi maknya, geram sungguh dia.
Mia duduk berhadapan dengan Izham.
'Bila mak booking tu?' Izham bersuara.
'Hari ni, kamu dah boleh check in..' Mia sekali lagi terkejut.
'Mak, apa ni mak.. Cepat sangat..'
'Dah, pergi kemas cepat.. Kemas barang suami kamu sekali..'
'Mak!'Mia Kaisara menjeling ke atah Izham namun kakinya tetap melangkah menaiki tangga. Topi merahnya di cabut dan rambutnya disanggul tinggi, sambil tangan-tangan sibuk melipat satu persatu pakaian dan dimasukkan ke dalam beg. Begitu juga pakaian Izham turut siap di dalam bagasi milik lelaki itu.
'Dah orang dah siap..' 2 bagasi diheret ke muka pintu dan kunci kereta di capai, bagasi itu diletakkan di tempat duduk belakang dan Mia hanya menunggu di kereta, Izham ambil masa yang agak lama dek kerana keadaannya.
Mak hanya mampu menggeleng.
15 minit kemudian, mereka bergerak meninggalkan perkarangan rumah mereka, menuju ke port dickson. Suasana sepi sepanjang jalan, Izham hanya banyak termenung sambil menikmati keindahan di luar setelah beberapa minggu dia terperap di rumah. Indah sungguh permandangan walaupun jalan agak sibuk dengan kenderaan lain laju memecut.
45 minit memandu, Izham memandang ke arah Mia Kaisara dengan pandangan yang agak nakal. Tangan kanannya diletakkan di atas paha Mia dan..
'Eh abang ni! Terkejut lah!' Mia yang hanya berseluar jeans biru ketat terasa geli namun Izham tidak juga mengalihkan tangannya, lalu dia membiarkan lelaki itu berkelakuan begitu.
Tangan Izham menggosok paha Mia dengan lembut sebelum tangan itu terletak betul-betul dicelah kangkang Mia.
'Abang! Jangan lah kacau orang drive ni!!' Mia sudah teriak memarahi Izham, namun hanya bunyi gelakan yang kedengaran.
'Ish geramlah dia ni! Orang tinggal dekat tepi jalan ni baru tahu!'
Izham tersenyum.
'Malam ni abang tuntut ye hak abang..' Izham tersenyum nakal.
