'Aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang tersebut..'
Saksi-saksi mengangguk sebagai tanda sah, disusuli dengan bacaan doa oleh imam tok kadi. Wajah Izham sudah kelihatan tersengih-sengih sambil memandang isterinya yang kelihatan amat cantik berpakaian serba putih. Huda yang duduk disebelah Mia pun tidak dipandang sebelum tok kadi menepuk paha Izham.
'Awak sabar dulu ye...' Perli Tok kadi tu sambil orang yang menyaksikan gelagat Izham ketawa terbahak-bahak.
Mia Kaisara menunduk malu.
*****************************************
'Tokma, why i can't sleep with mama and daddy?' Nenek Huda cuba untuk menenangkan cucunya itu yang dari tadi menangis.
'Because hmm.. macam mana tokma nak cakap ni.. Tokma bukan pandai pun cakap orang putih ni.. tidur with tokma.. okay okay?'
'No, I want mama daddy!'
'Takpelah mak, biar Huda tidur dengan Mia malam ni..' Mia mengikat rambutnya sambil melangkah menuruni tangga.
'Eh, ape plak macam tu... Malam ni kan malam pertama kamu?' Mak mengerutkan dahi.
'Mak, Mia ni dah kahwin kali kedua dah dengan abang Izham tu.. Takda beza pun dulu dengan sekarang. Cuma sekarang ni, kami dah ada Huda. Tanggungjawab kami tu..'
'Takpa... Huda sleep dengan tokma tonight..' tergagap-gagap menyusun kata demi memujuk cucu kesayangannya itu.
'Tapi mak..'
'Takpelah... Mak bagi kamu peluang untuk berbaik-baik dengan Izham tu.. Kamu pun dah lama tak jumpa kan.. Banyak benda nak dibualkan..' Mak menarik tangan Huda dan masuk ke biliknya. Mia terus kembali ke bilik dan baring di katilnya. Penat dan habis sakit seluruh badan walaupun majlis yang serba serdahana sahaja mereka adakan hari ni tetapi masih mendapat kunjungan beratus orang. Mana taknya, kawan-kawan mak tersangatlah ramai. Mia dan Izham mana ada ramai sangat kawan.
'Termenung ye sayang?' Mia terus terduduk mendengarkan suara itu. Sudah hampir sejam Izham mandi, sekarang baru keluar? Dengan hanya bertuala pula.
'Takdalah..Letih je.. Mengantuk juga ni..'
'Huda mana?' Tanya Izham.
'Tidur dengan mak..' Pendek saja jawapan Mia dan dia kembali merebahkan badannya sambil memeluk bantal.
'Dah mengantuk ke?' Tanya Izham lagi sambil menyarung t-shirt dan kain pelikat.
Diam.
'Sayang, dah tidur ke?'
Masih diam. Mata Mia sudah terpejam saat Izham baring disebelah Mia.
'Terima kasih sayang, sebab terima abang lagi..' Ubun- ubun Mia dikucup lembut.
'Abang takkan sia-siakan peluang ni..' Kepala Mia diangkat perlahan dan letakkan di lengan kanan Izham dan lengan kirinya merangkul pinggang Mia Kaisara. Mereka berdua tertidur dengan perasaan sungguh bahagia sekali.
*****************************
'Mama, mama, i want Nasi Goreng..' Manja anak kecil itu merengek di meja makan. Izham yang baru turun tersenyum dan terharu melihat Huda sungguh manja dengan isterinya itu.
'Daddy nak jugak..' Izham menggedik namun, hanya jelingan diberikan oleh Mia Kaisara.
'Do you want Nasi Goreng cook by mama?' Izham mengangguk.
'No! It is all mine!' Teriak Huda.
'Habis lah abang terpinggir kejap lagi... Nak kena berebut sayang dengan Huda pulak..' Izham ketawa. 'Tapi nasib baik, sayang pilih abang kan... kalau tak...'
