Hospital Besar Kuala Lumpur
2:45 petang.Tengku Adham Mukhris melangkah masuk ke dalam satu bilik wad yg dimana ibunya berada.Dibuka pintu bilik tersebut.Kelihatan sekujur tubuh tua terbaring diatas katil pesakit.Perlahan Tengku Adham Mukhris mengorak langkah mendekati ibunya yg masih lena.
Dia duduk diatas kerusi yg tersedia disebelah katil tersebut.Tangan kanan ibunya digenggam lembut.
'I'm sorry mama..i am so sorry'
Dikucup tangan wanita itu.Sungguh dia rasa bersalah kerana membelakangi kedua dua ibu dan bapanya.
Klak!
Tengku Adham Mukhris berpaling melihat wajah abang sulungnya bersama seorang wanita hamil disebelahnya.
"Oh..kau dah sampai.." tegur Tengku Ariel Mikael tidak bernada dengan matanya tajam menikam anak mata adik lelaki dia.
Hani Raudha yg berada disebelah suaminya melangkah kearah sofa berdekatan dibantu Tengku Ariel Mikael.Manakala Tengku Adham Mukhris hanya diam tidak bersuara.
"Kenapa kau balik?" Soal Tengku Ariel Mikael dingin.Hani Raudha tersentak mendengar soalan itu.Lengan suaminya dipegang lalu diusap lembut belakang tubuh Tengku Ariel Mikael.
"Apa maksud kau?"
Soalan dibalas soalan.Kedua mereka memberi jelingan maut antara satu sama lain.Dingin.Hani Raudha yg berada di situ tidak senang duduk.Tengku Ariel Mikael tertawa kecil.
"Sebab kau mama dan papa jadi macam ni." Jawab Tengku Ariel Mikael berjalan mendekati adik lelakinya.
"Pardon? Kau jangan nak salahkan aku dalam masalah ni , Ariel." Balas Tengku Adham Mukhris turut berdiri menghadap abang sulungnya.
"Kalau bukan kau , siapa lagi? First , kau buat hal tinggalkan Reen masa majlis korang sedang berlangsung..Second , dah berapa bulan kau tak balik..tak clear kan nama baik keluarga kita..kau buat mama sedih..kau malukan kitorang..And now , this is what happen.." ujar Tengku Ariel Mikael keras.
Terdiam Tengku Adham Mukhris.
Hani Raudha menatap risau dua beradik itu.Perut yg kian membesar itu diusap lembut seraya menenangkan dirinya sendiri.
Tengku Adham Mukhris menggenggam penumbuknya.Rambutnya dikuak kebelakang.Serabut.Tengku Ariel Mikael menepuk perlahan bahu kanan adiknya.Dia tahu lelaki itu mempunyai sebab tertentu.
"Kau pergilah balik..berehat..mama biar aku dengan Hani jaga.." tutur Tengku Ariel Mikael.Hani Raudha menganggukkan kepalanya.Tengku Adham Mukhris hanya akur.Dia juga tiada daya mahu membantah.
Keluar sahaja dari wad mama dia , kakinya melangkah membawa dirinya keluar hospital.Kunci keretanya dikeluarkan.Setelah masuk kedalam kereta miliknya, enjin mula dihidupkan.
Tiba tiba dia melihat satu kereta jenama hilux terbang kearahnya.Bulat mata Tengku Adham Mukhris.Pantas dia mengundurkan keretanya.Kereta hilux tersebut jatuh ketanah.Cermin pecah berderai dan kereta tersebut sudah kemek.
Dhum!
Letupan kereta itu menyentakkan orang ramai yg berhampiran di tempat kejadian.Tengku Adham Mukhris mengetap rahangnya.Dia memutarkan stereng kearah laluan kiri.
Dia memandu laju di lebuh raya tersebut.Kelihatan 3 kereta berwarna hitam mengekori dibelakangnya.Dengan lincah dan cekap , Tengku Adham Mukhris memintas kereta ii dihadapan dia.
Bang!
Bang!
"Damnit! Can't you guys give me a break!?" Lantas dia menundukkan kepalanya pabila satu peluru tembus mengenai cermin kereta hadapannya.Tembakan demi tembakan dilepaskan kearah kereta Tengku Adham Mukhris.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tengku Adham Mukhris
AçãoSeorang jutawan ternama yang dikenali seluruh dunia.Nama dia tersebar luas manakala wajahnya terpapar di mana mana sahaja.Lelaki yang memiliki segala galanya.Dunia bagaikan berada dalam genggaman dia.Dia juga lelaki idaman ramai wanita.Wajahnya yang...