Part 14

495 17 3
                                        


"I want him dead."

Gelap sekali aura Syazrin Adhin. Tangisan dan wajah sedih kakaknya bermain di minda. Kakak dia , Syasya Athia. Disentuh tanpa rela si gadis itu. Dia masih ingat wajah kosong dan mendung kakaknya. Bagai mayat hidup.

"Aku tak tahu apa lagi yang korang nak dari aku. Aku dah cakap aku tak nak ada apa ii urusan atau hubungan dengan kau sekeluarga. Aku dah cuci tangan. Tapi sekarang , tangan aku dah kotor balik. Sebab adik sial kau tu." Kasar Syazrin Adhin bersuara.

Carl Vega hanya diam. Dia menatap wajah dingin Syazrin Adhin. Ya. Masih dia ingat , lelaki itu pernah bekerja dibawahnya 4 tahun lalu. Pisau lipat yg digenggam Syazrin Adhin jatuh ketanah. Kerana tangannya disepak kuat oleh seseorang. Dia menoleh kebelakang.

Catriena Vega.

Bersama 3 orang anggota polis sedang mengacukan pistol kearahnya. Syazrin Adhin mengetap rahangnya.

Tch!

"Tahan dia." Arah Catriena Vega. 3 orang polis itu lantas menggari kedua dua tangan Syazrin Adhin.

"Adik!" Laung satu suara. Syazrin Adhin terus menoleh melihat kakaknya sedang berlari kearah dia. Terkejut dengan kedatangan gadis itu.

Syasya Athia.

Gadis itu berhenti berlari setelah sampai dihadapan mereka. Dia kebetulan lalu disitu. Pabila ternampak wajah adik lelakinya ditahan oleh polis , laju sahaja dia berlari. Tercungap cungap dia dibuatnya. Syazrin Adhin terkelu melihat wajah pucat kakaknya itu. Baru sahaja dia mahu mengorak langkah kearah gadis itu , dia dihalang oleh 3 orang polis tersebut.

"Encik. Tolong lepaskan adik saya." Rayu Syasya Athia mendekati 3 orang polis itu.

"Maafkan kami , cik. Adik cik telah buat kekecohan di syarikat ini. Serta bertindak menikam perut adik lelaki kepada Tuan Carl." Terdiam Syasya Athia mendengarnya. Tidak sangka adik lelaki dia sanggup berbuat demikian.

Syasya Athia tidak mampu membuka mulutnya lagi. Dia tidak boleh buat apa. Hanya mampu melihat adik lelakinya dibawa oleh polis. Air matanya gugur membasahi pipi. Kepalanya mula berpinar.

Syazrin Adhin mengerling kakaknya dari dalam kereta polis itu. Sayu dia melihat wajah pucat gadis itu. Kereta polis itu mula bergerak. Membulat mata Syazrin Adhin pabila melihat tubuh kakak dia rebah. Pengsan.

"Berhentikan kereta! Kakak aku!" Jerit Syazrin Adhin. Namun tidak dihiraukan oleh 3 anggota polis itu. Diketap rahangnya. Kereta itu berlalu pergi ke balai polis.

Hospital Besar Kuala Lumpur.
9:45 p.m

Syasya Athia mencelikkan matanya. Diurut kepalanya yg sakit itu. Dia berdesis. Dia melihat sekeliling ruangan biliknya itu. Tubuhnya bangkit untuk bersandar dikepala katil.

"You should be careful." Tutur satu suara. Syasya Athia menoleh sedikit kepalanya melihat seorang gadis sedang duduk menyilang kaki disofa bilik itu. Catriena Vega.

"Doktor kata kandungan kau masih baru lagi. Nasib baik aku sambut masa kau nak pengsan tadi. Muka kau pucat. Bila kali terakhir kau makan?" Soal gadis itu merenung wajah pucat Syasya Athia.

Dia juga tidak menjangka yang Christ Vega berbuat demikian. Atas sebab apa , dia tidak pasti. Sempat juga dia baca latar belakang Syasya Athia dan Syazrin Adhin. Timbul rasa kasihan kepada 2 beradik itu.

"3...hari lepas.." gumam Syasya Athia dengan perlahan namun dapat didengari Catriena Vega. Gadis itu berdiri melangkah mendekati Syasya Athia bersama satu beg kertas. Dia meletakkan beg kertas tersebut diatas meja katil Syasya Athia.

Tengku Adham MukhrisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang