Part 15

571 19 1
                                        

10:41 p.m

Aisyah Sofea berjalan keluar melalui pintu belakang Yummyz Bakery bersama satu bungkusan besar beg plastik hitam ditangannya. Lorong dibelakang bakeri itu sunyi sekali. Penutup tong sampah dibuka lalu memasukkan bungkusan beg plastik itu kedalam tong tersebut.

Setelah selesai , dia membuka kembali pintu belakang bakeri itu. Namun langkahnya terhenti pabila terdengarkan sesuatu.

TING!

Kelihatan satu tin kosong berguling diatas tanah dengan sendiri. Aisyah Sofea mengecilkan sedikit matanya. Dia terlihat seperti ada satu bayang dibalik bangunan berjarak 2 block darinya. Dia hanya menjungkit bahu sahaja. Mengusir perasaan takutnya.Kakinya ingin melangkah masuk.

Tidak sempat melangkah setapak , hidung dan mulutnya ditekup satu kain. Ada bau yang pelik dari kain itu membuatkan dia sedikit pening. Terasa ada satu tangan melingkar kuat ditubuhnya menyebabkan dia susah untuk bergerak.

"Shh. Be a good girl and sleep. Shh." Bisik satu suara lelaki ditelinganya. Mata Aisyah Sofea semakin layu. Rontaan dia juga semakin perlahan. Sejurus itu air matanya jatuh. Dia takut. Dia lemah. Lelaki itu tersenyum sinis. Mata gadis itu telah tertutup sepenuhnya.

Tubuh Aisyah Sofea dicempung lalu berjalan pergi meninggalkan tempat itu.

Manakala di dalam bakeri tersebut , Qaira Balqis tercari cari sahabatnya itu. Selesai sahaja tugas dia mengemas meja dan ruangan bakeri bersama rakan sekerjanya yg lain , terus dia mencari sahabat dia.

"Din , kau ada nampak Echa tak? Dia kat mana?" Tanya Qaira Balqis kepada salah seorang rakan sekerjanya. Din yg masa itu sedang melipat apronnya , menoleh kearah pintu belakang.

"Dia buang sampah kat luar tadi. Patutnya dah masuk sebab dah lebih 10 minit dia keluar tadi." Jawab Din. Berkerut kening Qaira Balqis. Lantas kakinya melangkah keluar dari pintu belakang.

Hening.

Tiada langsung kelibat Aisyah Sofea. Dia mengerling sekeliling. Gelap dan sunyi.

"Din , pergi tengok loker ada beg Echa tak?" Arah Qaira Balqis. Din tanpa bersoal menganggukkan kepala. Qaira Balqis sudah mula rasa risau. Jantungnya berdegup laju.

Tidak lama kemudian , Din kembali disebelahnya dengan memangku beg silang milik sahabatnya lalu dihulurkan kepada dia. Qaira Balqis mengambil beg tersebut dan memeriksa kandungan didalamnya. Telefon , dompet , duit , Ic dan lain ii ada didalam beg itu.

Qaira Balqis tidak senang hati. Dimana sahabatnya?

"Semua barang dia ada kat sini. Tapi mana dia pergi?" Soal Qaira Balqis. Din merasakan ada sesuatu tidak kena. Matanya melilau sekeliling. Dia melihat ada kamera cctv yg tersorok diatas pintu tersebut.

"Kita check CCTV." Tutur Din serius. Qaira Balqis menganggukkan kepala. Pintu belakang dikunci. Lantas mereka naik ke tingkat atas. Namun suara rakan mereka yg lain menghentikan langkah mereka berdua.

"Korang nak pergi mana?" Soal Rania melihat Qaira Balqis dan Din dengan wajah keliru.

"Kitorang nak check CCTV belakang bakeri ni." Jawab Din menyambung langkahnya naik ke tingkat atas diikuti Qaira Balqis. Rania dan rakan iinya yg lain merasa ingin tahu turut naik mengejar langkah mereka.

Sampai didalam bilik rakaman CCTV , Din lantas menaip papan kekunci disitu. Dia mencari rakaman 20 minit yg lalu dibelakang kedai bakeri itu. Tekun mereka semua melihat rakaman tersebut.

Bulat mata Qaira Balqis melihat rakaman CCTV itu. Tak mungkin. Tangannya menekup mulut dia.

"Echa.." gumam Rania perlahan. Air matanya gugur. Manakala Din mengepal penumbuknya.

Tengku Adham MukhrisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang