Part 16

432 10 1
                                    


"Ya Allah. Reen." Tubuh gadis kecil itu dipeluk erat. Tengku MariaBella mengelus lembut kepalanya. Sungguh wanita itu rindu akan anak perempuannya. Walaupon bukan anak kandung.

"Rindunyaa mama dengan kamu , sayang." Tutur Tengku MariaBella mengucup dahi Reen NurAina. Kedua dua tapak tangan wanita itu mengusap pula pipinya.

Reen NurAina tersenyum. Dia memegang tangan wanita tua itu dengan lembut.

"Reen pon rindukan mama. Maaf , Reen tak dapat bawak Naim jenguk mama hari ni. Sofea bawak dia jalan ii." Ujar Reen NurAina. Wanita itu menganggukkan kepalanya.

Tengku MariaBella menatap wajah cantik gadis dihadapannya ini.

"Mama minta maaf." Ucap wanita itu  mengusap pipi kanan Reen NurAina. Dia merasa serba salah. Melihat wajah gadis dihadapannya ini , dia terus teringat kejadian yang berlaku sebelum ini.

Sudah hampir setahun.

Dan dalam masa itu , perasaan serba salahnya menggunung. Reen NurAina tersenyum manis. Dia faham.

"Mama tak perlu minta maaf. Mama tak ada salah. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Lagipun Reen dah lupakan semuanya." Balas Reen NurAina dengan lembut. Bibirnya mengukirkan senyuman namun hatinya dilanda kekecewaan.

Tengku MariaBella mengusap lembut lengan gadis itu. Faham akan perasaan yang dialami Reen NurAina.

"Reen , mama nak tanya boleh?"

Gadis itu menganggukkan kepalanya.

"Reen dah tawar hati ke dengan anak mama?" Soal Tengku MariaBella. Terdiam Reen NurAina dibuatnya.

Tawar hati?

Dia tidak pasti soal itu. Dia tidak yakin soal hatinya. Gadis itu hanya mengukirkan senyuman sahaja. Tiada jawapan yang keluar dari mulutnya.

Separuh dari hatinya mengatakan cinta manakala separuh lagi tidak. 50-50.

Ding!

Telefon milik gadis itu berdeting. Reen NurAina menyeluk begnya dan mengeluarkan telefon pintar dia. Terpapar nama Tuan Luth. Jarinya menggeserkan simbol hijau di skrin tersebut. Dia memandang wajah Tengku MariaBella dihadapannya. Wanita itu hanya menganggukkan kepala membenarkan gadis itu menjawab panggilannya.

"Assalamualaikum , Tuan." Sapa Reen NurAina seraya bangun dari duduknya. Kakinya berjalan kearah tingkap wad tersebut.

"Waalaikumsalam. Reen , awak sibuk ke?"

"Tak. Tapi saya kat hospital sekarang. Ada apa , Tuan?" Jawab Reen NurAina mengerling kearah pintu bilik itu sebaik sahaja mendengar tapak kaki seseorang.

Bekas tunangnya.

"Awak dekat hospital? Kenapa? Awak sakit ke?"

"Bukan. Saya melawat seseorang." Balas Reen NurAina. Sabar sahaja dia menjawab soalan lelaki ditalian tersebut. Kedengaran tawa halus dari Tuan Luth itu.

"Maaf. Boleh kita jumpa? Ada sesuatu yang saya nak tunjukkan kepada awak."

Reen NurAina terdiam seketika. Sesuatu? Adakah berkaitan hal tersebut? Sesuatu yang buat dia tertanya tanya?

Tengku Adham MukhrisWhere stories live. Discover now