3 bulan berlalu , kini hari yg dinanti nantikan telah tiba.Gaun putih tersarung ditubuh ramping Reen NurAina.Gadis itu kelihatan sangat cantik.Melissa yg merupakan sepupu kepada keluarga Tengku Adham Mikael turut tersenyum melihatnya.Selama 3 bulan inilah Melissa yg selalu ada disisinya bagaikan sahabat lama padahal mereka baru sahaja kenal.Naim Haiqal pula terpegun melihat kakaknya.Cantik sekali.Reaksi adik lelakinya membuat dia tertawa kecil.Pipi mulus Naim Haiqal dielus lembut.Dalam 40 minit , Melissa memegang bahu Reen NurAina.
"Reen , uncle Adam dan aunty Maria ade bagitau tak bila pengantin lelaki sampai?? dah pukul berapa dah ni.." tanya Melissa mengerling jam tangannya.Reen NurAina menggelengkan kepala.
"Takde pula.." jawab gadis tersebut.Melissa memuncungkan bibirnya.Tangan disilang kedada.
"Haihh..cepatlah majlis korang ni berlangsung..aku lapar tau..nak makan nasi minyak dengan kari daging yg Mak Tijah buat tu.." Reen NurAina tertawa.Ada sahajalah gadis rambut blonde ni.Selalunya Melissa mengenakan pakaian yg agak menonjol namun kali ini dia berpakaian sopan hanya untuk majlis pernikahannya.
"Sabarlah..tadi kenapa kau tak makan sikit sebelum datang ke sini? kan sempat.." balas Reen NurAina tersenyum.Naim Haiqal yg faham kata ii kakaknya turut menganggukkan kepala.Makin muncung bibir merah Melissa.
"Aku tak nak lambat datang sini..lagipon aku ni kan kau punya make up artis..hah!" kata Melissa dengan lagak divanya.Terletus tawa mereka berdua.
Tok!
Tok!
Tok!
Pintu dikuak terjegul wajah Tengku MariaBella dengan senyuman lebar.Wanita itu mendekati Reen NurAina lalu memeluk tubuh ramping gadis tersebut.Dilihat Reen NurAina dari atas hingga bawah.
"Subhanallah...cantiknya bakal menantu mommy..mari sayang kita turun kereta pengantin lelaki da sampai..kamu pon Melissa bawak Naim tu sekali.." Reen NurAina tersenyum.Gembira.Jantung berdegup kencang.Nervous? ya.
Setibanya dia di tingkat bawah , kelihatan begitu ramai tetamu.Dia mengerling Tengku Adam yg berada di pintu masuk utama.Wajah lelaki berusia itu nampak keruh dan sedang menahan marah.Kini jantungnya berdegup sangat laju.Dia merasakan ade sesuatu tidak kena apabila melihat reaksi Tengku Adam iaitu bapa kepada Tengku Adham Mukhris.
Speaking of him , where is he?.Bisik hati kecil gadis itu.Kakinya melangkah kearah pelamin yg cantik dihiasi bunga warna warni.Punggungnya dilabuhkan diatas kerusi pelamin tersebut diikuti Tengku MariaBella disebelah kiri dan Melissa disebelah kanannya.Kedua dua mereka menayangkan senyuman lebar.
"Bang , majlis dah nak mula ni...tadi nampak kereta Adham..mana dia?? belum siap lagi ke??" soal Tengku MariaBella.Tengku Adam Muhammad terdiam seketika lalu dia melangkah kearah Tok kadi yg sudah bersiap sedia di tempatnya.
"Assalamualaikum kepada yang hadirin sekalian..saya di sini mahu meminta maaf kepada semua...saya terpaksa batalkan majlis ini atas masalah yang perlu kami bincangkan..harap maaf..yang hadirin semua boleh menjamu selera yg telah kami sediakan di luar..sekali lagi saya minta maaf.." ucap Tengku Adam Muhammad menyentakkan Tengku MariaBella serta Reen NurAina dan sepupu mereka.
Kelihatan tetamu yg berada didalam rumah mereka beransur keluar.Tengku MariaBella melangkah kearah suaminya.Melissa pula mengusap belakang tubuh Reen NurAina yg tampak gelisah itu.Kenapa ni??
"Apa semua ni?? kenapa tiba ii Uncle Adam batalkan majlis?..." gumam Melissa.Dia mengerling Reen NurAina.Dia memeluk gadis itu memujuk Reen NurAina supaya bertenang.
"Bang , kenapa Abang batalkan majlis anak kita?? Apa yang jadi ni?..Abang tak kesian ke kat Reen? Mana Adham??.." soal Tengku MariaBella cuba menahan amarahnya.Tengku Adam Muhammad mengeluh dan mengurut pelipisnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tengku Adham Mukhris
AksiSeorang jutawan ternama yang dikenali seluruh dunia.Nama dia tersebar luas manakala wajahnya terpapar di mana mana sahaja.Lelaki yang memiliki segala galanya.Dunia bagaikan berada dalam genggaman dia.Dia juga lelaki idaman ramai wanita.Wajahnya yang...