Klak!Pintu bilik ward tersebut dibuka dari luar menyentakkan Syasya Athia yang sedang mengunyah epal hijau sambil menonton TV itu. Dia melihat gerangan yang segak berpakaian sut hitam bertali leher warna gold.
Adam Zafran
"Tuan."
Lelaki itu meletakkan satu beg kertas diatas meja dihadapan gadis itu. Syasya Athia memandang hairan. Adam Zafran melangkah mendekati sofa sebelah katil pesakit itu lalu melabuhkan punggungnya.
"Dalam beg tu ada baju wanita. Pergi tukar sekarang. Harini awak discharge." Suara Adam Zafran tanpa memandang wajah gadis itu. Telefon pintarnya dia keluarkan.
Terpinga pinga gadis itu. Syasya Athia perlahan lahan turun dari katil pesakit tersebut. Beg kertas yang berada diatas meja tadi dia bawa masuk kedalam tandas yang terdapat di dalam ward tersebut.
Hilang sahaja kelibat Syasya Athia , kedengaran bunyi pintu ward itu dibuka. Adam Zafran mengerling gerangan yang membuka pintu ward tersebut.
Syazrin Adhin.
"Hm? Tuan Adam? Kakak saya mana?" Soal Syazrin Adhin setelah melangkah masuk ke dalam bilik ward tersebut dengan baju sekolahnya. Lepas balik sekolah , dia terus ke hospital untuk menjemput kakak kesayangan dia.
Adam Zafran tidak menjawab. Hanya menunjukkan pintu tandas itu. Syazrin Adhin menganggukkan kepalanya. Faham. Dia mengerling Adam Zafran.
"Kenapa Tuan Adam tolong kami?" Soal Syazrin Adhin kepada lelaki itu. Dia tidak tahu mengapa tetapi dia musykil dengan Adam Zafran. Kenapa seorang millioner datang membantu mereka? Bukan tak bersyukur , cuma dia rasa was ii dengan lelaki itu.
Adam Zafran menyimpan kembali telefon pintarnya kedalam poket seluar. Dia bangun dari duduknya seraya mengemaskan suit hitam dia.
"Yang pasti , aku tak berniat buruk." Jawab Adam Zafran membuatkan Syazrin Adhin mengerut keningnya. Tidak puas hati dengan jawapan lelaki itu. Mahu sahaja dia bertanya lagi , namun kedengaran pintu tandas terbuka.
"Maaf sebab menunggu. Eh? Adik!" Gadis itu berlari kecil memeluk tubuh tegap adik lelakinya itu. Gembira melihat wajah adik kesayangan dia. Dia menekup pipi Syazrin Adhin lalu dimain mainkan pipi lelaki itu dengan manja.
"Eshh! Ak-kakk. Shtoop itp!" Rengek Syazrin Adhin tidak suka dimanjakan oleh gadis itu. Wajahnya sudah bertukar merah. Malu. Adam Zafran yang melihat kerenah dua beradik itu berdehem. Terhenti tangan Syasya Athia di pipi adik lelakinya.
"Jom."
Mereka berjalan keluar dari bilik ward tersebut. Syasya Athia tersenyum senang pabila dapat keluar dari hospital itu.
Finally. I'm freeeeeee~
Sudah masuk 1 minggu dia terperap di hospital tersebut. Rasa nafasnya sempit sahaja. Tidak dapat bergerak bebas. Kini dia dapat menghirup udara segar. Syazrin Adhin tersenyum melihat wajah gembira kakak dia.
Sampai sahaja di tempat letak kereta , Adam Zafran mengeluarkan kunci keretanya. Dia memandang Syazrin Adhin.
"Kau datang tadi naik apa?" Tanya Adam Zafran membuka pintu kereta untuk Syasya Athia. Menyuruh gadis itu masuk kedalam keretanya.
"Jalan kaki." Jawab Syazrin Adhin dengan tenang. Terangkat sebelah kening Syazrin Adhin. Biar betik mamat ni? Jalan kaki pergi hospital? Sekolah lelaki itu dengan hospital ni bukannya dekat. Jauh. Adam Zafran menganggukkan kepalanya. Dia memberi isyarat menyuruh lelaki itu masuk kedalam keretanya.
Belum sempat Syazrin Adhin masuk ke dalam kereta milik Adam Zafran , ada 2 figure mendekati mereka. Amarahnya tiba ii naik. Adam Zafran turut memandang kearah yang sama. Manakala Syasya Athia hanya diam didalam kereta.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tengku Adham Mukhris
AcciónSeorang jutawan ternama yang dikenali seluruh dunia.Nama dia tersebar luas manakala wajahnya terpapar di mana mana sahaja.Lelaki yang memiliki segala galanya.Dunia bagaikan berada dalam genggaman dia.Dia juga lelaki idaman ramai wanita.Wajahnya yang...