"Baby, dah 3 hari mama tak cakap dengan papa. Papa ada buat salah ke?". Dia menundukkan mukanya dan berkata seperti itu.
"Jangan lah masam muka macam ni. Kan nak balik jumpa mak ngan ayah nanti". Dia memegang pipi ku sambil aku menguyah biskut Chipsmore yang diambil daripada kabinet dapur tadi.
"Makan je tahu". Dia mencubit lembut pipi ku.
...
Kami memberhentikan langkah kami di hadapan tangga rumah kayu yang bereka bentuk agak tinggi itu.
Aku memegang kemas tangannya.
"Kenapa?". Dia bertanya.
Aku tidak menjawab. Dahi ku berpeluh-peluh. Aku dah takut nak jumpa ayah semenjak dia cakap jangan jejak kaki kat rumah ni lagi.
"Everything will be alright, okay?".
Aku mengangguk.
"Assalamualaikum". Khai memberi salam.
Seketika kemudian,
"Waalai-". Kata-kata emak terberhenti tatkala matanya menatap wajah kami berdua.
"Puteri?".
"Ni Puteri mak". Aku melangkahkan kaki ku ke hadapan selangkah, sebelum ayah menjelmakan figuranya daripada dalam rumah dan menengking ku.
"Jangan jejak kaki kotor kau tu kat rumah aku!". Kuat suara ayah menengking ku.
"A-ayah". Air mata ku sudah mahu mengalir buat kesekian kalinya. You can do anything to me, hurt me. But, when it comes to my parents, i would cry heavily.
"JANGAN PANGGIL AKU AYAH LAGI!".
"Pakcik, sebe-".
Ayah memandang tajam ke arah suara yang menegurnya itu. Suara Khai. Laju langkahnya menuruni tangga dan berdiri di hadapan Khai.
"Kau ni lah yang dah rosakkan anak aku?".
"Pak-".
"Budak takde adab!". Terus ayah menampar kuat muka Khai sehingga hujung bibirnya berdarah. Dia mendesis kesakitan.
...
Kami duduk di tangga rumah itu sehingga pukul 9.00 malam. Ayah tidak membenarkan kami untuk masuk ke dalam rumah. Dia juga tidak membenarkan emak untuk melakukan apa-apa untuk kami. Samaada, memberi makan, minum atau tempat untuk berehat.
"Awak tak nak balik ke?". Aku bertanya.
"Tengok tu, baru lah mama cakap dengan papa baby. Barulah papa happy sikit".
"Saya tanya ni".
"Takpela, kita tunggu sekejap lagi. Kau dah penat ke?".
Aku meletakkan kepala ku ke bahunya menyebabkan dia sedikit tersentak namun membiarkan sahaja.
Aku mengangguk kecil.
"Takpela, kalau macam tu. Jom balik". Dia berdiri dan mengajak ku untuk pulang.
"Kejap".
Aku mengeluarkan sesuatu daripada beg tangan ku dan menyelitkannya ke bawah pintu rumah emak dan ayah.
"Apetu?".
"One day, you will know".
...
"Khai".
"Hm?". Dia meneguk air sirap selasih yang dipesannya di kedai makan mamak itu.
"I changed my mind".
YOU ARE READING
[BOOK 1] PUTERI KHAIRINA ||©
Romance[PUTERI KHAIRINA The Series] Puteri Khairina Amirul Khairin One of the most regretful love story I've written. Hidup seorang gadis suci bernama Puteri Khairina bertukar 360 darjah apabila dia menjadi mangsa tikaman belakang kawan baiknya sendiri...