Special Chapter 6

891 42 11
                                    

Ouch!

Terasa seperti ada benda yang mencucuk je peha aku. Atau lebih tepat lagi erk... punggung aku?

Aku yang sedang duduk di dalam kereta yang dipandu oleh Khai untuk ke pasaraya itu langsung tidak selesa. Terasa seperti ada sesuatu di tempat duduk aku. Terus aku mengubah-ubah kedudukan aku. Berharapkan yang benda tu akan hilang.

"Princess kenapa? Aku tengok macam tak senang duduk je. Cuba jangan aktif sangat". Dia yang sedang memandu itu tergelak kecil.

"Saya rasa macam ada something la kat tempat duduk saya ni". Tangan ku seterusnya cuba untuk menggapai sesuatu itu.

Sesaat,
Dua saat,
Tiga saat...

Ha, gotcha!

Aku terdiam seketika apabila melihat benda yang dijumpai.

"Princess jumpa apa?". Dek kerana terlalu fokus memandu, dia sampaikan tidak terlihat tangan ku yang sedang memegang sebiji, sebuah, sehelai, se ape entah. Tapi yang penting, I found a single nude coloured fake nail in HIS CAR.

"Kenapa tak suruh girlfriend awak letak dalam bag je fake nail dia ni? Dah la tajam". Aku perli dia. Kuku itu dibuang ke bahagian atas dashboard. Aip aip, jealous ke Khairina? Ish, mustahil lah!

"Oh sorry sorry. Dia lupa lah tu. Takpun, tertanggal". WHAT?! Jadi, memang betul lah dia ada girlfriend? Entah la dia saja nak bergurau atau memang fakta.

Terus aku diam membisu.

"Kenapa kau diam? Jealous bila tahu aku ada girlfriend? Bukan ke kau tak suka aku?". Dia bernada gurau. Suka sangat bergurau perkara-perkara yang boleh menyentuh perasaan orang. Aku ni dah la cepat terasa dan menangis sejak kebelakangan ni. Eh-

"Siapa cakap saya jealous? Suka hati awak la nak ada berapa banyak girlfriend pon. Saya cuma tegur pasal kuku tu je. Sakit tahu tak tercucuk peha saya!". Takde masa aku nak cemburu bagai. Bukannya ada faedah pon. Suka hati dia la nak ada girlfriend ke, side chick ke, isteri baru ke. AKU. TAK. KISAH!

" Hurm... Baby, cuba tanya mama baby tu. Dia cemburu ke kalau papa ada girlfriend?".

" Eh, jangan bercakap dengan baby saya benda-benda mengarut macam tu okay? Nanti dia jadi playboy macam awak!". Mata ku tajam menjelingnya. Tapi, boleh pula dia gelak-gelak. Geram betul aku!

" Bila masa pula aku ni playboy? Daripada 2 tahun lepas lagi aku dah berhenti jadi playboy. Sejak aku jumpa kau. Aku ada dan sayang kau je sekarang ni. Kau je yang tak pernah nak nampak".

Aku terdiam lagi.

Daripada bincang pasal kuku palsu je, terus bertukar jadi situasi janggal.

"Suka hati la".

"Tu kuku Mia lah. Dia kan suka pakai kuku palsu. Tadi, Shah ada pinjam kereta ni, pergi lunch dengan Mia sebab kereta dia pancit. Kau lupa ke yang ni warna kuku Mia?". Aku terdiam lagi mendengar penjelasannya.

"By the way, kau nak makan apa? Nanti aku beli barang dengan supermarket, lepastu aku masak untuk kau?". Nak ambil hati aku lah tu.

"Nak makan tu...". Perlahan sahaja suara ku meminta. Yela, tadi marah sangat. Pastu, bila dia offer nak masak, mula lah aku tergedik-gedik nak request lauk.

"Makan apa? Makan aku?". Eh bongok betul lah manusia bernama Amirul Khairin ni. Aku rasa nak hempuk je kepala dia. Nasib baik dia tengah memandu.

"Apa awak ni? Malas lah saya nak request".

"Eh la, sorry la. Dah kau tu yang 'nak makan tu, nak makan tu'. Aku mana tahu kau nak makan apa. Aku mana boleh baca hati kau".

"Yela-yela, saya nak makan Chicken Mentai Rice Japanese version punya. Tadi, tengok orang makan dalam tv, terliur. Pastu, awak tambah la cheese nanti. Saya suka cheese! Pastu saya nak makan donut coklat. Taknak yang beli, nak yang awak buat. Awak buat eh? Awak kan pandai masak hehe". Aih, tiba-tiba banyak pulak mintanya aku ni. Tadi bukan main, bermasam muka, sebelum keluar rumah tadi.

[BOOK 1] PUTERI KHAIRINA ||©Where stories live. Discover now