Langkah ku terhenti mengeras di hadapan pintu rumah itu apabila aku terperasan yang Ferrari F60 America miliknya terparkir elok di dalam garaj yang agak tertutup itu. Milik siapa? Lah, siapa lagi kalau bukan Khai.
Kasut kerja yang dipakai olehnya pada pagi tadi juga, tersusun cantik di hadapan kabinet tempat simpanan kasut yang berada betul-betul di sebelah pintu hadapan rumah itu.
Aku mulai cuak. Jam di tangan dikerling.
Kenapa dia balik awal sangat?
Baru pukul 3 petang kut.Ah! Buang ke tepi je perasaan takut tu.
Perlahan-lahan aku memasuki rumah itu setelah membuka pintu sambil memegang perut ku. Maklumlah, ibu mengandung kan? Tangan ku yang sebelah lagi pula sibuk menjimbit plastik yang berisikan penuh dengan kek dan aiskrim yang berperisa durian. SERTA, air kelapa. Alah, adakan yang air kelapa packaging dalam kotak tu. Ha yang tu lah. Aku beli, tiga kotak. Sebab tiba-tiba je mengidam. Hehe.
Salam diberi secara takut-takut. Yela, takut Khai tu mengamuk sebab aku keluar tak bagitahu. Ah! Suka hati la.
Baru sahaja ingin membawa segala makanan yang dipegang ke dapur, terdengar suara garaunya daripada halaman ruang rehat rumah itu.
"Where were you, Khairina? The whole day i had my men searching for you and you rupa-rupanya pergi beli kek and aiskrim? And aku baru dapat tahu tu sejam sebelum kau balik ni? Sekarang, kau cakap dengan aku, kau pergi mana?". Sedar-sedar sahaja, dia sudah berdiri tegak di hadapan ku. Matanya tajam menikam anak mata ku. Membuat aku sedikit menggeruni figura berkarisma tinggi itu.
" Tell me, Khairina. Kau pergi mana? Dengan gelang nya tak pakai, kalau hilang macam mana?". Soalnya sekali lagi.
"Kenapa awak ni tiba-tiba je nak marah saya? Suka hati saya la nak pergi mana pon. Kenapa awak nak kisah sangat? Saya ada menyusahkan awak ke kalau saya hilang?". Sensitif. Ya aku sensitif. Tubir mata ku mulai bertakung. Dasar mak buyung cengeng! Lemah!
"For anyone's sake, kau isteri aku, Khairina. Aku risau. Aku risau tentang keberadaan kau. Aku risau, takut kau hilang. Don't you understand?". Dia meraup wajah dan rambutnya.
"Ya Allah! Saya pergi 7 Eleven je, Khai! Bukannya pergi melepak mana-mana pon. Kenapa dengan awak ni?".
"Then why don't you tell me sooner?!". Pergaduhan mulut ini menjadi semakin hangat dan hangat sehingga aku membuat keputusan untuk mengunci mulut ku. Tidak mahu lagi berkata-kata.
"Suka hati awak la...". Ayat terakhir ku sebelum aku mula melangkah lagi.
Sebenarnya, aku dah jangka yang pergaduhan ini akan berlaku sebaik sahaja aku nampak kasut dan kereta dia tadi. Khai. Dia masih lagi dia yang dulu. Marah sangat kalau aku keluar, tak bagitahu dia dulu. Apa yang nak dirisaukan sangat pon, entah la.
Kaki ku agak terhincut-hincut disebabkan oleh pembengkakkan yang telah berlaku di bawah tapak kedua-dua belah kaki. Lama sangat ke aku keluar tadi?
Beberapa saat berlalu apabila aku tiba-tiba sahaja merasa badan ku di udara.
Aku dah mati ke?
Kenapa terbang ni?Takkan lah kena marah dengan Khai, sampai mati.
Ha?"Kaki kau bengkak". Dengan riak wajah yang masih lagi tegang, dia berkata tiga patah.
Lah dia ke yang dukung?
Ingatkan dah mati tadi."Turun kan lah".
"No".
"Tadi marah sangat". Aku jeling dia dengan mata ku yang memerah.
YOU ARE READING
[BOOK 1] PUTERI KHAIRINA ||©
Romance[PUTERI KHAIRINA The Series] Puteri Khairina Amirul Khairin One of the most regretful love story I've written. Hidup seorang gadis suci bernama Puteri Khairina bertukar 360 darjah apabila dia menjadi mangsa tikaman belakang kawan baiknya sendiri...