"Princess, sini kejap". Sayup-sayup sahaja kedengaran suara Khai memanggil nama panggilan ku itu daripada ruang tamu. Aku yang berada di dapur itu hanya membiarkan sahaja. Tak rasa macam ada mood nak menyahut.
Mana taknya, masuk kalini sahaja dah 15 kali dia panggil nama tu harini. Penat juga la aku nak menjawab.
"Princess, sini la". Khai memanggil lagi.
Aku mendengus geram lalu meletakkan coklat yang aku sedang pegang ke atas meja dapur itu dan perlahan-lahan berjalan ke arah Khai yang sedang duduk bersenang-senang di atas sofa kelabu ruang tamu itu sambil memegang sesuatu.
"Meh sini, sayang. Duduk sebelah aku ni". Dia menepuk-nepuk tempat duduk yang masih kosong di sebelahnya dan aku turuti sahaja. Kalau tak turut nanti, banyak pula bunyinya. Malas pula aku nak dengar dia merengek sepanjang hari.
"Awak ni kenapa?". Soalan pertama yang aku tanya.
"Kenapa apa?".
"Kenapa tak pergi kerja? Kenapa asyik panggil saya je? Gila ke?".
"Tak gila la, princess. Aku tak kerja sebab... due date kau dah dekat sangat. Aku tak kerja sebab nak jaga kau. Nak jaga anak papa ni baik-baik". Dia menggesel-gesel kan hidungnya di dekat permukaan perut ku.
"Macam la saya tak boleh jaga diri sendiri".
"Bukan kau yang tak boleh jaga diri sendiri, aku yang tak boleh berjauhan dengan kau. Entah, aku rasa rindu. Rasa nak dekat dengan kau selalu". Matanya tepat merenung ke dalam anak mata ku. Dapat ku rasakan, itu merupakan pandangannya yang ikhlas. Ikhlas dengan cinta.
Aku lupakan sahaja perasaan pelik yang menjenguh hati ku ketika itu dan meneruskan pertanyaan ku,
"Kenapa panggil datang sini? Saya tengah makan coklat tadi dekat dapur".
"Sorry ganggu, princess. Tapi aku nak tunjuk dekat kau ni". Sebuah buku kecil yang ada di atas meja kopi kaca di hadapan kami itu disuakan olehnya ke hadapan ku.
"Apeni?".
"Buka la". Dia tersenyum manis. Semanis yang boleh. Senyuman yang dapat menggambarkan yang dia sedang membanggakan sesuatu.
Buku itu aku sambut dan aku belek muka surat pertama. Tertera di atas muka surat itu sebuah jadual yang ditulis tangan sendiri oleh Khai. Terang lagikan bersuluh bahawa itu ialah tulisan tangan lelaki itu.
Mata ku seakan berair apabila aku mulai membaca isi jadual itu.
Jadual yang mempunyai dua bahagian itu jelas menerangkan nama-nama bayi perempuan dan lelaki yang sesuai untuk diberikan kepada bayi yang baru lahir.
Bayi ini. Anak kami.
"Kalau anak kita baby girl, princess pilih lah yang ada dekat kotak kanan ni. Kalau baby boy, princess pilih yang ada dekat kotak sebelah kiri ni". Dia menerangkan kesemuanya dengan penuh bangga. Membuatkan tubir mata ku dipenuhi air berkaca-kaca lagi. Dia...
Dia buat semua ni? Dia tulis tangan?
"Kenapa awak je tak pilih? Baby ni kan anak awak". Soal ku. Sengaja ingin menguji kekuatan aku untuk mendengar jawapan yang bakal keluar daripada mulutnya nanti. Mampukah aku menahan air mata?
"Baby ni kan anak kau dan aku. Jadi, kau sebagai ibu lebih layak untuk pilih. Aku hanya beri cadangan je. Aku tulis sendiri tau. Daripada semalam aku search nama yang ada maksud baik-baik".
Dan betul sekali tekaan anda. Empangan air tasik buatan ku sendiri, pecah jua. Jawapan yang diberikan oleh Khai terlalu tulus dan ikhlas. Aku tak sanggup nak tahan air mata lagi.
Kadang-kadang aku terfikir, adakah lebih baik jika aku maafkan sahaja dia atas kesilapannya yang lalu? Dia telah melakukan segala-galanya untuk aku. He showed me that true love does exist. Dia jaga aku dengan baik selama lebih kurang 9 bulan ni. He literally does everything for me. Dia bangga ada aku sebagai isteri dia. Dia bangga ada anak ni dengan aku. Dia teruja nak jadi ayah. Dia teruja nak hidup bersama keluarga kecilnya. Aku, bayi ini dan dia.
Namun, sekali lagi, rasa benci dan marah ku padanya masih belum pudar semenjak daripada malam hitam itu.
"Hey, kenapa kau menangis ni? Aku ada buat salah ke? Ke kau tak suka dengan buku ni? Aku minta maaf". Dia menundukkan sedikit wajahnya, cuba untuk menilik muka ku yang sudah sembap itu. Dengan mulutnya comot sebab makan coklat tadi.
Makin kuat pula tangisan ku apabila mata ku bertentang dengannya. Terus dia tarik aku ke dalam pelukannya. Memberikan aku pujukan hangatnya itu agar aku berhenti menangis lagi.
"Im sorry, Im sorry". Katanya secara terus-terus. Sedangkan, dia langsung tidak membuat apa-apa kesalahan.
"Berhenti minta maaf, Khai".
"Okay, okay anything for you. Sorry". Baru je cakap tadi.
"Khai!". Aku menepuk bahagian belakang badannya. Pelukan dilepaskan dan aku menayangkan muka cemberut kepadanya.
"Kenapa ni, sayang? Tadi menangis, ni nak marah pula. Dah la makan comot". Dia mengambil kesempatan untuk mencium bahagian tepi bibir ku yang terkena coklat itu.
Terkaku seketika aku di situ.
"Sweet". Komennya.
"Saya makan dark chocolate la". Dahi ku, aku kerutkan. Dark chocolate pun manis ke?
"Bukan coklat tu la".
"Dahtu?". Tanya ku, masih keliru.
"Bibir kau. Sweet". Pujinya membuatkan pipi ku sedikit memerah.
"Th-thanks, I guess".
"Your welcome, princess. Come on, pick a name. Kalau aku, aku berkenan nak kasi nama Airin Sorfina kalau kita dapat baby girl. Airin, sesuai dengan nama kita. Khairin, Khairina. Dua-dua ada perkataan Airin dekat dalam. Sorfina. Aku rasa nama tu cantik, tu sebab aku pilih. Tapi kalau baby boy, aku tak tahu. Kau?".
" Ha?". Tu lah, ralit sangat tenung muka suami. Langsung aku tak dengar soalan yang ditanya.
" Kau pilih nama apa?".
" Airil Syahizat".
"Nice! Kalau dapat twin, kita bagi dua nama tu sekali gus. Baru matching!". Soraknya keriangan.
Aku di situ hanya tersenyum memandang riak wajahnya.
YOU ARE READING
[BOOK 1] PUTERI KHAIRINA ||©
Romance[PUTERI KHAIRINA The Series] Puteri Khairina Amirul Khairin One of the most regretful love story I've written. Hidup seorang gadis suci bernama Puteri Khairina bertukar 360 darjah apabila dia menjadi mangsa tikaman belakang kawan baiknya sendiri...