Aku menyarungkan sehelai dress bewarna kuning cair. Aku duduk di hadapan cermin meja solek bilik ku itu sambil memegang sehelai tudung. Lebih tepat lagi, sehelai pleated shawl.
Sebenarnya, dah lama aku pasang niat nak bertudung. Sejak daripada mula-mula aku mengandung. Mungkin, masani baru Allah betul-betul bagi hidayah untuk aku berubah.
Bermacam-macam turorial yang aku pelajari. Namun, satu pon aku tak pandai. Aku mengeluh berat sebelum mengantung shawl itu di bahu ku dan turun ke tingkat bawah untuk melihat Airin yang berada di pangkuan papa nya itu.
Airin?
Yes, nama baby kami, Airin Sorfina.
...
"Khai, saya nak keluar. Nak beli barang-barang kolej". Aku meminta izinya.
"Dengan siapa?".
"Mia".
"Then, go. Jangan lupa pakai duit yang aku bagi semalam". Matanya fokus melihat figura Airin yang sedang tertidur pulas di dalam dakapannya itu.
"Okay".
Baru sahaja aku ingin berjalan keluar daripada pintu, dia tiba-tiba bersuara, memanggil ku.
"Princess".
Aku berpaling.
"Tu apa?". Dia menghalakan jari telunjuknya ke arah tudung yang ada di bahu ku itu.
"Oh, ni? Ni tudung".
"Princess nak pakai tudung?". Matanya bersinar. Dia bertanya dengan nada suara yang penuh dengan keterujaan.
Aku mengangguk sebelum berkata perlahan,
"Tapi tak pandai".
"Aww, come here". Dia yang sedang duduk berlunjur di atas katil itu meletakkan Airin dengan penuh berhati-hati dan menjemput aku untuk duduk di birai katil bersamanya.
"Kenapa?".
"Meh la". Dia menarik tangan ku sehingga aku jatuh terduduk.
Dia membaiki sedikit kedudukannya dan mencapai tudung yang ada di atas bahu ku itu.
"Aku tahu, aku pendosa. Tapi, aku tahu tau cara pakaikan orang tudung".
"Kenapa? Scandal awak ada yang pakai tudung ke?".
"Tak, tunang aku dulu pakai tudung. Aku belajar daripada dia lah".
Kenyataannya itu membuatkan aku terdiam seketika.
Dia pernah bertunang?
Siapa dia?"Siapa dia?".
"Don't worry. Dia dah takde. Dah lama meninggal. I won't tell the story or else i will cry. Ada pin dengan kerongsang tak?".
Aku mengangguk dan membuka beg tangan kecil ku.
Dia perlahan-lahan menyarungkan scraf bewarna perang itu ke kepala ku beserta dengan tudung tadi.
Perlahan-lahan dia mengepin bahagian bawah dagu ku dan membuat gaya loose.
Dia mengemas-ngemas kan tudung ku itu dan mencium dahi ku sekilas.
"Dah siap. Okay tak?". Aku melihat diri ku di cermin almari bilik tetamu itu dan mengangguk.
"Cantik lah princess harini". Dia memegang pipi ku.
"Thanks".
"Dah lah, pergi lah. Nanti lewat pulak. Take care, princess. I love you".
"Okay".
YOU ARE READING
[BOOK 1] PUTERI KHAIRINA ||©
Romance[PUTERI KHAIRINA The Series] Puteri Khairina Amirul Khairin One of the most regretful love story I've written. Hidup seorang gadis suci bernama Puteri Khairina bertukar 360 darjah apabila dia menjadi mangsa tikaman belakang kawan baiknya sendiri...