(a/n: hellow guys! we met again, HERE! idk why did i write this lil part lol 😭 sorry, i just miss Khairin and Khairina so much T-T. anw, enjoy!)
...
Perut ku bergelora. Seakan ada yang menggoncang sahaja. Sungguh tidak selesa. Dengan adanya tangan kekar Khai yang melingkar di sekeliling pinggang ku, makin membuatkan aku rimas. Ceh, padahal aku sendiri yang tergedik-gedik nak tidur dalam pelukan dia semalam. Complicated betul perempuan ni!
Aku cuba untuk melepaskan tangganya daripada pinggang ku untuk pergi membuang segala isi perut ku di dalam tandas.
"Hmm... nak pergi mana, princess?". Dia bertanya dikala matanya masih tertutup rapat.
"Khai--, perut saya--".
Bluekk!
Tak sempat aku tahan, terus aku memuntahkan segala isi perut yang bergelora tadi ke atas baju ku. Tangannya juga turut terkena tempias.
"Princess, kau okay tak ni?". Dia dengan serta-merta bangun dan membantu aku untuk menyandarkan tubuh aku ke kepala katil. Wajahnya, jelas kelihatan risau ya amat.
"Kau alahan ke ni, princess?". Dia sudah kelihatan sedikit panik. Biasalah, lelaki. Lagi-lagi Khai. Lagi-lagi pula lah aku yang sedang mengandungkan anak pertama ini. Panik la dia. Tak tahu nak buat apa.
"I don't feel wel-".
Bluekk!
Aku muntah lagi. Kalini, dengan air mata sekali terkeluar. Package, ya guys!
Kenapa?
Sebab aku tiba-tiba rasa bersalah. Habis kotor baju, lengan dan tangannya terkena muntah aku. Dah la busuk. Aku sendiri tak tahan bau. Aku tak tahu macam mana dia tahan.
"Maaf, terkotorkan baju dan tangan awak". Tangis ku semakin kencang. Ditambah pula dengan rasa seperti hendak muntah lagi.
Sangka ku, dia akan naik angin. Tapi tak, sebaliknya dia tersenyum, membuka bajunya dan menadahkan bajunya ke bawah mulut ku. Barangkali, ingin membiarkan aku muntah di situ.
"Its okay, princess. Baby, kan papa dah cakap haritu. Papa cakap apa? Jangan kacau mama masa mama tidur. Mama dah la susah tidur. Ni ha, kesian nak kena muntah pula. Mesti esok mama demam". Tangannya setia memegang baju itu. Sebelah lagi, menggosok-gosok perut ku. Membuatkan ia sedikit tenang.
"Khai, saya nak muntah lagi". Sumpah, ini hari alahan yang paling teruk pernah aku alami.
"Jom, kita pergi tandas. Kalau kau tak larat, muntah je dekat sini. Takpe, aku ada". Bahagian belakang badan ku digosok-gosok olehnya perlahan. Entah apa fungsinya. Tapi yang penting, tindakan itu menghadirkan ketenangan dalam segenap hati aku.
"Larat tak?". He asked.
Aku geleng perlahan.
"Muntah je. Nanti dah okay sikit, aku bawa kau masuk bilik air, okay? Kau mandi, lepastu sambung tidur balik. I will take a day off, tomorrow".
"Tak payah la". Khairina mod degil activated.
"Tak payah apa? Biar lah aku jaga princess aku ni, mesti dia demam esok".
"Tahu la sayang anak". Sempat aku aku jeling muka dia.
"Sayang anak, memang la sayang. Anak kita kot. Tapi, kau. Kau lagi aku sayang. Cepat la muntah. Aku mengantuk lagi ni". Dia menekup mulutnya yang luas menguap itu.
"Tak nak dah".
"Dah? Tak nak dah?".
Aku geleng lagi.
"Dah, jom". Dia turun daripada katil itu dan cuba untuk mencempung ku.
"No need". Aku menolak.
"Puteri Khairina. Jangan degil". Dia jengil mata dia. Saja la tu nak buat aku takut!
"Tak payah, saya boleh jalan sendiri".
"Jalan lah sendiri. Esok aku tak nak belikan Super Ring dah. Biar kau merana". Dia gelak jahat di penghujung ayatnya.
"Betul ke awak tak nak beli dah?".
Sob, sob...
"Alamak! Sorry princess, aku gurau je. Dah dah, jom aku jirus kau. Lepastu, tidur and esok aku akan belikan kau Super Ring banyak-banyak, okay?". Panik lagi.
Aku hanya mengangguk sebelum mengikuti langkahnya sambil tangan ku dipimpin oleh tangannya.
"Hati-hati, nanti jatuh". Pinggang ku dirangkul. Takut aku yang cuai ni tergelincir lah tu.
...
"Princess, wake up. Dah kebah dah sikit demam tu?". Dia menekan-nekan lembut dahi aku yang terletaknya kain lembap itu.
Tepat tekaannya, semalam muntah teruk. Harini, terus demam.
"Dah okay sikit ni. Kau nak makan apa-apa tak?". Dia tersenyum manis.
"Nak kek bentuk dinasour, perisa durian". Pelik betul permintaan aku kalini.
"Ni baby ke, mama yang nak makan?".
"Kenapa? Kalau saya yang nak makan, awak tak nak beli ke? Takyah la beli kalau macam tu, kedekut sangat". Aku mengalihkan wajah ku ke arah lain. Nangis lagi! Sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis! Memang ibu mengandung macam ni ke?
"Aku tak cakap pon macam tu. Ya, nanti aku belikan, hm?". Dia usap kepala ku, lembut.
"Nak dua".
"Okay, check. Nak dua".
"Nak Super Ring, banyak-banyak". Pinta ku lagi. Padan muka kau, Khai! MUAHAHAHAHA!
"Super Ring, check!".
"Matcha frapp, nak dua".
"Matcha frapp dua, check! Anything else, princess?".
Erm...
Aku tak pasti aku boleh minta ke tak benda yang satu ini. Tak rasa macam aku ni mengada sangat ke? Bukan ke aku benci dia? Ah! Tak kira, nak minta juga!
"Nak...".
"Nak apa?".
"Nak peluk awak all day. Nak bau awak. Saya suka bau awak. Nak tengok awak pakai baju melayu hitam masa kita solat maghrib sama-sama nanti". Ah malu!
"Okay, princess. Nanti aku gosok baju melayu hitam. Sekarang ni, kau makan bubur nasi ni. Lepastu, rehat okay? Tidur ke, okay?". Dia akur.
"Okay".
"Good girl. Baby, be a good one for mama okay? Jangan kacau mama tidur dah. Kesian dia, dah la demam". He ended up his words by kissing my growing stomach. Sending butterflies there.
Baby, baby rasa tak butterflies yang papa hantar?
"Buka mulut, aku nak suap ni".
"Hm...". Aku 'hm' sekali dan membuka mulut ku.
"Bagus nya, isteri saya ni. Ni buat saya makin sayang ni". Dia geser-geserkan hidungnya ke hidung ku.
"Makan lagi, okay? Nanti kau dan baby, lapar. Bila dua-dua lapar, dua-dua takde mood nak melayan aku nanti".
"Takde mood?". Soal ku, keliru.
"Yela, kau kalau takde mood, taknak bercakap terus dengan aku. Tahu marah je. Kalau baby pula, taknak tendang-tendang dah. Saja kan taknak bagi papa bercakap dengan dia?". Dia mencebik. Ceh, manja betul!
Aku ketawa kecil. Senyum ku melebar. Tiba-tiba pula terlihat comel si Amirul Khairin ni!
Macam tak jadi pula nak benci. Eh--
END
YOU ARE READING
[BOOK 1] PUTERI KHAIRINA ||©
Romance[PUTERI KHAIRINA The Series] Puteri Khairina Amirul Khairin One of the most regretful love story I've written. Hidup seorang gadis suci bernama Puteri Khairina bertukar 360 darjah apabila dia menjadi mangsa tikaman belakang kawan baiknya sendiri...