30- Epilogue (FINALE 2, END)

4K 99 11
                                    

Beberapa bulan kemudian,

Aku yang sedang bersembang bersama Mia, Taufik (abang Shah, suami Mia), Shah dan Nabila (isteri Shah) terdengar bunyi ketukan pintu di pintu rumah ku itu.

"Kejap". Aku membaiki sedikit tudung ku dan pergi membuka pintu.

"Mama!". Seorang anak kecil menerjah ke arah ku dan memeluk ku dengan erat. Siapa lagi kalau bukan my little princess, Airin.

"Airin... princess mama". Aku menggosok-gosok rambut belakang nya.

"Airin rindu mama".

"Mama pon rindukan Airin. Datang dengan siapa?". Aku sengaja bertanya walaupun sudah tahu akan jawapannya.

"Datang dengan papa. Tu papa". Dia menghalakan jarinya ke arah sebuah kereta yang diparkirkan di depan pagar rumah ku itu.

Sebuah Mercedes Benz bewarna hitam pekat. Di pintu pemandunya ada Khai yang sedang bersandar sambil melambai ke arah Airin.

"Airin! Papa balik dulu, okay?!". Dia berteriak kerana kedudukannya dengan Airin yang agak jauh.

"Ala, papa! Jangan lah balik dulu!".

"Takleh lah princess, papa ada kerja. Nanti dah balik, suruh mama call papa okay?".

"Mama, tengok papa tu".

"Mam-".

Kata-kata kemudiannya dipotong oleh Shah,

"Boss! Tak baik bohong dekat budak. Saya dah tanya P.A boss tadi. Dia cakap takde pon hal kat office harini". Shah turut sama terjerit-jerit di samping ku bersama Mia.

"Masuklah dulu Khai. Kitorang semua ada dekat sini!". Mia tergelak kecil.

"Entah papa ni!". Airin membuat mulut muncungnya.

"Ha, okaylah".

Khai berjalan menghampiri pintu rumah ku.

"Airin masuk dulu ye sayang".

"Jom princess". Mia memimpin tangan Airin.

"Jom!".

"Assalamualaikum". Khai mengucapkan salam.

"Waalaikumusallam". Aku membalasnya.

"Sorry, takde niat nak masuk. Tadi, nak hantar Airin je".

"Takpe, bukan awak je yang ada kat sini. Masuklah". Aku menjemputnya untuk masuk.

Sebenarnya, kami saja-saja merancang untuk buat perjumpaan kecil-kecilan. Bukan lah meeting ke apa (untuk benda penting). Cuma, saja-saja.

"Thanks". Dia membuang kasutnya dan melangkah masuk ke dalam rumah ku yang bercat biru cerah itu.

...

"Bye Khairina, I balik dulu". Mia melemparkan flying kiss kepada ku seumpama model antara bangsa tak berdaftar.

"Bye, gedik!". Aku tersenyum memandang kelakuan Mia yang tak ubah seperti kanak-kanak itu meskipun dah nak terberanak, dah sarat sah pon.

Dia dan suaminya berlalu pergi dari pandangan kami.

"Bye, Khairina. See you again, kitorang nak pergi bulan madu". Shah mengeyitkan matanya ke arah Nabila.

"Apa awak ni".

"Eleh, sweet je dua sejoli ni. Bau lagu bau pengantin tu". Haah, diorang baju je kahwin minggu lepas.

Mereka lalu pergi berjalan ke arah kereta mereka.

"Bye, mama". Sayu terdengar suara anak ku itu.

"Princess, jangan la sedih-sedih. Nanti suruh papa hantar lagi, okay?". Aku mengusap pipinya yang lembut itu.

"Okay, mama. Byebye".

"Bye sayang". Aku mencium lembut dahi anak ku itu sebelum dia berlari kecil ke arab kereta hitam milik Khai itu.

"I shall get going". Dia pon sudah seperti ingin berlalu pergi.

"Okay, jaga Airin elok-elok. Take-". Aku teragak-agak untuk menyebutkan ayat terakhir.

"Take care of yourself".

"Okay, you too. Bye, assalamualaikum".

"Waalaikumusallam".

Dia berjalan beberapa langkah ke depan sebelum...

"Khairina". Dia berpusing kembali dan memanggil nama ku.

"Hm?".

"Papa! Cepatla!". Suara Airin memotong suasana di situ. HAHAHA...

"Kejap sayang!".

Dari jauh dia berkata,

"Khairina, i still love you. Tell me if you change your mind and want to live with me again, okay?".

Aku mengangguk kecil, sayu.

Saya...

"You will always be here in my heart. I love you, Khairina". Dan dia meneruskan langkahnya ke hadapan sebelum memandu pergi jauh dari pelusuk pandangan ku.

...

Aku masuk ke dalam rumah dan mengeluh perlahan.

"I love you too, Khairin. I love you too. Always".

The End.

[BOOK 1] PUTERI KHAIRINA ||©Where stories live. Discover now