T W O

73 9 0
                                    


Navy juga terkaku. Gadis itu! Blank cepat-cepat mencapai buku nota yang berada di genggaman tangan Navy. Navy tersedar. Dia berdiri. Blank seperti mahu cepat-cepat lesap dari situ.

"Wait!" Navy menahan. Blank terhenti. Dia mengeluh dalam hati. Tetapi satu idea nakal datang. Hehehe.. Time to act! Blank tunduk sebanyak tiga kali.

"You are the girl I helped this morning right?"

Blank buka tangan kanannya. Satu tablet muncul. Dia mencapai pen dan menulis.

Y E S. SAYA GADIS ITU. THANK YOU SO MUCH FOR HELPING ME.

Navy dan Vernon terkejut. Terdetik perkara yang sama dalam hati mereka. Gadis itu... bisu?

"Ouh.. Sama-sama."

Blank menulis lagi di atas tablet itu.

PASAL SAPU TANGAN ITU, SAYA AKAN PULANGKAN ESOK . TERIMA KASIH. SAYA PULANG DULU.

Navy angguk. Blank menghilangkan tablet itu dan terus memasuki lorong di hadapan.

"Aku tak sangka kita jumpa dia lagi weyh." Navy tidak menayangkan sebarang reaksi. Tetapi dia berasa agak simpati. Muka vernon juga berubah .

"Dan.. aku tak sangka dia bisu.. Rasa bersalah pulak sebab aku geram dia tak cakap terima kasih pagi tadi.." Vernon sentuh tangannya. Navy menepuk bahu sahabatnya itu.

"Tak apelah, Ver. Jom balik." Navy ajak. Namun langkah Vernon terhenti sekali lagi.

"Jap.. aku rasa perempuan tadi tu masuk lorong ni jugak..Takkanlah?!" Dia melihat Navy. Mata Navy membesar. Tulisan yang tertulis di dinding laluan itu dipandang. Elite house area.

"Dia tu duduk sini jugak??" Navy melihat Vernon yang turut memandangnya. Banyak betul yang dia baru tahu hari ini. Kawasan perumahan itu tertutup dan hanya orang yang berkemampuan sahaja mampu tinggal di situ. Boleh dikatakan itu kawasan tempat tinggal orang-orang yang mempunyai pangkat. Mereka berdua merupakan anak kepada Duke. Setahu mereka hanya mereka sahaja pelajar sekolah itu yang tinggal di situ. Mereka tak tahu pula ada lagi seorang pelajar sekolah itu yang tinggal di situ.

"Jom! Aku nak tengok betul ke dia duduk sini!" Vernon berlari masuk. Navy yang terpinga-pinga juga ikut berlari sama. Mereka menyorok di sebalik dinding untuk melihat tempat pegawal yang menjaga pintu masuk kawasan itu. Blank sedang scan tangannya. Pintu pagar itu bercahaya hijau dan dia terus menghilang selepas melepasi pagar itu. Pengawal yang berjaga tunduk hormat ke arahnya. Blank hanya membalas tundukan itu sopan.

"Betullah Navy..dia duduk sini.." Vernon berkata dengan nada tidak percaya.

"Jom kita tanya Reinhard."
Reinhard ialah salah seorang pengawal yang berkhidmat di situ. Mereka scan tangan mereka dan menyapa Reinhard.

"Selamat petang Reinhard."

"Oh selamat petang. Kamu dah balik Navy, Vernon. " Lelaki yang berusia lebih kurang 30-an itu menjawab dengan senyuman.

"Hm. Kami nak tanya sikit ni." Vernon senyum. Dia tak suka tersenyum tetapi dia tetap hormat kepada orang tua.

"Ha tanyalah." Reinhard menjawab sambil mengangkat tangannya kepada satu kereta yang baru masuk.

"Budak perempuan tadi tu siapa? Dia memang duduk dekat sini ke?"

Reinhard terdiam sebentar. Cuba mengingati siapa yang dimaksudkan oleh Vernon itu.

"Oh.. Yang pelajar sekolah korang tu ek? Yang baru masuk tadi?"

Vernon dan Navy mengangguk laju.

" Nama dia 'Blank'. Nama sebenar dia saya tak tahu lah. Dia memang duduk dekat sini lama dah. Sebelum korang duduk sini dia dah ada dekat sini tak salah saya .Tapi dia jenis yang tak bergaul sangat. Tapi dia tu sopan." Reinhard tersenyum.

NAMELESSWhere stories live. Discover now