EIGHTEEN

24 3 0
                                    

Blank terjaga daripada tidurnya secara mengejut. Jantungnya berdegup kencang. Tangan putih melepaknya menyentuh dadanya yang mengganas. Kenapa ni?

Dia menoleh ke sisi kirinya. Terpampang tubuh ibu saudaranya yang tidur nyenyak. Blank menarik nafas dalam-dalam.

"Huhhhhhhh" Nafasnya dilepaskan. Dia cuba menenangkan dirinya sendiri dengan mengusap-usap dadanya berulang-ulang kali. Dia berbaring kembali, menghadap siling di hadapannya dan cuba untuk melelapkan mata. Namun, tidak berhasil. Blank mengerling jam di meja tidur yang terletak di sebelahnya, 5:00 pagi. Dia mengeluh lalu bangun daripada pembaringannya dan bergerak ke arah tingkap kaca yang besar. Dia tersenyum apabila sesuatu menarik perhatiannya.

"Griselle"

"Yes, Master."Griselle muncul dalam bentuk seperti roh, menunggu arahan tuannya.

"Tolong jagakan Aunty Slyvie, kalau ada apa-apa hubungi aku segera. Aku mahu keluar sebentar."

Griselle hanya mengangguk tanda faham. Tanpa membuang masa, Blank terus menghilang menggunakan [Leap] . Dia tiba di kawasan hutan yang terletak tidak jauh daripada mansion milik Duke Avelos. Fungsi pemanas pada hud yang dipakai olehnya diaktifkan. Dia tidak mahu kejadian dia pengsan berulang kembali. Dia tertarik kerana kawasan ini mempunyai jalan yang tidak ditutupi oleh salji, seolah-olah ada orang yang menjaga kawasan ini dengan rapi. Semua itu dia letak di tepi dahulu, dia kembali kepada tujuan asalnya ke tempat ini.

Dia mula meregangkan badan. She need to exercise. Dia tidak boleh terlalu bergantung kepada skills dan magiknya sahaja. Dia perlukan stamina dan tubuh yang kuat. Dia mula berlari-lari anak dan mula pecut sehingga di penghujung jalan. Angin yang kuat mengekori dirinya apabila dia berlari pecut. Seperti jalan itu dilanda angin kencang. Dia berhenti. Jam tangannya dipandang. 5 minit? Not too bad. Baginya jalan ini sangat panjang. Dia berpaling, dan mulutnya terbuka kerana tidak percaya. Banyak pokok yang tumbang akibat 'senamannya'.

Alamak, macam mana ni! Kawasan ini sudahla dekat dengan mansion Duke Avelos. Kalau Duke itu memarahinya kerana telah merosakkan kawasan mansionnya, bagaimana?! Dia mulai panik. Kemudian dia tersenyum.

"Well, aku boleh cakap yang angin malam tadi kencang, sehingga pokok-pokok ini tumbang. Now, what should i do with these magic circle.." Dia tersenyum jahat. Dia perasan terdapat bulatan magic yang merupakan detect magic yang merupakan magic milik Duke Avelos yang berfungsi sebagai kamera keselamatan . I'll just modify it.

Dia membuat satu bulatan magic yang besar, kemudian, potion berwarna putih dicalit pada jarinya. Air yang diperoleh daripada gua milik Venom Snake dapat menjadi pengganti kepada 'item' untuk dia mengubahsuai bulatan magic yang dikehendakinya. Jari-jemarinya perlahan-lahan menulis tulisan kuno yang bermaksud [Clear] di setiap bulatan magic yang terdapat di kawasan itu. Ianya tidak bergitu ketara walaupun dia masih lemah dalam perkara ini. Kesemua bulatan magic tersebut bercahaya dan coraknya berubah sedikit, dia hanya mampu berharap Duke Avelos tidak akan mengetahui apa yang dilakukannya.

"Mungkin gunung itu lebih baik daripada kawasan ini." Matanya menangkap pada sebuah gunung yang terletak agak jauh daripada kawasan tersebut. Dia memulakan lariannya kembali, namun kali ini dia mengawal kekuatan kakinya agar lariannya tidak merosakkan kawasan hutan tersebut.

Dia tiba di kaki gunung. Dia memeriksa keadaan tubuhnya sendiri. Selepas lariannya tadi, tubuhnya masih tidak letih.

"Macam mana stamina aku lemah, tapi keadaan badan aku macam ni? Aku bukannya pernah bersenam selama ni. " Dia mengumam perlahan kepada dirinya sendiri. Dia agak kagum dengan dirinya sendiri. Sekarang, marilah kita mendaki ke puncak. Dia berada dalam keadaan bersedia.

"3"

"2"

"1!"

Berdesup dia mendaki ke atas gunung tersebut. Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang dilakukannya. Sejak bila dia mempunyai stamina setinggi ini?! Dia terkejut. Sekelip mata sahaja dia tiba di puncak . Permandangan yang putih menjamu matanya. Dia tersenyum lebar apabila merasakan magic semula jadi daripada salji yang memutih. Matanya dipejamkan. Rasa ini.. Rasa tenang. Rasa sejuk yang nyaman. Matanya dibuka kembali dan dia tertumpu ke kakinya. Sesuatu yang bersinar membuatkan keningnya berkerut. Apa ini?

NAMELESSWhere stories live. Discover now