NINETEEN

28 4 0
                                    

Sebaik sahaja mereka memasuki ruang istana, Duke dan Duchess bergerak ke sisi untuk ke tempat mereka sementara Zero dan Slyvie berada di hadapan takhta di mana seorang lelaki yang berambut putih dan bermata biru memandang tepat kearah mereka. Griselle terus berkomunikasi dengan sebaik sahaja dia dapat merasakan keberadaan raja itu.

"That guy, Master. Salah seorang ruler. Master mahukan analisis statusnya?" Griselle bertanya.

"What?! Really?" Blank terkejut. Lelaki itu? Sekarang dia tahu sebab aura lelaki itu terasa tidak nyaman baginya. Dia mengangguk membenarkan Griselle untuk melakukan analisis lelaki itu

"START ANALYSIS"

Name: Xavis Durchville

Age: 145 years

Gender : Male

Magic capacity: 1 000 000++ [error]

Elemental: [error due to level difference]

Skill: [ error due to level difference]

"He's really a ruler..." Zero berkomunikasi dengan Griselle. Hanya rulers sahaja yang mempunyai magic capacity sedemikian rupa dan dengan fakta di mana dia tidak dapat melihat status keseluruhan lelaki itu sudah membuktikan bahawa lelaki itu satu ancaman baginya.

"Don't make him suspect you master. He's one of the real beings." Griselle memberi amaran terlebih dahulu sebelum diam kembali.

Zero hanya beriak tenang. Matanya bertatapan dengan lelaki itu.

"Master! Jangan!" Griselle segera menengah kerana badan citizens biasa tidak mampu untuk memandang ke mata rulers tanpa jatuh pengsan. Tetapi dengan peliknya, tubuh badan Zero tidak beriak sama sekali. Dia hanya dapat rasanya bahawa dia berhadaoan dengan seseorang yang jauh lebih kuat berbanding dirinya dan hatinya berdegup kencang kerana rasa gementar.

Melihat reaksi individu di hadapannya itu, Raja benua Utara tersenyum lebat, seperti berpuas hati. Duke Avelos menyembunyikan reaksinya walaupun dia terkejut melihat reaksi ayah mertuanya itu. Lelaki itu sememangnya memberikan ujian sedemikian rupa kepada semua orang yang pertama kali menemuinya. Termasuklah dirinya sendiri ketika ingin memperisterikan Duchess Amelia. Namun di dapat merasai bahawa tekanan yang diberikan kepada Zero jauh lebih kuat daripada apa yang dia alami sebelum ini. Zero itu gila! Macam mana dia boleh pandang ke mata lelaki itu?!

"Kaulah orang yang curi keseronokkan aku?" Suara garau milik lelaki yang duduk di atas tahkta itu menyapa di telinganya. Matanya melirik ke arah Medusa yang merupakan Aunty Slyvie yang mengigil di sebelah Zero. Zero hanya menunduk, berfikir untuk membalas pertanyaan itu dengan cara yang terbaik.

" Terlebih dahulu. Saya Zero. Seorang informat. Maafkan saya sekiranya saya telah bertindak melulu sehingga mewujudkan rasa tidak puas hati Tuanku. " Zero berkata dengan sopan.

Duke Avelos melihat Zero dengan kagum. Individu tersebut sepertinya pernah berbicara dengan Raja tersebut sebelum ini. Dia pandai memilih kata-katanya dan dia tahu atur cara percakapan di mana sesiapa pun perlu memperkenalkan diri mereka dahulu. Tetamu-tetamu sebelum ini tidak mengetahui perkara tersebut dan hanya menjawab melulu apabila ditanya oleh raja tersebut. Raja Utara itu tidak beriak, menunggu kata-kata Zero yang seterusnya.

"Tetapi Tuanku. Maafkan saya, tetapi saya ingin katakan sesuatu. Saya telah berjanji dengan Duke Avelos yang merupakan pemimpin Athera. Saya dapatkan keizinannya. Adakah apa yang saya lakukan salah?" Zero menundukkan kepalanya sedikit. Kata-katanya menunjukkan dia yakin dan berani.

Kesunyian memenuhi ruang istana itu kemudian raja tersebut ketawa besar. Noble-noble yang berada dia situ tersentak kerana raja mereka tiba-tiba sahaja ketawa. Auranya yang dibiarkan bebas tadi dikawal. Nobles yang terjatuh akibat tekanan perlahan-lahan mampu berdiri kembali. Zero membantu Slyvie untuk berdiri di sisinya.

NAMELESSWhere stories live. Discover now