T H R E E

66 10 0
                                    


Akhirnya.Dia tiba di perpustakaan awam. Dia masuk dan melihat sekeliling. Tiada sesiapa. Cuma ada seorang librarian kaunter. Dia berlalu dan tunduk perlahan. Gadis yang menjaga kaunter itu hanya tersenyum manis.

Beg yang disandangnya diletakkan di atas kerusi. Dia duduk sebentar sebelum mengeluarkan tablet kepunyaannya untuk mencari buku yang dia sudah senaraikan malam tadi. Dia bangun kembali dan menuju ke rak yang tertulis 'The lost history' .

Tangannya dilarikan kepada deretan buku tebal di situ. Tiada.Buku yang dicarinya tiada di situ. Deheman dari belakang menyapa telinga Blank. Dia berpaling ke belakang dengan pantas. Refleks. Gadis do kaunter menyapanya. Dia menarik nafas lega.

"Awak perlukan pertolongan?" Gadis itu bertanya lembut. Blank angguk. Dah ada orang tolong takkan nak tolak pulak kan? Itu sombong namanya.

"Ya. Saya nak cari dua buah buku yang berkaitan dengan unique citizens. Saya dapat tahu bahawa kedua-dua buku itu ada di perpustakaan ini."

Selepas mendengar permintaan Blank, gadis itu terkejut besar. Kemudian riak mukanya berubah sebelum membawa Blank ke sebuah rak yang tidak bertanda. Dia menolak rak itu perlahan sebelum rak itu berputar sendiri. Blank berasa kagum.

Tangan gadis itu dihalakan ke atas sebelum dua buah buku yang berwarna emas datang ke arahnya. Blank melihat tajuk buku itu. Ya. Buku-buku yang dia cari.

"Ini buku itu. Jewels Hidden in Magic World. 8 powers unknown." Gadis itu menyerahkan kedua-dua buku itu ke tangan Blank.

"Er.. tak ape ke saya baca ni ? Saya rasa buku ini hak milik perpustakaan." Blank bertanya teragak-agak. Gadis itu angguk sambil tersenyum manis. Tangan Blank dicapai dan digenggam. Blank melihat gadis itu yang nampak macam berharap.

"Itu kerana. Saya pemilik perpustakaan ini. Saya tahu, memang akan ada seorang gadis kecil yang akan mencari kedua-dua buah buku itu. Ambillah awak.Simpan terus pun tak ape. Saya tahu awak akan berbuat sesuatu kepada dunia ini. Untuk bongkarkan perkara 'itu'." Mata gadis itu bercahaya coklat muda. Blank tersenyum manis. Dia kenal cahaya itu.

"Baik. Terima kasih." Blank berjalan ke tempat tadi. Dia mencapai begnya sebelum memeluk gadis tadi erat. Gadis itu tersentak.

"I hope you will life long. Pastikan awak masih hidup ketika saya datang buat kali kedua nanti. Saya balik dulu." Blank terus menghilang. Gadis tadi tercengang. Kepalanya terasa sakit.

"Takkan.. Dia tu--"

Blank muncul di biliknya kembali. Dia tersenyum mengingatkan pemilik perpustakaan itu. Hatinya kuat mengatakan.. bahawa gadis tadi itu salah seorang..

"Hurm.. so it's time for me to use these books." Blank mula menyelak buku Jewels Hidden in Magic World. Setiap muka surat yang dibacanya membuatkan air mukanya berubah. Tangannya terhenti dari menyelak. Satu perenggan di muka surat ke-5 itu menarik perhatiannya.

[ The royalty mengambil kesempatan perpisahan 8 unique citizens dengan merosakkan pentadbiran dunia magic. Mereka memerintah dunia itu dengan mengatakan bahawa merekalah golongan yang menyelamatkan dunia itu dari kemusnahan. Manakala, 8 orang yang bersusah -payah menyelamatkan dunia daripada menemui pengakhiran dalam perang besar [ World War : The Undead] hilang. Hilang tanpa jejak. Mereka juga hilang ingatan mereka . Mengikut 'Holy Book' peninggalan 5th unique citizens, 100 tahun kemudian satu rahsia besar, iaitu rahsia bahawa siapa penyelamat sebenar dunia dan kewujudan unique citizens akan dibongkarkan di hadapan semua. ]

"Tak semua royalty jahat, dan tak semua royalty baik. Sebagai contohnya apa yang jadi 97 tahun yang lepas.." Blank berkata datar. Buku itu diselak lagi. Kali ini buku 8 power unknown pula dibukanya. Perkataan besar yang tertulis di muka surat pertama membuatkan dia sedar.. misinya akan bermula tahun ini..

NAMELESSWhere stories live. Discover now