THIRTEEN

44 8 0
                                    


Topik yang dibincangkan oleh dua orang lelaki yang duduk di kawasan tersorok kafe menarik perhatiannya. Keadaan kafe yang lenggang membuatkan perbualan kedua-dua lelaki itu kedengaran jelas di telinganya.

"Chris, tolonglah aku. Anak aku, Raphael tak tunjukkan tanda-tanda untuk sembuh. Kau informat yang paling berkemahiran. Kau memang tak dapat cari maklumat ubat untuk penyakit ini?"

"Duke, kerja ini terlampau mustahil. Saya memang tak dapat jumpa apa-apa. Duke sendiri tahu bagaimana saya berusaha mencari apa yang Duke minta, namun tiada hasil yang memuaskan. "

Lelaki bertopi yang seperti sedang menyembunyikan identitinya yang duduk berhadapan dengan seorang lagi yang bertaraf duke hanya menggelengkan kepalanya berulang kali tanda perkara itu amat sukar.

Blank mengambil dulang berisi kopi dan keknya yang baru sahaja siap lalu duduk di belakang meja mereka. Disebabkan kawasan yang didudukinya tersorok di sebalik pokok, nampaknya mereka berdua tidak sedar bahawa perbualan mereka didengari olehnya.

"Aku tahu penyakit ini dianggap pemakan hayat 'perumahnya', tetapi kau memang tak dapat berjumpa apa-apa? Walaupun sekecil mana sekalipun maklumat dapat membantu aku. Kau mahu duit? Banyak mana? Aku boleh bagi!" Duke itu memandang Chris dengan harapan yang tinggi.

Chris pegang kepalanya. Dia pening. Ini kali pertama dalam kerjanya mengumpul maklumat sebagai informant terhandal gagal. Dia mahu menyerah.

"Duit bukan masalahnya, duke. Masalahnya penyakit ini penyakit mistik yang tiada secebis pun maklumat tentangnya! Bagaimana saya mahu cari kalau memang tiada rekod tentang penyakit ini selain daripada simptom dan jumlah kematiannya??!" Chris mula meninggikan suaranya sedikit.

Chris mengeluh panjang. Dia mahu berhenti mencari perkara yang tidak wujud. Sudah banyak masanya dibazirkan. Banyak lagi tawaran lain yang menunggunya.

"Tapi-" Duke itu masih mahu memujuk namun kali ini Chris memintas pantas.

"[Parasite]. Penyakit daripada Larvae Viper di utara. Siapa yang tidak kenal penyakit itu. Simptom anak duke. Kulit bersisik. Kebiruan? Bentuk tubuh badan menyerupai haiwan. Sedarlah duke, penyakit ini tiada ubat. Berjuta-juta rakyat telah mati disebabkan penyakit ini." Lelaki itu menerangkan lagi entah kali keberapa kepada Duke yang masih mendesaknya.

Anak kepada duke di hadapannya , Raphael yang merupakan salah seorang yang diberi tugasan untuk menyelesaikan masalah ini 3 bulan lepas pulang ke rumahnya . Tetapi bukan pulang membawa berita yang baik, sebaliknya pulang dalam keadaan yang sangat mengerikan.

"Penyakit yang memang tiada PENAWAR." Chris menekankan perkataan tersebut untuk menyedarkan Duke di hadapannya bahawa sememangnya harapan untuk permintaannya tidak wujud.

"Macam inilah, Duke. Ini." Dia keluarkan sebuah beg yang berisi syiling emas yang merupakan upah yang dia terima di awal misi ini.

"No. Just take it. Anggap wang ini sebagai galang ganti titik peluh kau selama sebulan ini . Terima kasih, Chris." Duke itu menolak dan memksa dirinya untuk senyum tawar. Informant itu angguk perlahan sambil menepuk bahu lelaki itu lalu keluar daripada cafe itu bersama beg di tangan.

Seketika kemudian, esakan kedengaran daripada lelaki itu. Blank hanya menghirup kopinya perlahan. Dia seperti pernah terdengar tentang penyakit itu.

"Hm, [Parasite]?" Dirinya mengumam sendiri. Dicuri pandang Duke dihadapannya yang berada dalam usia 30-an itu. Lelaki itu nampak sangat sayang akan anaknya. Apa kata dia minta tolong Kakak ?

"Master!"

"Yeah?"

"[Parasite] itu! Penyakit yang Sarry tengah kaji, cuba master ingat balik."

NAMELESSWhere stories live. Discover now