TWELVE

58 7 4
                                    

Blank keluar lagi pada hari ini. Lollipop di bibirnya dikeluarkan. Dia melihat papan tanda di hadapan matanya. Cultural Streets. Jalan di mana kedai lama di Record City dapat dilawati. Penduduk di sini tak sedar, bahawa barangan di jalan ini jauh lebih berkualiti daripada barangan yang dijual melalui guild milik blacksmiths yang disanjung-sanjung. Dia melihat kawasan sekeliling yang agak lenggang kerana pelanggan lebih gemar membeli di kawasan bandar . Dia membelok kesalah sebuah lorong kecil di sebelah kedai barang kemas.

Dia bersiul-siul sambil berjalan. Mencari kedai yang dicarinya. Bingo!  Dia menolak pintu kayu salah sebuah kedai yang tersorok. Satu-satunya kedai yang tiada logo atau nama kedai yang tergantung di hadapannya. Sebaik sahaja pintu dibuka, bara api terasa . Di sebelah kanan nampaknya bengkel untuk blacksmiths bekerja, manakala sebelah kanan dapat dilihat segala jenis senjata dan produk lain. Namun.. nampak usang dan tidak dijaga. Atau dengan kata lain, nampak seperti tempat ini jarang dikunjungi oleh orang luar. 

Tangannya menyentuh sebilah pisau yang menarik pilihannya. Ukiran bertulisan purba itu disentuh.Dipejam matanya seketika. Dia dapat rasakan ada magic yang turut diletakkan dalam pisau itu. Bibirnya menguntum senyuman. I came to the right place.

"Kau siapa?" Satu suara menerjahnya dengan suara kasar. Blank berpaling.  Dia melihat ke bawah. Dwarf. 

"Hai pakcik pendek! Aku dah dengar banyak pasal kau!" Blank sengih sedikit. Mode nak mencari pasal.

"PAK CIK PENDEK???!!" Muka Dwarf ,Edward memerah menahan memerah.

"Satu. Kau ceroboh kedai aku. Dua. Kau kutuk aku. SEKARANG KELUAR! AKU TAK NAK ADA PELANGGAN MACAM KAU."  Edward tunjukkan pintu keluar. Diambil pisau di tangan Blank dengan kasar.

"Wo ,wo ."

"Relax. Aku main-main sahaja." Blank senyum.Seronok.

"Tapi aku tak main-main. KELUAR." Edward menolak tubuh itu kuat sehingga sampai ke pintu. Blank menyeluk poket seluarnya.

"Kau tak menyesal? hm?" Katanya mengejek.

"Kenapa aku kena menyesal?" Kata Edward angkuh.

"Lily." Bisiknya kepada cangkerang itu. Mata Edward membesar.Bayangan paus putih itu muncul di hadapanya.

"Ya, sahabatku. Kenapa?" Balas Lily. Edward terus tunduk. Melutut. Tangannya mengigil. 

"Nampakya.. Dia tak mahu tolong aku.. siap suruh aku keluar lagi.. hurm, mana mana eh?" Blank buat-buat berfikir.

"Betulkah itu, Edward..?"Lily memandang Edward yang menundukkan wajahnya.Edward senyap. Takut mahu bersuara di hadapan Lily yang sangat dihormati oleh kaum Dwarf. 

"Begitu,Blank. I take it as yes.How dare you decline my best friend." Petir menyambar di belakang Lily. Edward mengigil takut.

"Cakap dekat ayah kau aku akan ke sana esok hari."

"SEKEJAP. Saya salah... tolong... saya minta maaf. Saya boleh buat , Tuanku. Tolong. " Edward merayu.Dia tak mahu ayahnya menghukumnya. Blank senyum. Diangguk ke arah Lily.

"Aku maafkan, Lily. Lepaskanlah dia ni.. Lagipun dia dah setuju! " Blank senyum.Lily angguk faham. 

"Baik. Batalkan arahan aku tadi. But i'll be there next week.Inform them,Edward." Lily berkata sebelum tutup talian komunikasi. Edward angguk. Air liurnya ditelan kelat. 

Cahaya daripada  cangkerang itu hilang Edward menarik nafas lega .  Dipandang Blank yang duduk selamba di atas kerusi.

"Kenapa kau tak cakap kau sahabat dengan The Great Whale. Haih.." Dia menarik nafas panjang.

NAMELESSWhere stories live. Discover now