ELEVEN

54 7 1
                                    

Blank mengenggam perlahan tiket di tangannya. Dipandang Hash dan Rose yang tersenyum lebar di hadapannya. Tiket untuk ke pertandingan dengan academy lain di Record City diserahkan kepadanya kerana mereka mengharapkannya untuk pergi.

"Hurm.. aku tak janji.. tapi ni bila? " Blank melihat sekilas apa yang tertulis di atas tiket itu. Adrea's Yearly Competition. Adrea merupakan bandar diraja untuk Record's Country. Pertandingan sedemikian sering diadakan di sana sebagai hiburan kepada raja dengan kerabat diraja.

" Selepas cuti pertengahan ni. Kau datang eh?" Hash memandangnya berharap. Blank sentuh bahu Hash lembut. Dia mengaku dia sudah agak rapat dengan Hash selepas Rose membuka hatinya . Terbit juga rasa bersalah dalam dirinya kerana kerap menolak niat baik Hash yang ingin berkawan dengannya.

"Kalau aku tak ada apa-apa aku datang." Blank berkata sambil memandang Hash dengan pandangan lembut. Hash senyum sambil angguk memahami. Mereka berjalan pulang.

" Jom pergi arcade ?" Hash berkata tiba-tiba. Rose mengangguk gembira. Blank hanya tersenyum sedikit. Hampir ditunjukkan di wajahnya namun senyuman itu pudar kembali.

"Pst.. Giselle?"

"Yes my master?"

"Arcade tu apa?" Dia bertanya naif.

"Huh?"

"M-master tak pernah tengok arcade? Hah???"

"Tak."

"Ah..." Giselle menerangkan dengan panjang lebar kepada tuannya yang diyakinnya katak di bawah tempurung itu. Blank terangguk-angguk.

"Jadi.. apa kebendanya ini?" Blank sentuh-sentuh benda yang terjantung di sebuah mesin dengan hairan . Hash berpandangan dengan Rose. Giselle yang merada di dalam tubuhnya hanya tersenyum mendatar.Sia-sia sahaja usahanya tadi, tuannya bukan faham pun..

" Ini punching machine. Kalau kau nak cuba, masukkan coin dalam lubang tu " Hash tunjuk. Blank mengikut.

"Okey! Tumbuk kuat-kuat benda yang tergantung tu!" Hash melompat.

"Kuat mana?" Blank mempersiapkan penumbuknya.

"Hurm.. Sekuat yang boleh?" Rose melihat dengan penuh minat. Menunggu.

" Giselle.. banyak mana patut aku guna?" Dia teringat dia perlu menyembunyikan kuasanya.

"Saya rasa seminima mungkin? Master masih perlu menyembunyikan kuasa Master."

Blank angguk. Dia tumbuk perlahan sahaja. Di pandangan hash dan Rose,mungkin mereka lihat seperti dirinya menggunakan seluruh kekuatannya , tetapi sebenarnya..hehe.

Ting... Ting!! Ting!!!

Cahaya itu naik ke atas. 568! Rekod yang kedua tertinggi di situ.

"Uwahh!!"

"Aku pun nak cuba!" Rose ke depan mesin itu. Dia melompat-lompat sedikit lalu menumbuk seperti profesional. Ting ting ting!!! 760.

"New Record!" Hash berdiri. Rose ketawa gembira.Riuh mulutnya berkata dia tak sangka dia dapat pecahkan rekod tertinggi di situ.

"Jom main ni pulak?" Hash menunjukkan sebuah claw machine .

"Okayy. " Blank tersenyum lebar sambil mengikuti langkah 2 orang sahabatnya itu. Ini kali pertama baginya untuk berseronok seperti orang biasa. Hari itu terasa sangat singkat baginya.

"Kau senyum juga akhirnya ,Blank. " Rose tersengih. Hash juga tersenyum lebar.

'Yeah' Dia mengumam perlahan.

NAMELESSWhere stories live. Discover now