N I N E

59 7 2
                                    

Loceng balik sudah berbunyi. Begnya dicapai dan dia laju menuju ke loker untuk menukar kasut. Dia perlu cepat! Dia terus berlari ke arah yang berlawanan dari jalan ke rumahnya.

Dia berhenti . Dah sampai akhirnya! Dia mencari nafas. Haihh semput aku. Pagar bangunan yang tertulis Starlight Kindergarten itu terbuka secara automatik. Kanak-kanak terus berlari keluar menuju ke ibu bapa mereka yang sudah menunggu.

Blank mencari-cari dan tiba-tiba tangannya terasa digoyangkan. Dia berpaling ke sisi. Aiden . Senyuman comel itu membuatkan Blank tersenyum lebar. How cute! Anak siapa lah ni?

"Kakak! Aiden dah balik! Jom?" Aiden berkata petah. Blank mengangguk dan memegang tangan kecil itu dan mulai berjalan pulang. Dia melihat sekilas wajah Aiden yang nampak gembira.

" Kakak. Aiden happy sangat dapat jumpa akak walaupun Aiden hilang ibu Aiden.."

"Tapi! Aiden bertuah sebab Aiden terselamat kan? Cikgu Nally pun cakap yang semua yang terselamat tu maknanya ada guardian yang jaga! Jadi Aiden antara yang terpilih lah ye? "

" Sebab ada kakak Blank selamatkan Aiden!" Dia berkata ceria.

"Yes Aiden! Dan akak tak pernah menyesal selamatkan Aiden and took you in. " Blank pegang bahu kanak-kanak itu. Dia nak pastikan Aiden tahu bahawa dia mengambil Aiden bukan dek tanggungjawab, tetapi takdir yang menemukan mereka.

"Walaupun kakak takkan pernah boleh gantikan mama Aiden, akak akan cuba protect Aiden dengan apa yang akak boleh buat. If someone hurt you, I'll kill them." Blank berkata serius. Aiden terdiam. Dia berfikir.

"Macam tu..? Aiden kena belajar la! Aiden nak jadi kuat!" Petah kanak-kanak itu berkata.

"Hm? Kenapa pulak?"

"Sebab Aiden pun nak protect akak!" Aiden berkata dengan naif. Langkah Blank terhenti. Dia tak tahu mengapa, dia rasa terharu mendengar kata-kata Aiden yang baru berumur 7 tahun itu.

" Yes! Aiden kena jadi kuat kalau Aiden nak protect akak! Fighting!" Blank tersengih.

"Fighting!!" Aiden menjerit dengan suara comelnya. Blank senyum.

"W! Gerakla banyak sikit! jangan tidur je."Miss Sweet marah kepada W yang melentokkan kepalanya di batang pokok. Lelaki berambut turqouise itu hanya mengangkat tangannya perlahan.

"BANGUN." Wanita itu berkata dengan aura merah di sekeliling tubuhnya. Mata W terus terbuka luas.

"Hey, long time no see~" W berpura-pura tiada apa yang terjadi dengan menyapa Ms. Sweet seperti kawan saja lagaknya.

Rose masih terdiam. Dia tak tahu nak bercakap apa-apa . Tetapi dia mahu berkawan dengan mereka yang dia tidak pernah bercakap lagi. Dia mengerling sedkit ke arah Hash yang sedang menguap. Apabila ditanya, gadis itu memberitahu bahawa dia main teka-teki dengan adiknya sehingga ke larut malam. Dia pun tak dapat memahami.. main teka-teki pun sampai tak tidur eh?

Hash menguap lagi. Matanya berair akibat terlalu mengantuk.

" Em.. hi?" Aurora menegur malu-malu. Rose berpaling.

"Hi!" Balasnya mesra. Dia menyambut salam perkenalan itu. Dia tahu gadis itu daripada kelas 4B-2 . Hash hanya menguap sambil mengangkat tangannya tanda hi.

"Er, aku kena perkenalkan diri ke?" Gadis itu bertanya. Hash dan Rose menggelengkan kepala mereka . Sudah pasti mereka sudah tahu nama masing-masing. Gadis itu melabuhkan punggungnya di sebelah Hash. Di atas lantai simen yang berkilat.

"Haih.. lega aku ada korang. Aku tak sanggup nak terkurung dengan diorang lelaki ni semua dekat sini.. More importantly that sleepyhead." Aurora mengeluh. Rose hanya ketawa pendek.

NAMELESSWhere stories live. Discover now