TWENTY ONE

30 4 3
                                    

   

       Setelah healer  utama kerajaan Utara beredar, Zero melihat situasi di dalam bilik itu. Aunty Slyvie nampaknya masih sukar mempercayai apa yang baru dilihatnya.

"Z-zero." Suara wanita itu bergetar sambil menghampiri anak saudaranya.

"Ini semua disebabkan kuasa aunty?" Mata wanita itu berkaca-kaca. Zero yang serba salah sedari tadi hanya mengangguk mengiyakan. Dia tidak boleh menipu, kerana itulah kebenarannya.

"Ia kuasa aunty. Tapi yang menyebarkannya ialah Venom Snake. Melalui anak-anak ular yang menyerang penduduk di negara tersebut.

"Macam mana aunty boleh jadi Medusa? Saya tahu kuasa aunty melibatkan sumpahan. Tetapi Medusa?" Zero bertanya. Raja Xavis dan Duke Avelos juga menumpukan perhatian mereka kepada perbualan itu.

"Aunty pun tak tahu, apabila aunty sedar sahaja, aunty sudah berada di dalam gua milik Venom Snake. And I got controlled with unknown forces. Venom Snake ambil kesempatan pada saat itu." Slyvie menerangkan apa yang terjadi kepadanya.

Riak wajah Ayaz berubah kerana dia juga mengalami perkara yang sama. Tapi dia hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu menimbulkan rasa curiga oleh Raja Xavis. Lelaki itu cekap dalam meneka soal sebegini.

"Unknown forces? " Raja Xavis menjongketkan keningnya. Slyvie hanya mengangguk.

"Jadi itu yang jadi.." Zero segera masuk campur kerana tidak mahu menimbulkan sebarang kecurigaan kepada raja tersebut.

Slyvie melutut di hadapan Duke Welfare yang duduk di birai katil di mana Raphael sedang berbaring setelah mendapatkan rawatan. Namun gadis itu masih belum sedarkan diri.

"Saya minta maaf, Duke Welfare. Saya tak ada alasan lain,ini memang salah saya. Saya minta maaf" Air mata mulai jatuh ke pipi Slyvie. Nikolaus melihat ke arah wanita itu dengan perasaan yang bercampur baur. Sukar untuk dia maafkan,dia hampir kehilangan anak kesayangannya.

"Kalau Duke tak maafkan, saya faham. Cuma saya hanya mahu duke tahu, saya betul-betul kesali apa yang saya lakukan walaupun ketika saya tidak sedar. Saya tiada alasan lain. Ini memang salah saya. Saya minta maaf, Duke Welfare." Slyvie menundukkan kepalanya dalam beberapa ketika. Dia tahu ini tidak cukup untuk membuatkan dirinya dimaafkan.

"Saya faham alasan awak, tapi.. saya perlukan masa." Duke Welfare melarikan pandangannya. Slyvie semakin menunduk.

"Terima kasih, duke." Slyvie bangun daripada posisi melututnya lalu berdiri dan keluar daripada ruangan itu. Ayaz laju mengikuti langkah isterinya itu. Sebaik sahaja mereka berdua berada di luar bilik itu, Ayaz memeluk tubuh isterinya itu.

"Tak apa, Slyvie. Semuanya baik-baik sahaja." Ayaz memberi kata-kata semangat sambil mengemaskan pelukannya. Slyvie hanya menganggukkan kepalanya sambil membalas pelukan lelaki itu.

Sebaliknya, situasi di dalam bilik tersebut menjadi janggal sebaik sahaja pasangan suami isteri itu beredar.

Raja Xavis berdehem untuk menarik perhatian Zero. Zero melihat lelaki itu.

"Kau berada berapa lama di sini, Zero?" Mendengarkan pertanyaan dari Raja Xavis itu, Duke Avelos dan Duke Nikolaus juga berpaling melihat ke arah individu itu.

"Kalau ikutkan, hanya sampai esok, your majesty." Zero membalas.

"Sekejap itu?" Duke Avelos menjongketkan keningnya. Mengikut pengetahuannya individu itu baru 3 hari berada di North.

"You're in a hurry?" Raja Xavis bertanya. Zero hanya mengangguk kerana dia malas mahu berbahas banyak dengan Raja itu. Tiada apa yang lebih bahaya apabila Raja Xavis yang juga merupakan salah seorang rulers, tahu lebih banyak berkenaan dengan dirinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 21 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

NAMELESSWhere stories live. Discover now