SIXTEEN

44 4 0
                                    


Tangan Slyvie diikat. Wanita itu terpinga-pinga. Seth melakukan tugasnya pantas. Slyvie hanya merenung lelaki-lelaki di hadapannya yang terus mengikatnya apabila dia tidak menyerang mereka. Tubuh anak saudaranya yang tidak sedarkan diri diambil oleh Avelos .

Mata Duke itu jelas mempunyai amarah kepada dirinya apabila melihat anak saudaranya rebah di ribanya. Dia termenung. Tapi ini bukan salah aku sepenuhnya. Penyakit [Parasite] itu berpunca daripada Venom Snake bukannya dia. Slyvie pout. Kena duduk dalam penjara ke macam mana ni?

"Eh, apani?" Dia baru tersedar lipatan kertas tadi berada di tangannya. Dia tersenyum gembira. Kalau ikutkan kata-kata Giselle tadi, benda yang tertulis dalam ni dapat tolong mereka daripada tersekat dalam situasi ni. Dia membuka lipatan kertas itu perlahan. Bulatan magic yang merupakan Communication Magic dapat dilihatnya. Kaki Seth ditendang perlahan.

Lelaki itu berpaling namun masih teragak-agak untuk mendekati dirinya kerana dia masih berjaga-jaga.

Diserahkan kertas itu kepada Seth. Seth hanya mengambil kerana dirinya keliru. Dia pelik.

"Communication Magic?" Dia bertanya. Avelos dan Evan kedua-duanya berpaling dan segera ke arahnya. Kertas itu dirampas oleh Duke Avelos. Detect Magic miliknya diaktifkan. Dia dapat merasakan magicules itu milik Zero.

"Ini dari Zero." Balasnya. Magicules miliknya disalurkan sedikit ke dalam kertas tersebut. Baris-baris perkataan terapung di hadapan mereka.

Ini Zero. Medusa orang yang penting untuk aku. Aku harapkan kau tak apa-apakan dia. Kau juga telah berjanji kepada aku , " All loots are mine right?" . Medusa itu termasuk dengan orang yang aku mahukan dari misi aku ini. Aku harap kau bukan seorang yang memungkiri janji kau, Duke. Permintaan aku, tolong bawa aku keluar dari sini. Tubuh aku lemah kerana suhu di sini . Terima kasih . Ikhlas, Zero.

Avelos terkejut. Tubuh Zero yang dibaringkan di sisi gua diangkat menggunakan kuasanya. Aura miliknya yang boleh memanaskan menyaluti tubuh itu. Evan pula bergerak ke arah Slyvie yang masih terikat . Dia memandang wanita itu tajam.

"Kau bertuah." Ikatan tangan wanita itu dibuka. Slyvie hanya tersenyum gembira melihat anak saudaranya.

Agak lama juga masa diambil untuk keluar daripada gua tersebut. Mereka tidak dapat menggunakan teleport di dalam gua tersebut kerana terdapat sekatan yang melibatkan kuasa wanita yang berjalan mengikuti mereka tanpa rasa bersalah.

Sebaik sahaja mereka tiba di luar gua tersebut, Evan terus menggunakan teleport miliknya kerana hanya dia yang mampu mengalihkan mereka semua jika dilihat mengikut keadaan mereka yang lain yang telah kepenatan . Mereka terus tiba di mansion Waselton di tengah negara Athera.

"Hidupkan api." Arah Avelos kepada butler yang menyambutnya. Butler itu hanya angguk dan segera menunaikan tugas yang baru diarahkan kepadanya dengan tubuh yang terketar-ketar menahan rasa takut . Dia berjalan ke arah kanan mansion. Seth yang melihat kelakuan Harry itu hairan.

"Kau kenapa Harry? Nak pergi mana tu?" Seth bertanya. Lelaki yang berumur 50 an itu menundingkan jarinya ke arah Zero yang diangkat oleh Avelos dengan auranya dan Slyvie yang dikawal oleh semua knight yang pergi bersama Duke mereka.

"D-duke nak bakar mereka kan?" Tangannya terketar-ketar. Dia mahu bergerak ke penjara yang terletak di mansion tersebut untuk menghidupkan api yang bakal membakar mereka. Automatik Avelos meraup mukanya.

NAMELESSWhere stories live. Discover now