SEVENTEEN

41 6 0
                                    

" The King?"

"Ya. Hanya His Majesty sahaja yang akan buat kerja gila macam itu. " Avelos tersenyum paksa. Amelia turut mengeluh.

"Bukan King of The Northern Land ini ayahnda Duchess?" Blank merujuk kepada raja wilayah utara yang dikenalinya melalui pembelajarannya di academinya . Duchess Amelia hanya mengangguk mengiakan .

" Hm."

" Baiklah, apa-apa je lah. Tapi janji bahawa kamu semua memang tak akan sentuh Slyvie kan?" Blank bertanya lagi untuk kepastian. Pasangan suami isteri itu menganggukkan kepala mereka.

"Tapi.."

"Tapi apa?" Blank memotong percakapan Duke Avelos. Pintu bilik dikuak dari luar. Evan masuk ke dalam bilik tersebut bersama dengan batu komunikasi yang mempunyai lambang diraja terukir di atasnya.

"Terdapat 2 syarat dari Northern King. Pada mulanya kami bercadang untuk berikan sahaja apa yang kau mahukan tetapi disebabkan oleh kejadian ini berlaku disebabkan Miss Slyvie dan telah memberikan kesan yang besar kepada wilayah utara . Kes [Parasite] ini juga telah mengambil nyawa banyak penduduk di sini. Oleh itu ,His Majesty telah berikan 2 syarat ini." Evan menerangkan panjang lebar.

"Urgh." Blank mengeluh kerana berasa jengkel. Tangannya terasa disentuh oleh sepasang tangan yang lain. Dia berpaling ke sisi, melihat Aunty Slyvie yang memegang erat tangannya sambil menunduk. Wanita itu gementar kerana dia sedar itu merupakan kesalahannya . Blank membalas pegangan itu, bertujuan untuk memberi kekuatan kepada makciknya. Wanita itu melihat ke arahnya sambil tersenyum nipis.

"Fine. Tell me." Blank memandang Evan.

"Mudah sahaja syaratnya. Berjumpa dengan King of Northern Land. " Evan menyebutnya macam syarat yang dikenakan adalah untuk  berjumpa dengan pak cik jual kuih tepi-tepi jalan sahaja lagaknya. Jawapan yang tidak dijangkakan itu membuatkan Blank tergamam. Suaranya dikawal sebaik mungkin untuk menyembunyikan reaksinya.

"Alright." Dia terdiam untuk mengambil masa menenangkan dirinya.

"No problem. Syarat kedua?"

"His Majesty tak nyatakan lagi. Syarat kedua akan diberitahu ketika perjumpaan nanti. The meeting will be after you fully recover. "

"Tak. Buatkan perjumpaan itu esok. Aku perlu  selesaikan semua urusan aku di sini secepat mungkin." Blank berkata tegas. Evan mengangguk faham.

"Aku akan menghubungi raja secepat mungkin." Evan beredar.

"Kalau bergitu kami juga meminta diri. Rest well, Zero. Jumpa kau esok." Avelos angguk.

"Amelia." Duke Avelos memanggil Amelia yang sedang berbual dengan Slyvie dengan gembira. Amelia menunjukkan wajah masam. Dia menghentakkan kakinya sedikit sebelum turut meminta diri dan mengikuti langkah Avelos.

Sebaik sahaja pintu tertutup, Blank dan Slyvie kedua-duanya menghela nafas lega. Slyvie segera berdiri dan bergerak ke arah anak saudaranya itu . Tubuh kecil itu terus dipeluk.

"Terima kasih , ******" Bisiknya. Blank tersentak , terkejut kerana ibu saudaranya itu menggunakan nama sebenarnya yang sudah lama disimpan dan disorokkan.

"A-aunty. Boleh panggil saya Blank kalau identiti saya bergini." Robe miliknya dibatalkan fungsinya. Wajahnya yang tertutup separuh dengan topeng muka teserlah. Rambut kelabu bersinarnya beralun lembut apabila ikatan sanggulan dibuka. Slyvie terpaku. Wajahnya mirip dengan Shas walaupun wajah itu tertutup.

NAMELESSWhere stories live. Discover now