FIFTEEN

48 5 0
                                    

"Seth. Tolong jagakan Athera kalau rancangan aku gagal." Seth hanya diam sebelum angguk. Dia tahu apa yang pemimpin mereka mahukan, bantu dia dari belakang dan kalau keadaan bertukar buruk, dia perlu kembali ke mansion mereka untuk meminta pertolongan.

Pedang putih yang tersisip kemas di pinggangnya dihunus. Detect Magic yang merupakan keistimewaannya diaktifkan . Bibirnya menguntum senyuman sinis.Let's see, how strong are you?

Avelos hilang di sebalik batu. Dia melompat ke atas lalu menikam ekor medusa. Pedangnya tidak dapat menebusi ekor itu. Oh..

"Keras sangat."

Dia mendongak. Mata medusa itu bertukar putih. Ekornya mahu menghentam lelaki itu.

"Elak Duke!" Seth panah dari tempatnya berdiri. Avelos melompat ke atas dan berpegang pada batu. Anak panah itu berjaya menembusi bahunya yang tidak dilitupi sisik-sisik ular. Seth senyum . Ada harapan.

"Lagi Seth." Avelos arah. Pasukannya yang lain semuanya mengangkat anak panah dan menghala ke arah Medusa itu sebelum wanita membuka mata putihnya kembali.

"Tutup mata semua." Mereka semua sempat mengikut arahan Avelos. Cuma,senjata mereka semuanya bertukar menjadi batu.

"Damn.." Seth tergamam. Masalah yang lain pula timbul.

"T-tapi duke, senjata mana ada mata! Kenapa boleh bertukar jadi batu pulak?" Kepala Seth terus dipukul oleh Avelos.

"Kau ingat aku tahu?!"

"Tapi ada betulnya jugak apa kau cakap tu Seth.." Avelos mengusap-usap dagunya.

"Sebab senjata itu semua mengancam dia, sebab itulah semua benda tu kena sumpah dengan benda tu .Apalah nasib aku kena kerja dengan orang macam korang.." Seorang lelaki berkaca mata muncul dari belakang membuatkan Avelos dan Seth berpaling. Rambut paras bahunya diikat rapi kebelakang namun masih ada anak rambut yang terjurai di pipinya.

"Eh? Evan! Laju kau dapat mesej aku?" Seth terkejut. Evan membetul-betulkan cermin matanya yang agak menyorot dengan jarinya.

"Aku dapat amaran dari detector dekat bilik aku.Kau juga yang pasangnya bukan, Avelos?" Evan mengeluh sambil mengeluarkan sesuatu dari item bag miliknya. Seketul batu putih menerangi mata Seth. Batu ni..

"Holy artifact? Ini bukan hak milik istana?!"

"Ian bagi dekat aku.Korang jangan risaulah." Evan meletakkan batu itu di tangannya .

[ Strengthening Magic ] Batu itu dikelilingi bulatan magic yang kecil.

"Ke tepi Avelos." Evan mengarah. Avelos hanya akur. [Chain] diaktifkan untuk mengunci pergerakkan medusa itu. Evan melontar batu itu sekuat hati ke arah dahi medusa yang merupakan titik kelemahannya.

"Urgh. " Suara datang dari arah belakang mereka. Kesemua yang berada di situ berpaling. Seseorang yang amat laju pergerakkan mereka melepasi mereka. Dia menghalang batu tadi dengan tangan kirinya sementara tangan kanannya dihalakan ke atas.

[Ancient Mist] Kuasa purba milik Giselle sekali lagi digunakan dengan paksa untuk menutup penglihatan Avelos , tenteranya dan juga, Medusa.

"Kenapa ni? Apa jadi?!" Evan meraba-raba sekelilingnya apabila keadaan di sekelilingnya dipenuhi dengan kabus. Tersentuh seseorang.

"Oi jangan cabul aku lah gila! Aku dah ada Amelia kau tahu tak?!" Tangan Avelos menepis tangan Evan yang tersentuh tubuhnya. Pantas Evan menarik tangannya.

"Ehem.Bila masa kau datang balik sini Avelos?" Evan mengubah topik.

"Bila benda ni diaktifkan. " Avelos merujuk kepada kabus tebal yang menyukarkan mereka untuk melihat keadaan sekitar.

NAMELESSWhere stories live. Discover now