Hai yeorobun! Sorry sis unpub story ni haritu tapi sis publish balik okey. Jangan risau, jalan cerita dia sama je sis tak ada ubah apa-apa😊
-----------------------------------------------------------
Kring...kring....
Saat jam locengnya mula berbunyi, gadis berambut hitam itu mula menyelak selimutnya yang menutup seluruh tubuhnya semasa tidur. Satu tabiatnya ketika tidur ialah memastikan selimutnya menutup semua anggota badannya kerana dia menganggap selimutnya adalah pelindung dirinya ketika tidur.
Kakinya menyentuh lantai bilik tidurnya dan dia langsung menuju ke bilik air untuk membersihkan badannya yang sudah berbau. Tidak lupa tuala mandi yang tersidai dengan elok di penyangkut tuala sebelah bilik mandinya. Selepas 10 minit berada di dalam bilik airnya, kini Jeongyeon sudah siap untuk memakai uniform kolejnya dan pergi berangkat ke kolej dengan menaiki bas.
Sedikit intro untuk gadis bernama Jeongyeon atau nama sebenarnya Yoo Jeongyeon adalah gadis yang berasal dari daerah Suwon. Jeongyeon tinggal seorang diri di Seoul setelah dia berkeputusan untuk menyambung pelajarannya di ibu negeri Korea Selatan itu. Jeongyeon dibesarkan oleh keluarga angkatnya yang menetap di Fukuoka, Jepun. Jeongyeon tidak mempunyai adik-beradik lain selain dari adik lelaki angkatnya yang juga turut menetap di Seoul. Namun, dengar sahaja mereka berada di negara yang sama, daerah yang sama, tetapi Jeongyeon jarang sekali bertemu mata dengan adik lelakinya itu kerana dia sibuk dengan jadualnya sebagai seorang idol di salah sebuah syarikat idol yang sangat terkenal di Seoul itu.
Beralih kepada cerita Jeongyeon, dia diambil menjadi anak angkat kepada keluarga Watanabe sejak dia berumur 9 tahun dan kini dia sudah menginjak usia kepada 20 tahun. Jeongyeon sudah memasuki tahun kedua di kolejnya dan dia hanya mempunyai seorang kawan baik iaitu Mina yang berada di dalam jurusan yang sama dengannya. Secara kebetulan atau tidak sengaja, gadis itu juga berasal dari negara Jepun dan itu salah satu sebab Jeongyeon boleh rapat dengannya sehingga kini.
"Jeongyeon-ah! "
Terdengar namanya dipanggil oleh gadis berambut panjang sehingga bahu itu. Dengan senyuman yang selalu manis dilihat di bibirnya, gadis itu berlari ke arah Jeongyeon.
"Oh, Mina-yah! "
Gadis yang memanggil Jeongyeon itu adalah Mina, teman rapatnya Jeongyeon di kolej tempat mereka belajar.
"Dah makan pagi? "tanya Mina.
Jeongyeon menggeleng.
"Jom pergi makan. Sempat lagi ni sebelum masuk waktu Ms. An. "kata Mina.
Jeongyeon menerima ajakan teman baiknya. Kini mereka berdua di dalam kafe yang terdekat dengan lokasi kelas mereka yang akan bermula sebentar lagi.
"Nak makan apa? "tanya Jeongyeon.
"Tak tahu lagi. Kau? "tanya Mina pula.
"Entah. Kita tengok la apa yang ada dekat depan. " kata Jeongyeon yang kemudian mendapat anggukan dari Mina.
Tidak lama selepas itu, Jeongyeon dan Mina mengambil tempat di meja yang berhampiran dengan tingkap. Sekadar makluman, kafe mereka berada di tingkat 3 dan kafe ini tidak selalunya penuh maka kerana itulah Mina dan Jeongyeon memilih kafe ini.
Tiba-tiba, kafe itu berbunyi dengan sangat meriah dan bising sehingga menarik banyak perhatian pelajar yang sedang mengambil sarapan pagi di sana.
"Ada apa tu? "tanya Jeongyeon kepada Mina.
Mina mengangkat bahu tanda tidak tahu. Setelah melihat ke arah sekeliling, kini Mina sudah tahu dari mana punca bunyi bising itu datang.
"Patutlah bising, diorang datang kafe. " kata Mina sambil menunjuk ke arah sekumpulan pelajar lelaki yang terdiri daripada 13 orang lelaki yang sememangnya menjadi pujaan ramai pelajar perempuan di kolej itu.
YOU ARE READING
Adore You [Yoo Jeongyeon]✔️
FanfictionMenyukai seseorang dalam diam tidak salah kan? . . . Main Cast: -Yoo Jeongyeon -Jeon Wonwoo -Kim Mingyu -Myoi Mina Nota: Biasanya shhgirl akan letak Twice dengan Nct ataupun Exo. Tapi kalini terasa nak gandingkan dengan Seventeen pulak hehehe. Start...