AY-14

74 10 2
                                    

Jeongyeon pulang ke apartmentnya setelah menziarahi Haruto selama 2 jam lebih tadi. Kalau diikutkan dirinya, mahu sahaja dia menemani adik lelakinya sehingga malam tetapi mengingatkan bahawa dia mempunyai kerja yang perlu dihantar pada esok hari, Jeongyeon mengundur diri.

Ada satu hal yang sedang bermain di dalam fikiran Jeongyeon ketika bertemu dengan Seungcheol sunbae di kafe hospital tadi. Ia tidak mahu menafikan rasa ingin tahu di dalam dirinya sangat kuat ketika mahu bertanyakan siapa yang dimasukkan ke hospital seperti yang dimaksudkan Seungcheol.

Tapi, dia ada hak ke untuk bertanya?

Jeongyeon melemparkan beg slingnya di atas katil sebelum beredar ke bilik air untuk membersihkan badannya.

Sewaktu Jeongyeon sedang mandi, telefonnya kedengaran menerima beberapa pesanan dari kawan baiknya iaitu Mina.

Mina-chan🤗
-Jeongyeon-ah!!
-Dah dengar ke berita tergempar di kolej kita??

Disebabkan tiada balasan pesanan yang diterima Mina, gadis itu menghantar lagi soalannya. Seperti 'spam' buat sahabat baiknya.

Mina-chan🤗
-Yahh!!
-Wonwoo accident!!

~~~~~

Seperti yang sudah heboh di kawasan kolej, nama Wonwoo akhirnya disebut orang apabila gambar anak lelaki Presiden Jeon itu tertangkap saat keluar dari kawasan hospital dengan kaki yang berbalut.

"Sejak bila Woo masuk hospital nih weh?! "

"Kenapa kita tak tahu berita ni? "

"Aigoo jinjja neomu lah geng hiphop ni! "

"Mungkin mereka tak nak kita risau kot~ "

Ayat terakhir berasal dari Joshua. Lelaki yang pernah tinggal di negeri orang putih itu cuba untuk memikirkan hal yang positif walaupun terlihat suasana kumpulannya semakin serius.

"Aku rasa Cheol nak sembunyikan berita ni dari keluarga Woo, bukannya kita. " seorang lagi lelaki yang berkaca mata datang melepak bersama kumpulan Seventeen. Minghao namanya.

"Kau tahu mana Minghao? " tanya Dokyeom.

Bukan Minghao atau The8 yang menjawab, sebaliknya si muda yang menjawab iaitu Dino.

"Aku terdengar masa masuk kelas tadi. Mereka kata keluarga Jeon sekarang ni mengamuk besar dengan kumpulan kita. " jelas Dino.

"Maunya tak mengamuk si ayah Wonwoo tu bila dengar anak kesayangan dia terlibat dalam kemalangan?! Kalau aku ada di tempat ayah dia, mungkin lagi teruk kena nanti. "

Jeonghan bergurau. Tetapi serius dalam gurauannya.

"Sekarang ni, macam mana dengan keadaan Wonwoo? Ada sesiapa tahu ke apa yang jadi dekat dia lepas keluar hospital tu? " tanya Woozi yang dari tadi mendiamkan diri sambil mendengar rungutan dan luahan teman sekumpulan.

"Buat masa sekarang yang aku tahu, dia dah balik rumah appa dia. Seungcheol yang bagitahu aku masa aku call dia tadi. " kata Seungkwan.

Woozi mengangguk.

"Ish, kalau dah Wonwoo balik rumah appa dia, kita dah tak boleh pergi jenguk lah. Appa dia tu mesti pasang bodyguard punya! " rungut Dokyeom.

Yang lain mengangguk sama setuju dengan pendapat Dokyeom.

Memang, itu hal yang benar. Lelaki yang memegang jawatan Presiden itu sangat-sangat tegas dalam menguruskan hal keluarganya terutama dalam mendidik dan melindungi anak-anaknya.

~~~~~

"Kau betul nak tinggal sini? " tanya Mingyu. Lelaki yang berada di sebelahnya mengangguk walaupun ianya masih sukar untuk berjalan tanpa pertolongan dari sahabatnya.

Mingyu mengeluh.

"Dia dah tahu keadaan kau? " tanya Mingyu memecah rasa sunyi di antara mereka berdua sementara Seungcheol dan Vernon pergi menguruskan urusan hospital Wonwoo.

Wonwoo menggeleng perlahan. Dia yang dimaksudkan oleh Mingyu adalah Jeongyeon.

Mingyu menarik nafas panjang.

"Kau tak cerita lagi dekat aku apa yang jadi sampai kau boleh kemalangan ni.."

Wonwoo hanya senyap. Takkan lah dia nak ceritakan punca dia kemalangan kerana melihat Mingyu dan Jeongyeon di kafe haritu. Tak munasabah kan?

Tapi itulah yang jadinya, Jeon Wonwoo.

Melihatkan Wonwoo hanya diam, Mingyu melepaskan nafas yang terkurung di dada.

"Aku keluar dengan dia 2 hari lepas. Tepat hari kau dimasukkan ke hospital tu. Aku teka, kau ternampak aku dengan Jeongyeon dekat Kafe Tasty. Mungkin~ " ayat Mingyu menyetak dada Wonwoo.

Sepertinya Mingyu boleh merasakan itu kerana Wonwoo terlihat semakin diam dan mengalihkan pandangan matanya.

"Kalau kau nak tahu kenapa aku keluar dengan dia haritu, kau sepatutnya tak pergi bila nampak kita berdua dekat kafe. Kau sepatutnya masuk." kata Mingyu.

Setelah diam terlalu lama, Wonwoo berpaling ke arah Mingyu.

"Kau dah hancurkan kepercayaan aku Gyu. " kata-kata Wonwoo menarik perhatian Mingyu.

"Apa maksud kau Woo? " Lelaki berkulit tan itu tidak memahami.

Wonwoo tersenyum sinis.

"Kau janji kau takkan suka apa yang aku suka. Tapi hari tu, "

Wonwoo memandang wajah Mingyu di sebelah kanannya.

"-aku nampak dengan dua mata aku, yang kau tengah berseronok dengan dia. WHAT IS THAT KIM MINGYU?!! " terdengar nada Wonwoo yang sangat marah pada Mingyu.

Mingyu memandang ke arah pandangan lain. Sesekali dia juga menunjukkan senyum sinisnya.

Mingyu kembali memandang Wonwoo yang masih menghadapnya.

"Kau tak tahu apa yang jadi dekat Jeongyeon hari tu. Dan aku pasti, kau tak nak ambil tahu pun. " kata Mingyu.

Wonwoo mengerutkan keningnya.

"Apa maksud kau, Gyu? " kini lelaki itu terasa tercabar. Ada sesuatu ke yang dia tertinggal tentang Jeongyeon?

Mingyu tersenyum sinis lagi. Bibir atas sebelah kanannya menyungging.

"Disebabkan kau nak pastikan yang dia adalah gadis yang kau suka waktu kecil dulu, kau dah buka satu rahsia yang keluarga angkat dia dah simpan sejak dia hidup dengan mereka kau tahu tak! " gertak Mingyu.

Bukan gertak cuma marah sedikit huhu. Sabar Kim Mingyu.

Wonwoo masih tidak faham. Dan Mingyu kembali menyambung.

"Jeongyeon menangis waktu dia call ayah dia untuk menanyakan apa yang kau minta tu . "

Wonwo terasa hatinya berdebar-debar menunggu ayat Mingyu yang seterusnya.

"Kau hanya pentingkan diri kau je Woo. Kau tak pernah tanya Jeongyeon tentang apa yang dia rasa. Malah kau pun tak ambil berat dekat dia! "

Wonwoo memandang ke arah lain. Matanya sedikit lagi akan menumpahkan air mata.

"Kau, hanya mahukan dia sebagai kekasih hidup kau. Tapi kau, tak pernah tanya dia adakah dia pernah suka dekat kau atau pernah terjatuh hati dekat kau. "

Luluh rasa di hati Mingyu. Ya, dia tahu dia tidak sepatutnya masuk campur dalam hal teman baiknya tetapi Wonwoo jika tidak diberitahu mungkin selamanya lelaki itu tidak akan sedar.

"Aku nak kau minta maaf dengan Jeongyeon sebab buat dia menangis hari tu. "

"Aku nak kau jangan paksa dia untuk ingat kembali memori dia masa kecil. "

"Dan aku nak kau lupakan dia--- kalau kau rasa tak boleh nak jaga hati dan perasaan dia.... "

Ketiga-tiga permintaan Mingyu dihadam elok oleh Wonwoo kecuali yang terakhir.

Tidak! Dia tidak boleh lupakan Jeongyeon dengan begitu mudah. Sudah hampir 20 tahun dia menyukai gadis itu dalam diam dan kini bila dia sudah berjumpa, dengan sesenang itu sahabat baiknya menyuruh untuk dia melupakan?

~~~~~

Makin panjang makin mengarut pulak sis rasa🙂

#7/7/21

Adore You [Yoo Jeongyeon]✔️Where stories live. Discover now