Jeongyeon membuka matanya sebaik sahaja dia sedar dari pengsan semalam. Pandangan pertama yang dapat dilihat Jeongyeon adalah siling bilik berwarna ungu.
Jeongyeon melihat ke sebelah kanan dan kirinya lagi. Pandangannya jatuh ke gambar-gambar yang digantung di dinding bilik itu.
"Mina? "
Jeongyeon mengecilkan matanya untuk memfokuskan pada gambar itu. Memang betul itu Mina.
Jadi Jeongyeon sekarang berada di bilik Mina?
Bunyi daun pintu ditolak menampakkan seorang gadis berambut panjang tersenyum ke arah Jeongyeon.
"Oh, dah bangun? "
Mina berjalan ke arah Jeongyeon sambil membawa dulang yang berisikan segelas air dan semangkuk bubur.
Jeongyeon memandang Mina dengan pelbagai soalan yang bermain di minda.
"Aku tahu kau banyak benda nak tanya. Tapi simpan dulu soalan kau tu minum air ni dulu. " Mina menghulurkan segelas air kepada Jeongyeon.
Jeongyeon menyambut gelas air putih itu dan meneguknya dengan laju. Akibat terlalu lama pengsan menyebabkan tekaknya dahaga.
"Sekarang dah okey? " tanya Mina.
Jeongyeon mengangguk.
"Okey sekarang kau nak tanya apa? " Mina mendekatkan badannya pada Jeongyeon.
"Macam mana aku boleh ada dekat sini? "
Mina mengangguk lalu memegang tangan Jeongyeon.
"Kau pengsan semalam dekat tempat tunggu teksi. Kebetulan masa tu aku lalu dengan Yuta oppa dekat laluan tu dan nampak kau diangkat oleh orang yang aneh. Jadi Yuta oppa lah yang selamatkan kau semalam. " cerita Mina.
Jeongyeon memegang kepalanya yang terasa sakit.
"Masih sakit lagi? Nak aku panggilkan doktor? "
Jeongyeon menggeleng.
"Aku cuma pening je. "
Mina mendekati Jeongyeon dan memeluk tubuh rakannya.
"Aku bersyukur kau selamat. Kau tahu tak aku takut sangat masa tengok kau pengsan semalam! " Mina memeluk erat Jeongyeon.
"Terima kasih Min, kalau kau tak ada semalam aku tak tahu apa yang akan jadi dekat aku hari ni.. " kata Jeongyeon dengan lemah.
Mina memandang wajah Jeongyeon.
"Kau belum bagitahu dekat Wonwoo lagi kan? "
Mina menggeleng.
"Nanti-nanti kita bagitahu dia. "
Jeongyeon mengangguk sambil memeluk Mina.
"Kau makan bubur ni tau. Aku keluar dulu. Kalau ada apa-apa yang kau perlukan, kau boleh panggil aku sebab aku dekat luar ni je. " maklum Mina.
YOU ARE READING
Adore You [Yoo Jeongyeon]✔️
FanfictionMenyukai seseorang dalam diam tidak salah kan? . . . Main Cast: -Yoo Jeongyeon -Jeon Wonwoo -Kim Mingyu -Myoi Mina Nota: Biasanya shhgirl akan letak Twice dengan Nct ataupun Exo. Tapi kalini terasa nak gandingkan dengan Seventeen pulak hehehe. Start...