Jeongyeon pulang ke apartmentnya setelah dihantar Wonwoo.
Masing-masing hanya diam membisu di dalam kereta. Tiada siapa yang mahu memulakan bicara kerana masih lagi berasa kekok.
Tiba-tiba, deringan telefon Jeongyeon menyedarkan dirinya dari terus mengelamun di belakang pintu.
Nama yang keluar di skrin telefonnya dipandang.
Mina.
"Eo, ada apa call ? "
Jeongyeon mendekatkan telefon di telinganya.
"Kau ada dekat mana sekarang? Dah balik ke? "
"Dah. Baru sampai apartment ni ha. Kenapa Min? " tanya Jeongyeon.
"Oh syukurlah. Aku cuma risau sebab kau keluar dengan Wonwoo. "
Kejap, bagaimana Mina tahu dirinya keluar dengan Wonwoo sedangkan dia langsung tidak membuka cerita pada gadis itu?
"Kau tahu dari mana aku keluar dengan Wonwoo? " tanya Jeongyeon lagi.
"Ah, Kiming yang bagitahu aku. "
Kiming?
"Siapa Kiming? "
Setahu Jeongyeon, dia tidak pernah mendengar nama itu di dalam kelasnya. Entah lelaki atau perempuan seorang Kiming itu.
"Eh lupa lah nak bagitahu kau! Kiming tu Mingyu. Kawan si Wonwoo tu. Kau ingat tak yang kita pernah jumpa depan library dulu? Ha dia tu lah! "
Jeongyeon menepuk dahinya.
Patutlah dia tidak pernah mendengar nama Kiming itu pun.
"Aku nak mandi ni. Nanti kita sambung lagi. "
"Em. Bye Jeong! "
Jeongyeon menamatkan panggilan.
Tujuan asalnya bukanlah untuk pergi ke bilik air. Tapi, dia berfikir untuk menelefon mamanya untuk bertanyakan tentang cerita dia diambil sebagai anak angkat dahulu.
Memang dia hilang ingatan ke pada waktu itu atau memang dia tidak pernah jejak pun ke tempat yang Wonwoo tunjukkan tadi.
"Helo Ma, "
Panggilan yang dibuat disambung ke puan Watanabe di Jepun.
"Hey dear, ada apa call mama ni? "
Terdengar suara wanita yang menjadi ibu angkatnya cukup menenangkan buatnya walaupun dia langsung tidak punya pertalian darah dengan Jeongyeon.
"Ani, Jeong ada nak tanyakan mama sesuatu. "
Jeongyeon menggigit bibirnya.
Takut, itu lah yang dirasakannya sekarang.
"Tanyalah Jeong. Mama dengar. "
Jeongyeon menarik nafas dalam sebelum mengutarakan soalan yang bermain di minda.
"Jeong dulu macam mana masa mama ambil jadi anak angkat? Am I okay ma ? "
Soalan aneh dari anak perempuannya berjaya membuatkan puan Watanabe hilang tumpuan pada cerita yang ditontonnya waktu itu.
"What do you mean dear? You are healthy and very chubby at that moment. "
Jeongyeon kini berpindah tempat ke sofa di hadapan tv.
"No, I do not mean physically ma. It's mentally...am I okay? "
Sekali lagi soalan cepu emas itu seperti tamparan hebat buat puan Watanabe. Kenapa anak perempuannya tiba-tiba sahaja bertanyakan soalan sebegini?
"Jeong, are you okay dear? Why do you ask such question? "
Soalan dibalas soalan.
Jeongyeon mengeluh.
"Tak ada apalah ma. Saja je Jeong tanya. Erm, Jeong pamit dulu. "
Panggilan dimatikan setelah ucapan 'bye'.
"Jadi, aku kena buat apa sekarang ni? "
Jeongyeon menekup wajahnya yang kini sudah penuh dengan air mata.
"Jebal.... "
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
."Eh awal balik! Ingat nak bermalam dekat sana? "
Teguran Vernon diendahkan Wonwoo. Lelaki itu terus melangkah ke biliknya untuk berbaring.
Vernon menggeleng melihat sikap Wonwoo.
"Wonwoo kenapa? "
Kini Seungcheol datang setelah baru selesai mandi.
Vernon mengangkat bahu.
"Tak tahu. Wonwoo kan. "
Vernon memandang ke arah Seungcheol.
"Tak boleh dibaca. "
Serentak ayat itu keluar dari mulut Seungcheol dan Vernon.
Sementara Wonwoo sudah pun membaringkan tubuhnya di atas katil. Nasib baik, Mingyu tiada di bilik. Kalau tidak pasti dirinya akan disoal oleh si Kiming itu.
"Kau betul-betul hilang ingatan ke Jeongyeon? Nama kau masih sama tapi kenapa kau tak ingat aku.. "
Wonwoo mengambil bantal tidurnya dan menekup mukanya.
"Aargh!! "
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.Hai hai hai!!! Long time no see semua pembaca. Masih ada yang membaca fanfic ni lagi ke? If ada, terima kasih tau💚💚💚💚
Sis bukan taknak update. Tapi sis tengah siapkan part yang seterusnya fanfic ni and tunggu masa nak publish bila dah setel semua.
Thank you yang mana minta untuk update tu. Sis rasa terharu sangat sebab ada yang baca cerita bosan sis ni. In sha Allah lepas ni sis akan update lagi tapi i need to take my time okeyh. Semoga jumpa lagi!
#8/6/21
YOU ARE READING
Adore You [Yoo Jeongyeon]✔️
FanfictionMenyukai seseorang dalam diam tidak salah kan? . . . Main Cast: -Yoo Jeongyeon -Jeon Wonwoo -Kim Mingyu -Myoi Mina Nota: Biasanya shhgirl akan letak Twice dengan Nct ataupun Exo. Tapi kalini terasa nak gandingkan dengan Seventeen pulak hehehe. Start...