AY-2

121 15 2
                                    

Setelah kelas Ms. An berakhir, Jeongyeon dan Mina menuju ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan yang sesuai untuk assignment yang baru sahaja diberikan oleh Ms. An.

"Hei, tunggu kejap! "

Terdengar satu jeritan dari belakang Jeongyeon. Jeongyeon memusingkan badannya saat melihat lelaki yang menegurnya tadi di kafe.

Hoshi.

"Boleh kita berkenalan? " tanya Hoshi kepada Jeongyeon dan Mina.

Jeongyeon dan Mina memandang antara satu sama lain. Tidak lama, mereka berdua mengangguk.

"Jeongyeon, dan dia Mina. Kau? " tanya Jeongyeon.

Hoshi menghulurkan tangannya untuk berjabat.

"Hoshi. Dan ini..."

Tidak lupa pada sahabatnya di belakang yang berjalan bersamanya tadi.

"Woozi, Jun dan Wonwoo. "

Ketiga-tiga lelaki itu mengangguk dan kemudian melakukan hal yang sama seperti Hoshi kecuali Wonwoo.

Wonwoo tak perlu ditanya. Dia sedikit segan kalau berhadapan dengan gadis walaupun rata-ratanya dia lah yang mempunyai ramai peminat di dalam kumpulan Seventeen itu.

"Okey, sekarang dah kenal kan? Kami minta diri dulu. " kata Jeongyeon lalu beredar dari pandangan empat lelaki itu.

"Fuh, sombong yang amat. " kata Hoshi selepas melepaskan nafasnya yang tersekat di tekaknya.

"Bukan sombong. " Woozi mencelah.

"Habis tu? " tanya Hoshi.

"Dia malas nak melayan. " kata Wonwoo lalu berjalan sedikit hadapan dari tiga sahabatnya meninggalkan Jun dan Woozi yang menahan ketawanya dengan kata-kata Wonwoo yang sememangnya ada betul di situ.

"Kami pergi dulu. " kata Woozi dan dituruti dengan Jun.

"Yah, tunggulah aku! " jerit Hoshi.

-------

"Jeong, " panggil Mina.

"Hmm," respon Jeongyeon sambil matanya masih melekat pada buku yang diambilnya di rak belakang.

"Aku rasa Hoshi tu suka dekat kau lah. "

Jeongyeon memberhentikan aktivitinya dan mengalihkan matanya ke arah Mina.

"Kenapa kau cakap macam tu? " tanya Jeongyeon.

"Sebab aku perasan yang dia selalu tegur kau dan tadipun kau tengok kan dia tegur kau untuk apa? "

"Untuk berkenalan? " jawab Jeongyeon dengan nada berteka.

"Ha, itulah. Tiba-tiba nak berkenalan apa cerita. Kau tu dah satu tahun jadi coursemate dia tapi hari ni baru dia nak kenal kau. Kau faham tak dekat situ? " tanya Mina yang cuba menjelaskan situasi yang sebenarnya Jeongyeon tidak mahu faham.

"Okey-okey aku faham. Dahla, biarkan je mereka tu. " kata Jeongyeon lalu menutup buku dan mula berdiri.

"Eh, nak pergi mana? " tanya Mina.

Jeongyeon menunjukkan buku di tangannya.

"Pergi letak kejap. " kata Jeongyeon.

"Dah habis baca ke? " tanya Mina.

Jeongyeon mengangguk. Sewaktu mereka berdua bercerita, Jeongyeon sudah pun mengkhatamkan buku rujukan itu dan kini dia beransur untuk meletak kembali buku itu di tempat asalnya.

"Aku tunggu dekat luar eh. Barang kau aku angkut sekali bawa pergi luar. " kata Mina.

Jeongyeon sempat mengangguk.

Adore You [Yoo Jeongyeon]✔️Where stories live. Discover now