AY-10

67 9 0
                                    

Jeongyeon memegang erat telefon bimbitnya. Gugup. Itulah perasaan yang mampu digambarkan setelah dia menghubungi ayahnya sebentar tadi.

Sangat jarang berlaku untuk Jeongyeon menghubungi Otousan (bapa) Haruto melainkan memang Jeongyeon mempunyai sesuatu yang penting untuk ditanya atau diberitahu.

"Oh Jeongyeon-ah ~ " sapa Encik Watanabe dalam telefon.

"Pa, Jeong ganggu papa ke? "tanya Jeongyeon.

"Ah, tak ada lah Jeong. Kenapa ni telefon papa? " tanya papa Jeongyeon.

"Pa, Jeong nak tanya sesuatu tapi papa jangan terkejut atau marah boleh? " tanya Jeongyeon dengan hati-hati.

"Okey. What's wrong girl? " Encik Watanabe mula merasakan sesuatu yang aneh apabila anak gadisnya berkata begitu.

"Pa, Jeongyeon siapa dulu pa? "

Perlahan suaranya tapi Encik Watanabe dapat menghidu sesuatu yang tidak biasa pada gadis itu.

"Maksud Jeong, Jeongyeon pernah hilang ingatan ke dulu? "

Terdengar suara helaan nafas dari talian.

"Papa akan jelaskan semuanya. "

Jeongyeon berasa sangat takut untuk mendengar hal yang sebenar tetapi dia perlu juga menumpukan perhatian saat mendengar cerita papanya.

"Jeongyeon terlibat dalam kes kebakaran waktu Jeongyeon berumur 9 tahun. Waktu tu Jeongyeon baru sahaja diambil menjadi anak angkat papa dan mama. Setiap kali kami melihat wajah Jeongyeon yang terluka akibat terkena api yang sangat kuat menjilat bangunan rumah anak yatim yang menempati Jeongyeon dahulu, papa dan mama dah tekad untuk takkan pernah membuka cerita masa silam Jeongyeon. "

Di satu sudut, Jeongyeon terkejut dan menangis kerana mendengarkan cerita dari papanya. Mereka begitu baik sehingga tidak mahu melihat anak gadis yang diambil sebagai anak angkatnya trauma dengan masa lalunya.

"Maafkan Jeong pa, ma..... "

"Jeong jangan sedih nak. Itu bukan salah Jeong. Papa dan mama yang salah kerana sembunyikan masa lalu Jeong. Maafkan kami Jeong... "terdengar sayu sahaja suara si ayah apabila menceritakan kebenaran itu pada Jeongyeon.

"Aniya.... papa dengan mama tak salah. Malah papa dan mama adalah orang yang paling baik, paling Jeong sayang. Tanpa papa dengan mama, Jeong takkan berdiri dekat sini. Terima kasih pa sebab ambil Jeong jadi anak angkat papa dulu. " Jeongyeon mencuba menahan air matanya dari jatuh namun sia-sia usahanya apabila dia merasakan pipi kanannya sudah basah.

"Benda dah berlalu sayang. Jangan ingatkan lagi. Lagi satu, kamu jangan buka cerita ini dekat depan mama kamu. Mama sangat-sangat sensitif kerana baginya kamulah anak yang paling dia sayang sebelum Haruto lahir. "jelas papa Jeongyeon.

Jeongyeon mengangguk walaupun dia tahu papanya tidak melihat dirinya kerana kini berada di Jepun.

"Baiklah pa. Terima kasih sebab cerita dekat Jeong. "

Selepas menamatkan perbualan dengan Encik Watanabe, Jeongyeon berlalu ke bilik air untuk mencuci wajahnya yang sudah basah dengan air mata. Hidungnya pun sudah merah kerana menangis kuat.

Selepas memastikan penampilannya kemas seperti awal tadi, Jeongyeon berlalu ke kelasnya setelah waktu rehatnya sudah tamat dan dia meneruskan kelasnya seperti biasa dengan Mina di sebelahnya.

"Hey Jeong! " panggil Mina dengan suara perlahan kerana mereka sedang berada di dalam kelas Mrs. Yu.

"Hmm? "Jeongyeon hanya merespon biasa.

Mina mendekatkan diri pada badan Jeongyeon.

"Kau okey tak? Tadi aku ada nampak kau baru keluar dari bilik air. Mata dengan hidung kau pun merah masa tu. "kata Mina.

Jeongyeon membeku di situ. Dia lupa Mina belum mengetahui akan ceritanya.

"Tak ada apalah Mina. Aku okey, kau jangan risau. " bisik Jeongyeon.

Mina masih tidak mahu percaya dengan kata-kata Jeongyeon. Dia yakin gadis itu tengah ada masalah tapi dia tidak mahu berkongsi dengan dirinya.

Tanpa dua gadis itu sedar, satu pasang mata sedang memerhatikan mereka dari jauh.

Wonwoo. Lelaki itu memandang Jeongyeon dari tadi dan dia juga merasakan hal yang sama seperti Mina.

Gadis itu menyembunyikan sesuatu darinya.

Namun bukan Wonwoo sahaja yang memerhatikan gadisnya. Ada seorang lagi lelaki yang juga sedang memerhatikan gadisnya iaitu Mingyu.

Dalam masa yang sama juga, Mingyu memandang ke arah Wonwoo.

"Kalaulah kau tahu Woo, kau dah paksa dia untuk tahu kisah silam dia...."kata Mingyu dalam hati.

💚💚💚💚

#1/7/2021

Adore You [Yoo Jeongyeon]✔️Where stories live. Discover now