Setelah selesai kuliah, Jeongyeon mengemaskan barangannya dan menyimpannya di loker. Tanpa Jeongyeon tahu, Mingyu mengikutnya dari dewan sehingga ke loker.
"Yoo Jeongyeon, "panggil Mingyu.
Jeongyeon yang baru sahaja menutup pintu lokernya memandang ke arah Mingyu sebaik mendengar namanya dipanggil Mingyu.
"Mingyu? "
Lelaki yang mempunyai ketinggian lebih dari Jeongyeon itu tersenyum apabila dia sudah berada di hadapan gadis itu.
"Nak balik dah? " tanya Mingyu.
Jeongyeon mengangguk.
"Nak balik sekali? "ajak Mingyu.
Jeongyeon merasa pelik apabila Mingyu mengajaknya untuk pulang bersama kerana biasanya Mingyu tidak pernah mengajak mana-mana gadis untuk pulang bersama melainkan mereka sudah rapat.
Dan mereka berdua pula baru sahaja kenal sejak Mina yang memperkenalkan Mingyu padanya sebulan yang lepas.
"Err, boleh ke? " tanya Jeongyeon dengan rasa ragu-ragu.
Mingyu ketawa.
"Boleh la. Kenapa tak boleh pula? " Mingyu ketawa sambil berbual dengan Jeongyeon.
Jeongyeon tersenyum kekok. Bukan apa. Dia takut kalau sahabatnya akan marah atau cemburu. Bukan dia tidak sedar yang Mina menyukai lelaki di hadapannya ini.
"Kalau macam tu, jom! Saya bawa motor. " ajak Mingyu.
Jeongyeon mengangguk. Jeongyeon berjalan di sisi Mingyu sambil berbual-bual tentang apa yang terjadi di dalam dewan kuliah tadi.
Sekali-sekala terlihat Jeongyeon mula ketawa bersama Mingyu.
"Jinjja?? " tanya Jeongyeon apabila mendengar cerita Mingyu yang dahulunya pernah dikejar oleh peminat-peminatnya yang majoriti ialah perempuan sehingga dia tidak boleh keluar dari rumahnya.
"Jinjja-ya!! Tak percaya? " tanya Mingyu sambil membuat muka tidak puas hati.
Jeongyeon mengangguk. Ya-ya dia percaya tapi sengaja dia mahu mendengar cerita Mingyu. Bagi Jeongyeon, Mingyu adalah seorang yang mudah mesra dan langsung tidak sombong walaupun dia antara lelaki yang terkenal di kolejnya.
Tidak salah Jeongyeon pernah menyimpan rasa pada lelaki itu.
"Jeongyeon, boleh saya tanya sesuatu? "
Jeongyeon mengangguk. Kini mereka di sebuah kafe sebelum Mingyu menghantar Jeongyeon pulang.
"Tanya je lah. " kata Jeongyeon.
Mingyu menggaru kepalanya memikirkan tentang apa yang akan ditanya nanti kepada Jeongyeon.
"Sebenarnya kan.. Saya rasa macam kekok bila kita berdua guna 'saya awak'.
Mingyu memandang lama ke arah Jeongyeon.
Jeongyeon menunggu ayat Mingyu sampai habis.
"Jadi kalau kita guna 'aku kau' boleh tak? Biar kita lebih rapat lagi? " tanya Mingyu.
Jeongyeon terdiam. Selama ini panggilan itu hanya digunakan sewaktu dia bersama Mina sahaja kerana hanya Mina teman rapatnya di kolej itu.
Namun setelah memikirkan dengan lebih lama, tidak salah untuk dirinya mengizinkan Mingyu untuk menggunakan panggilan itu.
"Sure! "
Dan jawapan Jeongyeon mengundang senyum di bibir manis Mingyu.
💚💚💚
Wonwoo merenung ke dalam tasik di hadapannya sambil memikirkan sesuatu yang sudah bermain di fikirannya sejak seminggu yang lalu.
Adakah dia terlalu kejam pada Jeongyeon? Dengan memaksa Jeongyeon untuk mengingat semula kenangan waktu kecil mereka.
Tetapi apa yang tidak Wonwoo tahu adalah, sikap Wonwoo yang menginginkan kebenaran tentang Jeongyeon telah membuatkan Jeongyeon membuka satu rahsia yang dipegang kemas oleh orang tua yang menjaga Jeongyeon.
Rahsia itu terlalu sakit dan pedih untuk diceritakan semula pada Jeongyeon tetapi kerana gadis itu memohon untuk mendengarnya juga dari sang ayah, jadinya terbongkar rahsia itu.
Mianhae, Jeon Wonwoo. Kebenaran itu sangat pedih untuk seorang Jeongyeon terima.
Di saat Wonwoo sedang berjalan pulang ke tempat parking motornya, dia melalui sebuah kafe yang selalu dikunjunginya sewaktu keluar bersama Mingyu.
Namun ada sesuatu yang menarik perhatian Wonwoo.
Lelaki yang sedang duduk berbual sambil ketawa dengan gembira.
Itu adalah Kim Mingyu, sahabat karibnya.Dan wanita yang bersama dengannya adalah--
--Yoo Jeongyeon.
Serta merta, wajah Wonwoo menjadi merah dan tangan kanannya menggepal erat sementara tangan kirinya memegang topi keledar miliknya.
"Kim Mingyu --- "
Wonwoo membuat keputusan untuk tidak menegur dua sahabat yang dikenalinya di dalam kafe. Dia terus beransur pulang ke kondo yang ditinggal bersama Seungcheol dan Vernon.
Namun, sebaliknya yang terjadi. Sewaktu menunggang motorsikalnya, perkara yang berlaku tadi terlintas di fikirannya menyebabkan Wonwoo tidak dapat menahan kelajuannya motornya dan memecut laju.
"Kau rilekslah. Aku takkan ganggu dia. Dia milik kau"
Masih segar di ingatan Wonwoo akan kata-kata Mingyu sebulan yang lepas.
Adakah sahabat baiknya sudah mula menunjukkan rasa suka pada kekasih hati waktu kecilnya?
Dum!!!
Sebuah motorsikal mewah terpelanting di bahagian kanan jalan manakala kenderaan yang dirempuhnya tersasar jauh ke hadapan jalan dari arah motor.
Tidak lama, kejadian itu menarik perhatian beberapa orang yang menggunakan jalan raya itu.
"Sesiapa tolong hubungi pihak hospital! Adik ini luka parah !! " jerit seorang wanita tua yang sudah berusia di samping seorang lelaki yang menunggang motorsikal mewah itu tadi.
Wonwoo......
~~~~~
#5/7/21
YOU ARE READING
Adore You [Yoo Jeongyeon]✔️
FanfictionMenyukai seseorang dalam diam tidak salah kan? . . . Main Cast: -Yoo Jeongyeon -Jeon Wonwoo -Kim Mingyu -Myoi Mina Nota: Biasanya shhgirl akan letak Twice dengan Nct ataupun Exo. Tapi kalini terasa nak gandingkan dengan Seventeen pulak hehehe. Start...