AY-16

74 11 5
                                    

Setelah hampir 2 minggu Wonwoo berehat di rumah keluarganya, kini Wonwoo kembali ke kolej dan menyambung pengajiannya yang tertangguh.

"Kau betul ke ni dah sihat? " Seungcheol menepuk bahu Wonwoo.

Wonwoo mengangguk.

"Dah, kaki aku dah sembuh. Kau boleh tengok aku jalan kan. Maknanya aku dah sembuh la tu. " kata Wonwoo.

Seungcheol mengangguk gembira.

"Ada banyak kerja ke aku terlepas selama dua minggu tu? " tanya Wonwoo.

"Em, banyak jugaklah. Dua minggu kot. Rasanya nanti kau kena pergi jumpa dengan pensyarah kau untuk bincang pasal markah kau. " kata Seungcheol.

"Dan satu lagi, pasal Jeongyeon. "

Wonwoo berpaling ke arah Seungcheol.

"Dia ada minta nak jumpa dengan kau minggu lepas. Tapi aku cakap dekat dia yang kau akan balik kolej minggu ni. "

"Lagi? " tanya Wonwoo.

"Mungkin ada benda lah kot dia nak bincang dengan kau. " jawab Seungcheol.

Selepas waktu pembelajaran tamat, Wonwoo berjalan ke bilik pensyarahnya untuk menanyakan soal markah peperiksaan yang dia sudah terlepas. Di situ, secara tidak sengaja dirinya berjumpa dengan Jeongyeon.

"Hai, "

Bukan Wonwoo tetapi Jeongyeon yang menegurnya dulu.

"Ah, hai! " balas Wonwoo.

Jeongyeon memandang ke arah kaki Wonwoo yang sakit hari tu.

"Dah sembuh? " tanya Jeongyeon.

Soalan itu mengejutkan Wonwoo kerana sikap 'caring' yang ditunjukkan gadis itu.

"Ya, dah buang pembalut dah pun. " jawab Wonwoo.

Jeongyeon mengangguk.

"Lepas ni nak pergi minum tak? Kalau free la.."

Wonwoo mengangguk.

"Awak boleh tunggu saya kejap kan? Saya nak masuk jumpa Profesor Lim kejap. " maklum Wonwoo.

Jeongyeon mengangguk.

Setelah 10 minit, Wonwoo keluar dari bilik profesor Lim dan kini mereka berdua menuju ke kafe seperti yang diajak Jeongyeon.

"Maaf saya tak pergi melawat awak masa dekat hospital hari tu. "

Wonwo menggeleng.

"Tak ada apalah. Tapi, macam mana awak tahu saya dekat hospital masa tu? " tanya Wonwo.

"Adik saya pun masuk hospital yang sama hari tu. Dia cedera dekat bahagian kaki juga. " jelas Jeongyeon.

Wonwoo menaikkan kening kanannya.

"Adik? "

Jeongyeon mengangguk.

"Adik angkat. Anak kepada keluarga yang jaga saya. " terang Jeongyeon.

Wonwoo mengangguk faham. Setahu dirinya, Jeongyeon tidak memiliki adik-beradik kerana dia anak tunggal.

"Seungcheol cakap awak nak jumpa saya minggu lepas. Ada apa? " Wonwoo sahaja bertanya sambil memecahkan suasana sunyi antara mereka berdua.

"Ah, tu, saya nak minta maaf dekat awak. Kalau saya pernah buat silap atau salah sepanjang kita kenal. "

Jeongyeon memandang tepat ke arah muka Wonwoo.

"Sepatutnya saya yang minta maaf. Saya dah buat awak tahu tentang masa silam awak. "

Jeongyeon memandang pelik Wonwoo.

"Maksud awak? " Jeongyeon tidak faham dengan ayat Wonwoo.

Wonwoo mendekatkan badannya ke meja.

"Saya tahu semuanya Jeongyeon. Mingyu dah ceritakan dekat saya. " jelas Wonwoo.

"Cerita apa? " tanya Jeongyeon.

"Tentang masa silam awak yang keluarga angkat awak nak tutup dari awak. "

Jeongyeon mengangguk.

"Tak apa. Benda dah lepas tak perlu diingat semula. "

Tiba-tiba Wonwoo memegang kedua tangan Jeongyeon yang berada di atas meja sebagai pemisah di antara mereka berdua.

"Tapi rasa suka saya dekat awak masih ada. Tak pernah padam sejak kali pertama kita jumpa Jeongyeon. "

Jeongyeon melihat anak mata Wonwo yang terlihat sangat ikhlas menyukainya.

Kalau begini, Jeongyeon harus buat apa?

"Sudi tak awak jadi kekasih saya? "

Mata Jeongyeon membulat kerana terkejut.

💚💚💚

Pyuuu!

Lelaki yang sudah berusia lewat 40-an itu melempar fail yang baru sahaja diberikan oleh pembantu di tempat kerjanya ke lantai.

"Maknanya budak tu masih hidup lagi lah? " suaranya yang perlahan ditambah dengan nafas yang tercungap-cungap mengiringinya.

"Ye Tuan. " lelaki berambut hitam pekat berkemeja kemas mengangguk sambil berdiri dengan tegap di hadapan majikannya.

"Macam mana dia boleh terselamat? Malam tu kita bakar semua sudut bangunan tu kan? Dan berita pun sudah mengesahkan yang semua anak-anak yatim dalam tu semuaanya dah meninggal. " dahinya yang pening dipicit.

"Dia diselamatkan oleh satu keluarga dari Fukouka Tuan. Keluarga Jepun tu yang mengambilnya sebagai anak angkat. " jelas lelaki itu lagi.

"Aku tak mahu dia muncul depan aku. Depan keluarga bahagia aku. Dia perosak semuanya! Apa pun yang jadi, aku nak dia tinggalkan bumi Korea ni faham?!! " gertak Tuan Jeon.

Lelaki muda itu mengangguk faham.

"Kau boleh keluar! " arah Tuan Jeon.

Lelaki muda itu menunduk sebelum dia melangkah kaki keluar dari bilik majikannya.

Tuan Jeon berjalan menuju ke tingkap besar yang jelas menunjukkan pemandangan kota bisnes itu.

"Maafkan aku Soyeon. Aku tak dapat nak hapuskan dia macam yang kau nak. "

"Maafkan aku Soyeon. "

Tuan Jeon menangis sambil memegang dadanya.

"Maafkan oppa, Jeon Soyeon. "

--------------------------------------------------

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA BAGI YANG MENYAMBUTNYA!!!!

TEKA-TEKI:

Apa hubungan Jeongyeon dengan Tuan Jeon?

Ha, kalau awak2 semua baik, jawablah teka teki sis heheh.

#20/7/21

Adore You [Yoo Jeongyeon]✔️Where stories live. Discover now