Berita tentang kemalangan yang menimpa Wonwoo masih belum tersebar luas di dalam kolej. Masih ramai lagi yang belum tahu akan keadaan anak lelaki Presiden Jeon itu.
Termasuk lah Jeongyeon sendiri.
"Hey Jeong! " tegur Mina di sebelah Jeongyeon.
"Hey Min! " balas Jeongyeon.
Mina memerhatikan wajah Jeongyeon. Sedikit kerisauan terpancar di wajah putih sahabatnya.
"Kwenchana? " tanya Mina.
Jeongyeon tidak mengangguk atau menggeleng.
"Yah, daedaphaejwo!! " marah Mina.
Jeongyeon yang melihat Mina marah padanya sedikit terkejut. Selama ini dia tidak pernah melihat sikap Mina seperti ini. Jikalau Mina marah padanya sekalipun, dia tidak akan pernah menjerit padanya.
"Yah, neo wae geurae? " tanya Jeongyeon semula.
Mina memandang ke arah lain. Rasa bersalahnya mula datang setelah melihat wajah Jeongyeon melembut ke arahnya.
Jeongyeon yang sedar dengan perubahan sikap Mina menyentuh bahu kanannya.
"Kau ada masalah ke Min? " tanya Jeongyeon hati-hati.
Mina mengelap air matanya yang sudah jatuh mengalir di pipi. Sesungguhnya dia tidak mahu menjelaskan perkara yang membuat dirinya marah seperti ini pada Jeongyeon tetapi dia juga tidak boleh berbohong pada gadis itu.
Mina memandang ke arah Jeongyeon yang dari tadi memandangnya.
"Kau suka dekat Mingyu kan? "
Pertanyaan Mina menyentap hati kecil Jeongyeon. Sudah kenapa dengan sahabatnya hari ini. Pagi-pagi sudah menyebut nama lelaki itu.
"Jawab aku Jeong! Kalau kau betul suka dekat dia aku boleh tolong hilangkan rasa suka aku dekat dia secepat mungkin. "
Kata-kata Mina menarik perhatian Jeongyeon. Jeongyeon cuba untuk mencapai bahu Mina tetapi Mina mengelak dari disentuh.
"Min, aku tak ada apa-apa dengan Mingyu tu. Aku cuma kawan sahaja dengan dia. " jelas Jeongyeon.
Mina menggeleng.
"Aku nampak kau keluar dengan dia semalam Jeong- "
Deng!!
Sekelip mata gambaran kafe semalam terlintas di fikirannya.
"Min, kau dah salah faham ni. Aku dengan Mingyu cuma melepak sahaja dekat situ. Kami berbual-bual macam kawan sahaja Min. " Jeongyeon menjelaskan kepada Mina.
Mina menggeleng.
"Jeong, kau tahu kan-- yang aku suka dekat dia, tapi kenapa kau sanggup-- "
Jeongyeon memegang erat kedua tangan milik Mina dan menggeleng.
"Min, aku jujur dengan kau. Aku memang tak ada perasaan langsung dengan Mingyu. Percayalah dekat aku! " mohon Jeongyeon.
Mina menangis sewaktu melihat Jeongyeon begitu berusaha untuk mendapatkan kepercayaanya tetapi mengapa dirinya susah untuk percaya pada kawan baiknya sendiri?
Beginikah sahabat baik?
"Aku---percaya--dekat-kau Jeong. " balas Mina.
Jeongyeon tersenyum lalu memeluk tubuh Mina dengan laju.
"Terima kasih sebab percayakan aku. Dan satu benda lagi. "
Mina memandang wajah Jeongyeon.
"Aku tak nak persahabatan kita terputus atau terpisah hanya disebabkan seorang lelaki Min. " kata Jeongyeon sambil merenung mata Mina.
YOU ARE READING
Adore You [Yoo Jeongyeon]✔️
FanfictionMenyukai seseorang dalam diam tidak salah kan? . . . Main Cast: -Yoo Jeongyeon -Jeon Wonwoo -Kim Mingyu -Myoi Mina Nota: Biasanya shhgirl akan letak Twice dengan Nct ataupun Exo. Tapi kalini terasa nak gandingkan dengan Seventeen pulak hehehe. Start...