FINAL + SPECIAL FOR YOU

113 11 4
                                    

Gadis itu memandang lama pemandangan di hadapannya seakan mahu berada di situ dengan lebih lama. Setelah hampir tiga tahun empat bulan menerima rawatan, kini dia sudah kembali dengan dirinya yang baru.

The new Yoo Jeongyeon.

"Nuna? "

Gadis itu berpaling dari posisinya dan melihat ke arah seorang lelaki yang kini kacak sedang berlari ke arahnya.

"Ruto? "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ruto? "

Lelaki itu tersengih sambil menarik nafas setelah berlari.

"Nuna dah siap? " tanya Haruto kepada nunanya.

Jeongyeon mengangguk perlahan.

"Kalau macamtu, jom! Mama dengan papa dah tunggu dekat kereta. "

Jeongyeon tersenyum sebelum berjalan perlahan sambil dipimpin Haruto. Selepas rawatannya, kakinya juga mengalami kejutan dan menyebabkan Jeongyeon tidak boleh berjalan dengan laju atau lebih tepat berlari.

Kedua adik-beradik itu mendekati tuan dan puan Watanabe di kereta mereka.

"Jeong..." panggil mama Haruto sambil memeluk tubuh Jeongyeon.

Jeongyeon memeluk tubuh itu dengan sangat kemas. Rasa takut dan berdebar disalurkan kepada mamanya.

"Mama ada dengan Jeong. Jangan risau okey sayang..."

Puan Watanabe memberikan dorongan pada gadis itu. Setelah Jeongyeon mengangguk, dia berjalan masuk ke dalam kereta yang dipandu oleh tuan Watanabe. Sejak insiden tembak-menembak itu, tuan dan puan Watanabe mengambil cuti dari kerja mereka dan terus terbang ke Korea Selatan untuk menjaga anak perempuan mereka.

---------------------

"Eomma, " panggil anak dari wanita itu.

Wanita itu berpusing memandang ke arah anak mudanya.

"Woo, "

Wonwoo menghampiri wanita itu dan berlutut di hadapannya sambil memandang ke arah wajah wanita yang melahirkannya. Walaupun wanita itu adalah ibu kandungnya, tetapi dia sentiasa merasa bahawa wanita itu lebih menyayangi adiknya dari dirinya.

"Eomma tak apa-apa? " tanya Wonwoo.

Wanita itu mengangguk namun air matanya yang mengalir di pipi menandakan ia sama sekali tidak okey.

"Eomma, walau apa pun yang terjadi, kita kena terima segalanya. Itu dah ditakdirkan untuk kita. " pesan Wonwoo.

Wonwoo tahu eommanya sedang memikirkan tentang keadaan appanya yang kini sedang menunggu untuk dibicarakan di mahkamah. Wonwoo sudah berlapang dada untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku. Sama ada appanya yang akan dijatuhkan hukuman yang lebih berat atau diringankan hukumannya.

Adore You [Yoo Jeongyeon]✔️Where stories live. Discover now