AY-7

97 12 3
                                    

Seperti yang dijanjikan pada dua hari lepas, Jeongyeon berangkat ke Samcheondong bersama Wonwoo. Kini, Jeongyeon berada di dalam kereta dengan Wonwoo di sebelahnya sebagai pemandu.

Sebenarnya ini kali pertama dia menaiki kereta dengan seorang lelaki kecuali Haruto memandangkan Haruto masih lagi baru mendapat lesen memandu.

"Tak selesa ke? "

Suara Wonwoo memecah kesunyian yang dirasa. Seperti sudah maklum Jeongyeon sedang berfikir tentang dirinya.

"Ani--- aniyo. " jawab Jeongyeon sambil memandang ke sebelah kanannya yang memaparkan pemandangan yang cantik sepanjang perjalanan mereka menuju ke Samcheondong.

"Aku minta maaf kalau kau rasa tak selesa. Aku hanya nak pastikan----- yang aku tak tersilap. "

Kata-kata Wonwoo berjaya membuatkan Jeongyeon berpaling ke arahnya.

"Tapi, andai lah apa yang kau harapkan itu tidak menjadi kenyataan, kau akan kecewa ke? " tanya Jeongyeon.

Lampu isyarat yang bertukar merah membuatkan Wonwoo menarik brek. Lelaki itu mengambil peluang saat ini untuk memandang ke arah Jeongyeon.

"Aku yakin.......yang aku tak silap. "

Jawapan Wonwoo yang cukup yakin sedikit membuatkan jantung Jeongyeon berasa tidak tenang. Dirinya sangat takut untuk menerima sesuatu yang baru di dalam hidupnya.

Adakah dia boleh menerima hal yang sebenar saat dirinya tahu akan kebenaran baru yang akan terbongkar sekejap lagi?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Mingyu keluar dari biliknya saat memandang katil teman sebiliknya bersih dan terlihat kemas seperti tidak disentuh semalam.

Mingyu terus menuju ke ruang tamu di mana Vernon dan Seungcheol sedang berehat sambil menonton program realiti idol.

"Coups, Ver... " panggil Mingyu.

Kedua lelaki itu memusingkan kepala mereka serentak ke arah Mingyu.

"Hm? " respon Vernon dan Seungcheol.

Mingyu mendekati kedua lelaki itu.

"Ada nampak Wonu hari ni? Katil dia nampak rapi semacam je. " kata Mingyu.

"Dia balik rumah semalam. " kata Seungcheol.

Mingyu memandang laju ke arah Scoups.

"Rumah? Dia tak bagitahu aku pun? " Mingyu mula terasa seperti dirinya ketinggalan.

Kebiasaannya, seorang Jeon Wonwoo akan memberitahu dirinya untuk aktiviti sehariannya. Lelaki itu lebih selesa berkongsi rutinnya dengan Kim Mingyu berbanding Scoups dan Vernon.

"Dia tak tidur kat situ pun. " Vernon mencelah.

"Habis tu? "tanya Mingyu.

Scoups mengambil remote di hadapannya dan menukar siaran yang tidak begitu menarik perhatiannya.

"Dia keluar dengan budak kelas dia. Aku rasa kau kenal. Nama dia Jeong--- "

Scoups masih cuba untuk mengingati nama Jeongyeon sehinggalah Vernon yang terlebih dahulu menyebut nama penuhnya.

"Yoo Jeongyeon. Kawan baik si Mina tu, crush kau. " Vernon menutup mulutnya saat melihat wajah Mingyu berubah ke arahnya.

"Okay, sorry-sorry. Terlepas pulak. " kata Vernon, takut dimarahi si abang Gyu.

"Wonu ada bagitahu ke dia pergi mana? " tanya Mingyu lagi.

Scoups menggeleng.

"Tak ada. Cuma yang aku tahu dia sekarang ni tak ada dalam daerah. " kata Scoups lalu tubuhnya berjalan ke dapur untuk mencari makanan untuk dikunyah.

Sementara Mingyu terlihat kaku di situ.

'Bersama Jeongyeon dan keluar daerah? Apa yang si anak Jeon itu sedang berfikir?
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"Kita dah sampai. "

Jeongyeon membuka matanya saat mendengar suara Wonwoo menarik brek. Pandangannya beralih ke sebuah bangunan dua tingkat yang kini sudah tinggal sisanya sahaja.

Namun, walaupun hanya sisanya yang tertinggal, beberapa kawasan di sekitar bangunan itu masih lagi utuh di situ.

"Ini bangunan apa? " tanya Jeongyeon. Kini dia sedang berdiri di hadapan bangunan dua tingkat itu.

"Bangunan rumah anak yatim. Dulu bangunan ni lah yang menjadi tempat persinggahan aku waktu lepas balik sekolah.

Dekat sini juga aku jumpa seorang budak perempuan yang menjadi kawan baik aku waktu tu. "

Jeongyeon mendengar cerita Wonwoo dengan khusyuk.

"Lepas tu, apa yang jadi dekat bangunan ni? Kenapa nampak seperti dibakar? " tanya Jeongyeon lagi.

Terdengar satu keluhan berat dilepaskan lelaki itu. Siapa lagi kalau bukan Jeon Wonwoo.

"Malangnya, bangunan ni dibakar oleh seseorang yang sangat berkuasa tetapi kejam pada masa tu. Hampir semua anak-anak yatim yang berada di situ tidak dapat diselamatkan kecuali.... "

Wonwoo memandang Jeongyeon.

Merasakan dirinya dipandang Wonwoo dengan lama, Jeongyeon memusingkan kepalanya ke arah Wonwoo.

"Kau..... "

Jawapan Wonwoo mengejutkan Jeongyeon. Sudah semestinya Jeongyeon terkejut kerana dia langsung tidak mempunyai apa-apa ingatan berkait dengan bangunan dua tingkat ini...

"H-ha?? Maksud kau apa? " tanya Jeongyeon. Dia seolah tidak dapat memahami apa yang ingin disampaikan Wonwoo.

"Kaulah satu-satunya yang terselamat dalam kes kebakaran rumah Haneul tu Yoo Jeongyeon. "

Jeongyeon masih kaku di hadapan Wonwoo. Apa yang didengarnya sebentar tadi berhasil membuatkan dirinya tidak mampu untuk bergerak walau seinci dari tempatnya berdiri.

Jadi maknanya apa selama ni? Dia hilang ingatan atau memang dia tidak pernah ingat akan kejadian kebakaran itu?

Jawapannya ada pada keluarga Haruto. Mahu tidak mahu, dia harus bertanyakan hal ini pada mereka.

"Maaf, aku tak ingat. Aku kena balik tanya keluarga aku dulu. " kata Jeongyeon.

Wonwoo hanya mengangguk. Mungkin ini jalan yang terbaik. Hanya ini sahaja yang mampu dia lakukan untuk mencari kebenaran tentang Jeongyeon.

Mungkin dia lah gadis kecil yang mencuri hatinya selama ini?
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hai semua! So sorry for late update. Makin nak dekat final ni makin sibuk pula. So far, macam mana jalan cerita dia?

Mungkin setakat ni masih bosan lagi sebab tak ada sweet moment hero dengan heroin but yes seriously shhgirl kalau buat cerita memang tak masukkan sangat part sweet sebab saya pun bukan lah pandai sangat nak ber'sweet-sweet' ni heheh.

Tapi in sha Allah shhgirl akan selitkan yang mana boleh okey!

Thanks for reading and supporting!

See you again!

#6.6.2021

Adore You [Yoo Jeongyeon]✔️Where stories live. Discover now